Interaksi bersama Al Quran dalam #QuranHour

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

alhamdulillah harini kita masih berkesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan ini. Menjalankan tanggungjawab dan menyelesaikan keperluan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

Kempen #QuranHour telah bermula sejak tiga tahun yang lalu. Ianya merupakan kempen yang diwujudkan untuk menjadikan aktiviti membaca, memahami dan mengamalkan Al Quran sebagai aktiviti harian.

Kita dapat lihat bagaimana hari ini, ada begitu banyak gejala sosial dan jenayah yang berlaku di serata pelosok negara. Ini sesuatu yang perlu kita ambil berat dan ambil peduli. Jika tidak, kita akan merasai kesannya pada tahun-tahun mendatang.

World dan Merdeka #QuranHour

WORLD #QURANHOUR dan MERDEKA #QURANHOUR

Pada 9 Zulhijah bersamaan dengan 31 Ogos, kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour akan berlangsung serentak di seluruh dunia. Di Malaysia majlis utama akan berlangsung di UIA Gombak dan seterusnya akan bersambung di Dataran Merdeka.

Dalam masa yang sama, wakil-wakil dari seluruh dunia akan menguruskan majlis di lokasi masing-masing termasuk di Arafah. Ini adalah aktiviti yang penting untuk kita sama-sama hayati dan dalami.

Kempen ini sebenarnya bukan hanya untuk 1 hari sahaja, matlamat utama adalah untuk mewujudkan #QuranHour satu jam setiap hari dalam semua isi rumah. Memang besar perjuangan kempen ini dan ianya tidak membawa kepentingan individu atau organisasi. Ini adalah usaha untuk menjadikan ajaran Al Quran sebagai gaya hidup utama.

Gema Wahyu

Sebaran ke seluruh dunia

Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan kita semua, gunakanlah pengaruh anda untuk mengwar-warkan kempen ini demi kesejahteraan bersama. Kempen ini akan memberikan impak bukan sekadar pada diri kita, keluarga kita, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

Anda boleh ambil semua bahan-bahan yang tersedia, salin ayat atau apa juga kaedah agar berita ini dapat disampaikan kepada lebih ramai umat Islam di luar sana. InsyaALLAH sedikit usaha kita untuk mengembalikan kegemilangan Al Quran dalam kehidupan akan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Interaksi dengan Al Quran adalah satu-satunya cara kita boleh mendapatkan kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dalam kehidupan di dunia dan insyaALLAH di akhirat kelak.

Merdeka QuranHour Countdown

Team Denaihati akan turut bersama-sama menjayakan kempeni ni pada 9 Zulhijah nanti bersamaan 31 Ogos 2017. Walaupun kedudukan lokasi setiap team kami berbeza, ianya akan menjadi penguat untuk kempen ini yang akan dijalankan di seluruh dunia.

Jemput sama-sama rakan-rakan semua untuk membuat hebahan lebih rancak kepada semua rakan taulan, sanak saudara, jiran tetangga dan sesiapa sahaja di dalam capaian kita.


Spread the love

40 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!