Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Disangkakan petrol. tetapi diesel yang diisi.
Berhubung kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi, syarikat Petronas telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada lebih 20 buah kenderaan yang mengisi bahan api di stesen tersebut.
Menurut Petronas, kejadian tersebut berpunca daripada masalah operasi pengendalian ketika melakukan pengisian bahan api ke dalam tangki simpanan bawah tanah.
Petronas memberikan jaminan akan menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci dan Stesen Minyak Petronas Solaris akan ditutup buat sementara waktu.
Berdasarkan laporan awal yang diterima, terdapat lebih daripada 30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya hari ini seawal jam tujuh pagi dan kejadian ini dipercayai berpunca daripada pengisian bahan api daripada salah sebuah stesen minyak di lebuhraya tersebut.
Siasatan awal mendapati masalah tersebut berpunca daripada penutup tangki bawah tanah yang tidak ditutup rapat dan mengakibatkan tangki simpanan tersebut dimasuki air.
Kepada sesiapa yang terbabit ataupun terjejas akibat insiden ini, anda diminta untuk ke stesen minyak tersebut untuk melaporkan kerosakan yang dialami atau menghubungi stesen tersebut di talian: 03-8942 2100
74 Comments
Kesiannya nasib pemilik-pemilik kereta ni.. Kalau kerosakan teruk sehingga menyebabkan kereta kena overhole memang naya dibuatnya..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Macam mana boleh terperasan ye benda camni. Kalau kena saya memang panik lah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sapa sapa pun akan panik bila tetiba kereta breakdown. Lagi panik, bila kereta baru hehe
Kena jujur lah kan siapa yang isi minyak kat stesen petronas tu, jangan auta
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Nasib baik petronas kata boleh claim. Maknanya mereka tak lepas tangan. Bagus!
Kalau Petronas lepas tangan macam mana pengguna nak repair kereta mereka yang dah termasuk diesel tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Petrol bercampur dengan diesel ke bercampur dengan air nih. Habes la nak kena servis semua kereta tu balik
Tp tak pe petronas nak bayar semua kerosakkann. Jgn pula ada yg buat buat rosak utk services free haha
Kalau ada yang claim gitu camna nak tau ye. Diorang nak kena check cctv satu persatu kot
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Itulah, kalau campur dengan diesel pun rosak, campur dengan air pun rosak juga.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semoga pengguna yang terlibat boleh menghubungi stesen berkenaan untuk tuntutan ganti rugi kerosakan yang dialami
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mungkin jga ada yg tk tahu yg mereka boleh claim. Terpaksa la keluarkan duit sndiri
Disangkakan petrol. tetapi diesel yang diisi. Ini juga pernah berlaku depan mata. Saya pun ingatkan memang di pakai diesel. Sekali bila dah masukkan minyak, baru dia perasan yang diisinya tu diesel. Kesian tau
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Harap harap lepas ni tak jadi lagi mcm tu. Rosak kereta ti nnti. Tak pasal pasal kena keluarkan duit.
Akibat tangki bawah tanah yang tidak ditutup rapat habis bercampur,masalah ni memang kena siasat betul-betul
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Habis lah pekerja yg tak tutup rapat tu. Harap dia tak kena buang kerja atas kecuaiannya
Padanlah ada viral dalam wasap tadi. Ingatkan yang lama,rupa-rupanya memang baru terjadi je kes ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mula mula baca macam tak percaya gak. Sebab tak pernah jadi. Atau kalau jadi pun tak pernah dihebohkan
Stesen Minyak Petronas Solaris memang patut ditutup buat sementara waktu sementara siasatan dijalankan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Jaminan Petronas yang akan menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci memang perlu,sebab banyak juga pengguna yang terjejas ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Masalah operasi pengendalian ketika melakukan pengisian bahan api ke dalam tangki simpanan bawah tanah ni jarang sangat berlaku
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Lebih 20 buah kenderaan yang mengisi bahan api di stesen tersebut, jenuh lah Petronas kena cover ke macam ni?Sebab bukan kesilapan pengguna
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Yup, harap harap stesen pam tu bertanggungjawab atas kecuaian ini. Bukan sikit kos nak selenggara tangki minyak kereta tu
Petronaas dh keluarkan kenytaan dan mengaku kesilapan mereka. Yg terjejas boleh claim ye
Haaa, kalau boleh claim baguslah. Kereta ni kalau dah buat masalah kesian juga owner nya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kena claim cecepat tu. Kesian gak. Hujung hujung tahun ni mesti diorang nak guna kereta tu kan
Entah entah ada yg btul betul nak pakai duit hujung tahun utk kelengkapan sekolah anak dll
Adoii.. kesilapan yg jarsng berlaku ni. Siapa sangka akan jadi mcm ni.
Memang tidak disangka kan, terjejas teruk juga tu. kalau nak claim entah berapa lama pulak tu ambil masa
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tu la pasal. first time dengar ni. Nak buat macam mana kan, benda dah jadi. Kena gi claim cepat2
Sangat jarang berlalu. Stesen Solaris kena siasat apa punca dan di mana silap sebenarnya
inilah kesilapan yang kita takuti baik sebagai pemilik kenderaan atau pemilik stesen minyak…
kalau apa-apa berlaku kanda memang tak boleh tidur malam mengenangkan dinda yang ada kereta tersadai tu.
Jarang berlaku, tapi sekali terjadi, memang melibatkan banyak kos. Lagi kesian mereka yang tersadai sebab kereta breakdown
Comments are closed.