Instagram perkenalkan 2 ciri baru anti ‘siber buli’

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masalah cyberbullying atau buli siber kian berleluasa seiring dengan banyaknya aplikasi media sosial dalam Internet

Pembuli siber akan menggunakan apa sahaja medium ini untuk melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan seperti meninggalkan komen-komen jelik dan berbaur negatif pada posting yang dibuat oleh individu tertentu.

Antara kes buli siber yang paling kerap berlaku adalah membabitkan sindiran bentuk, saiz atau rupa tubuh; perasaan cemburu terhadap mangsa dan keinginan untuk lebih dikenali dalam kalangan pengguna media sosial.

Komen menyakitkan ini pula akan terus menghantui mangsa selama bertahun-tahun lamanya. Bahkan ia mungkin kekal dalam talian selagi tidak dipadamkan.

Image from Sky News

Aplikasi Instagram baru-baru ini telah memperkenalkan 2 ciri baru yang mana diharap dapat mengatasi masalah buli dalam laman sosial berkenaan

Pembangun aplikasi Instagram telah memperkenalkan ciri baru pada aplikasi tersebut khusus bagi menangani isu buli dalam kalangan pengguna laman sosial itu.

Ciri baru ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang akan berfungsi dengan memaklumkan kepada penggunanya apabila mereka cuba menghantar komen yang dikesan mengandungi perkataan tidak menyenangkan sebelum dimuat naik di ruangan tersebut.

Image from Instagram

Pengguna yang dikesan cuba menghantar komen berbaur negatif akan mendapat notifikasi untuk memikirkan semula atau membatalkan hantaran komen mereka itu sebelum ia dihantar kepada penerima.

Menurut Instagram, pada peringkat awal percubaan ciri tersebut, mereka mendapati ia berjaya menggalakkan sebahagian penggunanya untuk menyunting semula komen negatif sebelum ia dihantar dan seterusnya menukar semula komen tersebut kepada perkataan yang lebih sesuai.

Selain itu, satu lagi ciri baru Instagram bagi berdepan dengan isu buli ini adalah dengan perkenalkan ciri yang dipanggil Restrict

Jika sebelum ini, pemilik akaun mungkin keberatan untuk menyekat, meng-unfollowatau melaporkan pembuli kerana ia dilihat boleh memburukkan lagi keadaan lebih-lebih lagi jika mereka bertemu secara berdepan.

Image from Instagram

Melalui ciri Restrict ini, pemilik akaun boleh menetapkan untuk hanya mereka yang meninggalkan komen kurang menyenangkan (aka pembuli) itu sahaja yang dapat melihat komen tersebut.

Ciri Restrict ini juga akan menyekat pembuli itu daripada dapat melihat apabila anda sedang aktif di Instagram atau pada masa bilakah anda telah membaca mesej mereka secara langsung di direct message.
-says-


Spread the love

7 Comments

  1. Insta, Whatsapp, FB, WeChat semua patut ada function ini.

    Sebab tak macam kita zaman dulu, yang kutuk, mengejek berhenti hanya kat kawasan sekolah.

    Zaman sekarang, kutuk mengejek berkumpulan terus menerus dalam social media, group chat . Dan sbb remaja sekarang memang tak berenggang dengan telefon, kesan buli membuli ini makin parah. Ramai yang depressed sebenarnya.

    Dan sekolah pun sayangnya tak up to date subjetnya. Dulu ada lah pendidikan sivik. Sekarang, patut dah ada subjek digital ethics.
    Curahan rasa Lela @ ..20 Tempat Menarik di sekitar KLCC (No.15 Hangpa Kena Pergi)My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!