Insiden kereta tersadai isi petrol, Petronas mohon maaf

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disangkakan petrol. tetapi diesel yang diisi.

Berhubung kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Solaris Besraya pagi tadi, syarikat Petronas telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada lebih 20 buah kenderaan yang mengisi bahan api di stesen tersebut.

Menurut Petronas, kejadian tersebut berpunca daripada masalah operasi pengendalian ketika melakukan pengisian bahan api ke dalam tangki simpanan bawah tanah. 

Petronas memberikan jaminan akan menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci dan Stesen Minyak Petronas Solaris akan ditutup buat sementara waktu. 

Berdasarkan laporan awal yang diterima, terdapat lebih daripada 30 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya hari ini seawal jam tujuh pagi dan kejadian ini dipercayai berpunca daripada pengisian bahan api daripada salah sebuah stesen minyak di lebuhraya tersebut.

Siasatan awal mendapati masalah tersebut berpunca daripada penutup tangki bawah tanah yang tidak ditutup rapat dan mengakibatkan tangki simpanan tersebut dimasuki air.

Kepada sesiapa yang terbabit ataupun terjejas akibat insiden ini, anda diminta untuk ke stesen minyak tersebut untuk melaporkan kerosakan yang dialami atau menghubungi stesen tersebut di talian: 03-8942 2100


Spread the love

74 Comments

    1. Yup, harap harap stesen pam tu bertanggungjawab atas kecuaian ini. Bukan sikit kos nak selenggara tangki minyak kereta tu

    1. inilah kesilapan yang kita takuti baik sebagai pemilik kenderaan atau pemilik stesen minyak…

      kalau apa-apa berlaku kanda memang tak boleh tidur malam mengenangkan dinda yang ada kereta tersadai tu.

    2. Jarang berlaku, tapi sekali terjadi, memang melibatkan banyak kos. Lagi kesian mereka yang tersadai sebab kereta breakdown

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!