Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Disangkakan petrol. tetapi diesel yang diisi.
Berhubung kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi, syarikat Petronas telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada lebih 20 buah kenderaan yang mengisi bahan api di stesen tersebut.
Menurut Petronas, kejadian tersebut berpunca daripada masalah operasi pengendalian ketika melakukan pengisian bahan api ke dalam tangki simpanan bawah tanah.
Petronas memberikan jaminan akan menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci dan Stesen Minyak Petronas Solaris akan ditutup buat sementara waktu.
Berdasarkan laporan awal yang diterima, terdapat lebih daripada 30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya hari ini seawal jam tujuh pagi dan kejadian ini dipercayai berpunca daripada pengisian bahan api daripada salah sebuah stesen minyak di lebuhraya tersebut.
Siasatan awal mendapati masalah tersebut berpunca daripada penutup tangki bawah tanah yang tidak ditutup rapat dan mengakibatkan tangki simpanan tersebut dimasuki air.
Kepada sesiapa yang terbabit ataupun terjejas akibat insiden ini, anda diminta untuk ke stesen minyak tersebut untuk melaporkan kerosakan yang dialami atau menghubungi stesen tersebut di talian: 03-8942 2100
74 Comments
tapi Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali masih beroperasi seperti biasa setakat ini
Stesen Petronas Solaris Besraya kini ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan siasatan dilakukan
pemeriksaan mendapati masalah itu berpunca akibat pengendalian tidak betul yang berlaku di stesen berkenaan
mereka juga dabmengambil tindakan sewajarnya dan akan memberi pampasan kepada mereka yg terlibat
petronas ambil serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pelanggan terhadap apa yang berlaku
petronasa dah menghubungi mangsa dan memberi jaminan stesen Petronas lain tidak terjejas.
Benda yang selalunya kita terlepas pandang akan mengundang kesilapan yang besar dan membawa padah
Betul.. nampak tak penting..tapi sekali terlepas pandang, efek buruk dia akn beri kesan kepada ramai orang
Jangan buat main dengan minyak ni. Salah sikit je boleh rosak kereta. Nak kena keluar duit tu
betul tu. Enjin perlukan minyak, kalu ada komposisi air, habeslah proses mekanikal dia
Stesen minyak ini mungkin akan mengalami kerugian. Mesti ramai tak nak isi minyak kat sini
Itu memang dah akan ada, pastinya pengusaha stesen petrol ni akan menanggung kerugian yang besar
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sehari diorg terpaksa tutup pun dah berap banyak kerugian. Kalau orang ramai boikot lagilah kan
Agak agak ada tak yg bukan mangsa pun mereka datang utk claim? Haaha teruk betul perangai.
Mungkin ada juga yang akan buat begitu, mengambil kesempatan semasa keadaan tengah tegang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kejadian begini amat berbahaya sebenarnya..
bayangkan kereta dipandu laju dan tiba-tiba ada masalah boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.
kereta rosak boleh diperbaiki tetapi jiwa manusia..
Itulah kan, benda malang ni bukan ada tanda dia nak datang. Kalau dah jadi macam ni apa nak buat, redho saja
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Nak buat mcm mana kan. Benda dah jadi. Petronas pun bukan sangaja.
Ye lah kan, nak bising pun benda dah jadi bubur, cuma terkilan tu mungkin ada. Susah nak ke tempat kerja kalau kereta rosak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Dalam betul maknanya ni.. kalu xde duit tak boleh repai kereta. Tapi duit boleh di cari. Hati manusia akan berparut
Kalau tiada duit memang susah lah nak repair kereta,kena pulak hujung tahun, banyak duit mengalir keluar
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Operasi pengendalian ni sepatutnya di lakukan bersama supervisor stesen minyak untuk mengelakkan masalah berlaku
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mungkin ada yg supervised tapi dua dua tak perasan. Benda dah jadi dn mereka bertanggungjawab. Huhu
Aah kan, kadang di luar jangkauan manusia juga. Bila dah berlaku kena take action cepat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Biasalh kerja manusia ni , walaupun prosedur dah bagus, tapi yang buat kerja kdg2 tak ikot jer
Kesilapan yg tak disangka sangka ni.. harap mereka ambil iktibar supaya ia tak berulang
Ye lah, sekali dalam 100 benda ni jadi. Lagipun, mereka ambil tindakan pantas keluarkan kenyataan mohon maaf dan ganti rugi kepada yang terbabit
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Aah betul juga. Tapi yang ni dengar khabarnya tangki yang bocor kan. Bukan salah manusia yang mengendalikannya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mungkin ada yg cuai dn buat sambil lewa. Tp dalam hal ini kita tak tahu kan
Nanti bila siasatan dah selesai pasti Petronas akan mengumumkannya.Tapi kerosakan telah pun berlaku
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Syukur lah cepat Petronas bertindak dengan mengeluarkan statement mohon maaf dan akan membayar ganti rugi kepada pengguna
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Nasib baik kan? Ini bermkna mereka tak lepas tgk mcm tu sahaja. Hats off petronas
Mereka memang syarikat besar yang tidak lepas tangan begitu saja. Ini baru syarikat yang prihatin dan bertanggungjawab
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Diharap kejadian seumpama ini tak berlaku lagi pada masa yang akan datang.. Semoga pemilik kereta yang terlibat dapat bersabar..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Itulah, perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya pemeriksaan dijalankan dengan baik semasa mengisi semula tangki
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Susah kan nak uruskan bahan bakar ni. Kesan akan dirasai oleh pelanggan. Kalau tak diorg aakan tukar steswn minyak
Tangki kt bawah tu sgt bahaya dan penting. Tak boleh cuai sbb besar kesannya nanti
Hairan juga macam mana boleh bocornya. Mesti kena siasat punca dan ambil action secepatnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Pernah gak terfikir pasal tangki underground kt stesen pam tu. Skali dimasuki air, memang habesla
Memang menjadi iktibar kepada owner dan staf stesen Petronas Solaris tu. Kena perlu berhati hati sentiasa
nasib baik pihak petronas cepat ambil tindakan sebelum perkara yang xdiingini berlaku.
Comments are closed.