Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai juga Rakan Blogger yang buat duit online samada menyertai affiliate, iklan, ebook, advertorial, jual produk dan sebagainya yang membezakan cuma sikit dan banyak. Ada Rakan Blogger yang berani berhenti kerja setelah income daripada blog boleh menampung keperluan hidup. Sebenarnya blog sudah menjadi kerjaya yang boleh menampung kehidupan sebagaimana ramai blogger profesional di luar negara. Jadi kepada Blogger Nusantara yang masih tercari-cari kerja tetap mengapa tidak jadikan berblogging sebagai kerjaya.
Soalnya apa yang anda akan buat dengan duit yang diperolehi daripada berblogging. Beli gadget, belanja kawan makan, melabur atau simpan?
Ramai Blogger yang menggunakan sebahagian income blog tersebut dengan melaburkan semula untuk blog contohnya beli domain dan hosting, beli iklan untuk promosi blog dan anjurkan contest. Melabur semula penting untuk meningkatkan pendapatan.
Aku nak mencadangkan sebahagian daripada income blog digunakan dengan meningkatkan template blog. Kalau sekarang guna template percuma adalah lebih baik beralih ke template premium. Kepada Rakan Blogger yang sudah buat ribu-ribu ringgit sebulan aku cadangkan cari pakar design blog seperti Eizil dan ramai lagi blog designer untuk buat template khas untuk blog anda. Template percuma atau premium ada risikonya seperti kes “Phishing attack di blog Denaihati“. Blog ini ibarat kedai kita yang perlu ada penampilan yang menarik dan paling penting mempunyai sekuriti yang tinggi baru pelanggan yakin. Memang tidak rugi keluarkan sedikit belanja untuk mengubahsuai template blog mengikut keperluan niche blog kerana ianya pasti akan meningkatkan kualiti dan prestasi blog yang boleh meningkatkan pendapatan blog.
Blog Denaihati sejak bermula pada Julai 2008 telah banyak kali bertukar template dari percuma, percuma, percuma kemudian premium. Alhamdulillah sejak Januari 2012 rezeki blog bertambah dengan kemasukan iklan daripada banyak syarikat berjenama antrabangsa. Rezeki yang bertambah selain dikongsikan dengan Rakan Blogger melalui insentif, rewards dan hadiah contest, sebahagiannya telah dilaburkan semula untuk membina template denaihati. Template blog yang digunakan sekarang dibina oleh Eizil khas hanya untuk blog Denaihati.
Banyak pembaharuan telah dibawa dalam template denaihati. Kepada yang belum mengembara di template baru Denaihati cuba klik
1. Tanda + (plus) selepas angka Rakan Setia Denaihati Network.
2. Link paling popular dan link komen terbanyak yang ada pada main page.
3. Kotak carian yang berbeza daripada kotak carian yang lain dimana setiap kali keywords dimasukan secara automatik entri berkaitan akan keluar.
Templates Denaihati masih lagi dalam pembinaan dan lebih banyak fasiliti akan ditampilkan untuk memudahkan pembaca. Sekiranya ada cadangan sila maklumkan kepada team Denaihati melalui ruang contact.
Pandangan peribadi jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk blog kerana insyallah belanja yang kita keluarkan akan mendapat pulangan yang lumayan kemudian hari. Ibarat bisnis mesti perlukan modal mengikut kemampuan barulah mendapat keuntungan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa strategi yang betul.
Kepada Rakan Blogger yang sudah mendapat pendapatan dari berblogging kongsikan bagaimana anda menggunakan duit tersebut.
390 Comments
Template denaihati makin kren jha, banyak fitur2 tambahan yang memudahkan rekan2 danaihati..
salam hangat, salam 1 dunia
Curahan rasa Edyn Laskar @ ..Cara Cepat Meningkatkan Alexa Rank + 5 Bintang
insha allah blog iAwani juga satu masa nanti akan berubah theme, customized dan menyerupai Engadget.
Curahan rasa iAwani @ ..Samsung Galaxy S2 Tidak Dapat Android 4.1
baru tahun ni boleh dapat earning. tapi tak dapat-dapat lagi. T_T
Curahan rasa Ikhwan Pauzi @ ..Jom Melawat Perak – Tempat Makan Best!
hehe saya beli handbag!! =)
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..semua dah kawen bila pulak turn….saye?
sy belum earning lagi apa2 pndapatan.. masih menunggu
.hehee
masih lagi berusaha..moga satu hari nanti dapat create website atas domain sendiri..
Curahan rasa wanabe @ ..Google Mengaktifkan Lebih 1 Juta Peranti Android Setiap Hari
saya belum pandai tapi akan bljr sebab nampak peluang besar
Curahan rasa Efah Mustaffa @ ..LOOKING FOR A PART TIME JOB?
saya juga baru nak blajar ni…
Curahan rasa Nana @ ..Dibunuh Angkara Tolak Lamaran
pendapatan saya tak berapa lagi.. memang nak sangat pakai template berbayar ni.
Curahan rasa zool @ ..Pencapaian Jun 2012 dan perancangan Julai 2012
sama ler kita ni…hehehe…baru nak blajar…
Curahan rasa Nana @ ..Dibunuh Angkara Tolak Lamaran
Memperbaiki template dan juga segala hal yang berkaitan dengan SEO, maka bila kita turut memasang iklan maka kemungkinan income dari Blog akan bertambah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
Dengan SEO yang baik, template yang friendly, konten yang bagus maka visitor akan bertambah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
Sedang banyak belajar mengenai ketiga hal tersebut di atas
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
niat buat blog nie asalnya saja suka2. tapi lama2 jadi syok lak.so far, mmg tak terfikir untuk generate apa2 income lagi drpd blog nie
Curahan rasa dennis @ ..HAPPY 3RD ANNIVERSARY
Saya belum pernah terima lagi. Buat masa ini belum terbuka hati untuk berblog bagi mencari income. Lebih kepada suka-suka.
Curahan rasa Ar-Razi @ ..Cerpen Cinta Syurga Bab Kedua
semuanya dimulai dengan suka-suka dulu, saya pun begitu
Curahan rasa Dadan @ ..Ulasan Tentang Eyriqazz vs Denaihati
pengunjung setia denaihati mampir lg…… kabuuuuurrrrr
Curahan rasa Edyn Laskar @ ..Aneka Download Software Gratis
betul..kalau kita btol2 fokus dan betul teknik kita…mmg masyukk la blogging ni…dah penah maras skit la..tp xdpt nk beri komitmen sepenuhnya pada blogging…belum terfikir lg sampai nk berhenti kerja…hu3
premium template dah ada cuma belum pakai je lagi..heheh
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata
saya join nuffnang utk blog ni…kena usaha lg kuat kalau nak innity plak…hehehe….
Curahan rasa asraff @ ..Barcelona Sign Jordi Alba
Comments are closed.