Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masalah cyberbullying atau buli siber kian berleluasa seiring dengan banyaknya aplikasi media sosial dalam Internet
Pembuli siber akan menggunakan apa sahaja medium ini untuk melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan seperti meninggalkan komen-komen jelik dan berbaur negatif pada posting yang dibuat oleh individu tertentu.
Antara kes buli siber yang paling kerap berlaku adalah membabitkan sindiran bentuk, saiz atau rupa tubuh; perasaan cemburu terhadap mangsa dan keinginan untuk lebih dikenali dalam kalangan pengguna media sosial.
Komen menyakitkan ini pula akan terus menghantui mangsa selama bertahun-tahun lamanya. Bahkan ia mungkin kekal dalam talian selagi tidak dipadamkan.
Aplikasi Instagram baru-baru ini telah memperkenalkan 2 ciri baru yang mana diharap dapat mengatasi masalah buli dalam laman sosial berkenaan
Pembangun aplikasi Instagram telah memperkenalkan ciri baru pada aplikasi tersebut khusus bagi menangani isu buli dalam kalangan pengguna laman sosial itu.
Ciri baru ini dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang akan berfungsi dengan memaklumkan kepada penggunanya apabila mereka cuba menghantar komen yang dikesan mengandungi perkataan tidak menyenangkan sebelum dimuat naik di ruangan tersebut.
Pengguna yang dikesan cuba menghantar komen berbaur negatif akan mendapat notifikasi untuk memikirkan semula atau membatalkan hantaran komen mereka itu sebelum ia dihantar kepada penerima.
Menurut Instagram, pada peringkat awal percubaan ciri tersebut, mereka mendapati ia berjaya menggalakkan sebahagian penggunanya untuk menyunting semula komen negatif sebelum ia dihantar dan seterusnya menukar semula komen tersebut kepada perkataan yang lebih sesuai.
Selain itu, satu lagi ciri baru Instagram bagi berdepan dengan isu buli ini adalah dengan perkenalkan ciri yang dipanggil Restrict
Jika sebelum ini, pemilik akaun mungkin keberatan untuk menyekat, meng-unfollowatau melaporkan pembuli kerana ia dilihat boleh memburukkan lagi keadaan lebih-lebih lagi jika mereka bertemu secara berdepan.
Melalui ciri Restrict ini, pemilik akaun boleh menetapkan untuk hanya mereka yang meninggalkan komen kurang menyenangkan (aka pembuli) itu sahaja yang dapat melihat komen tersebut.
Ciri Restrict ini juga akan menyekat pembuli itu daripada dapat melihat apabila anda sedang aktif di Instagram atau pada masa bilakah anda telah membaca mesej mereka secara langsung di direct message.
-says-
7 Comments
Satu usaha yang baik dari Instagram…at least dapat kurangkan kes buli di media sosial…mungkin ini baru permulaan..mungkin ada lagi ciri-cira lain akan deperkenalkan
Curahan rasa Kambing Aqiqah Murah @ ..Sunnah Yang Boleh Dilakukan Hari Penyembelihan Aqiqah
Insta, Whatsapp, FB, WeChat semua patut ada function ini.
Sebab tak macam kita zaman dulu, yang kutuk, mengejek berhenti hanya kat kawasan sekolah.
Zaman sekarang, kutuk mengejek berkumpulan terus menerus dalam social media, group chat . Dan sbb remaja sekarang memang tak berenggang dengan telefon, kesan buli membuli ini makin parah. Ramai yang depressed sebenarnya.
Dan sekolah pun sayangnya tak up to date subjetnya. Dulu ada lah pendidikan sivik. Sekarang, patut dah ada subjek digital ethics.
Curahan rasa Lela @ ..20 Tempat Menarik di sekitar KLCC (No.15 Hangpa Kena Pergi)
Tq Dh. Info yang sangat berguna. Cyberbully is dangerous. boleh membuatkan seseorang tu stress dan depression
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..PENGEDAR SHAKLEE AKTIF DI KOTA KINABALU SABAH – 0165879882
Elok juga buat ciri seperti ini, boleh cegah diri sendiri daripada tulis sesuatu yang memudaratkan orang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tanah Achi Jaya 29833.25 Ekar Untuk Dijual
Tidak boleh mengharapkan sangat ciri anti siber buli ni. Kitalah yang kena cerdik bila menggunakan media sosial ni. Tapi ini memang dapat membantu untuk menyekat mereka yang tidak berapa mahu menggunakan akalnya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..179 Juta Pembeli Aktif Di Ebay Berpotensi Menjadi Pelanggan Usahawan Online Malaysia
Bagus Instagram. At least dpt membantu mengatasi masalah cyber bully yang semakin kronik dlm dunia social media!
Curahan rasa JMR @ ..Tip Tanam Minat Membaca Dalam Keluarga.
Inilah fungsi yang sebaik-baiknya terutama jika semua laman sosial mengaplikasikannya. Buli siber adalah serangan terhadap perasaan, sama atau lebih teruk berbanding gangguan fizikal.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Rahsia Personaliti Penunggang Kapcai, Super-moped, Superbike Dan Vespa
Comments are closed.