Indonesia Mohon Maaf Pada Malaysia

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sejurus tamat perlawanan Malaysia menentang Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, ketegangan yang berlaku dalam kalangan penyokong bertambah parah apabila terdapat beberapa penyokong Indonesia didakwa cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia.

Insiden tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan keselamatan para penyokong malah terdapat individu yang dipercayai salah seorang penyokong Malaysia mengalami kecederaan. Atas faktor keselamatan semua penyokong Malaysia, mereka dikatakan telah dikuarantin didalam stadium sehingga lewat malam.

Disebalik ketegangan yang timbul, terdapat beberapa individu dipercayai warga Indonesia menzahirkan kekesalan dan memohon maaf atas tingkah laku tidak sensitif segelintir penyokong tuan rumah.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata kecewa dengan insiden yang melanda penyokong Malaysia di Gelora Bung Karno.

Menerusi muat naik Twitternya, Syed Saddiq menegaskan bahawa beliau akan menuntut bela dengan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatnya di sana.

Tegasnya, gangsterisme tidak boleh dikompromi dalam apa jua bentuk, melihat kepada tindakan ganas penyokong pasukan Garuda yang membaling objek berbahaya termasuk botol, besi dan suar.Beliau juga menyampai maklum bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat aduan rasmi kepada badan induk bola sepak dunia, FIFA ekoran insiden memalukan ini.

Katanya, bola sepak sepatutnya menjadi medan penyatuan dan apa yang berlaku pada malam Khamis adalah sangat menyedihkan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq bersama penyokong Harimau Malaya
Kata Syed Sadiq di laman Twitter beliau

Ketibaan penyokong Malaysia atau dipanggil Ekor Harimau disambut dengan dingin oleh penyokong tuan rumah termasuk dibaling dengan batu.Pasukan negara juga berdepan ancaman sama dan dibawa masuk ke stadium dengan kenderaan tentera Barracuda.

Perlawanan juga tergendala sementara sekitar minit 75 apabila dipercayai kawasan penyokong Malaysia dibaling objek berbahaya termasuk suar.

Perlawanan berakhir memihak Malaysia dengan keputusan 2-3, melakar sejarah menang di Gelora Bung Karno selepas 15 tahun.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi memohon maaf kepada Malaysia berhubung kekecohan yang berlaku ketika aksi Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno pada Khamis malam.

Permohonan maaf itu dikemukakan oleh Imam secara peribadi kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Jakarta pada Jumaat.

Imam Nahrawi mengemukakan permohonan maaf mewakili Indonesia kepada Syed Saddiq di Jakarta, Indonesia pada Jumaat. – Gambar ANTARA NEWS

“Kehadiran saya untuk menyampaikan langsung permohonan maaf atas nama masyarakat dan pemerintah Indonesia atas peristiwa tidak mengenakkan atas kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong (Indonesia) seperti yang kita sama-sama lihat semalam,” kata Imam kepada media seperti dilaporkan agensi berita ANTARA.

Namun begitu, Syed Saddiq juga mengharapkan pelaku kekecohan pada perlawanan antara pasukan Harimau Malaya dan Garuda dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Kami ucapkan terima kasih atas pendirian tegas Pak Imam (Nahrawi) untuk pastikan bahawa akan berlaku keadilan pada masa depan.

“Bahkan beliau (Imam) juga sudah berhubung dengan pihak polis untuk memastikan tindakan tegas akan diambil,” tegas Syed Saddiq.Syed Saddiq juga menegaskan, bahawa Malaysia dan Indonesia akan tetap bersama.

Tahniah kepada skuad harimau malaya atas kemenangan yang di raih.

Kredit : astroawani, siakap keli


Spread the love

6 Comments

  1. yang melakukan kerusuhan hanyalah segelintiran oknum pendukung timnas indonesia,,sejati nya tidak semua suporter indosian seperti itu,,slamat atas kemenangan timnas malaysia..

  2. Tahniah pasukan bola sepak Malaysia. Atas semangat kesukanan, kita jangan cepat melatah. Yang baik jadikan pengajaran. Yang buruk jadikan sempadan

  3. Saya sebagai warga negara Indonesia dan penyokong Timnas Garuda merasa malu juga atas kelakuan sebagian para oknum supporter Timnas Garuda. Mohon maaf atas kelakuan mereka… percayalah tidak semua supporter Indonesia seperti itu… masih lebih banyak yang baik dan sopan santun. Tahniah untuk kemenangan Timnas Malaysia – Harimau Malaya.
    Curahan rasa Dawaihati @ ..Tips Merawat Bayi Baru Lahir untuk Pasangan MudaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!