Ilmu tidak pernah berhenti

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada hadith bermaksuh “tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China” dan “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat” maknanya selagi ada nyawa kita mesti terus mengejar ilmu Allah SWT yang tidak pernah akan abis. Semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin kecil diri ini kita rasa. Ilmu tidak akan datang menjengok di muka pintu kerana itu biasa kita dengar kisah para pendekar zaman dahulu akan merantau mencari guru.

Nak jadi Blogger yang terbaik pun mesti rajin cari ilmu. Jadi Blogger terbaik bukan semestinya jadi terkenal atau popular tetapi terbaik untuk kepuasan diri sendiri. Alhamdulillah dapat peluang join World Bloggers and Social Media Summit 2012 sempena Malaysia Social Media Week 2012. Berpeluang mendengar berbagai-bagai idea daripada berbagai speaker dari berbagai latar belakang bukan sahaja dari Malaysia juga dari UK, USA, India, Indonesia, Singapore, Afrika Selatan dan Australia.

Kebanyakan idea yang dikongsikan oleh speaker taklah complicated sangat tetapi kreatif yang selalu kita terlepas pandang ramai. Antara yang terbaik adalah penggunaan QR Code untuk mengumpul database seperti email, FB like dan Twitter follower. Juga yang perlu difikirkan Social Network bergerak pantas sentiasa berubah dan menjadi sangat penting untuk Blogger. Kalau selama ini Blogger sangat mementingkan SEO untuk mendapat trafik organik daripada google tetapi trend ini semakin berubah kerana peratusan trafik semakin banyak dari Social Media dan mungkin lebih pantas dari Google. Adakah ini bermakna strategi kita juga kena berubah?

Betul lah untuk go next level sememangnya kita jangan pernah penat mencari ilmu kerana ilmu itu tidak pernah berhenti.

Keputusan penuh World Bloggers and Social Media Awards @ MSMW2012


Spread the love

286 Comments

  1. Bisnis yang tidak menjadi amal, tidak menjadi ilmu, dan memutuskan silaturahmi, walaupun menghasilkan uang tetapi itu semua sesungguhnya adalah bencana.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mata TertutupMy Profile

      1. Keuntungan itu tidak selalu berwujud materi, boleh jadi terhalangnya dari materi adalah keuntungan bagi kita untuk mendapatkan ilmu dan hikmah yang lebih berharga.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mata TertutupMy Profile

        1. Dua upaya yang harus kita lakukan untuk mencapai kesuksesan, yaitu mencari dan memperbaiki kekurangan diri, serta menggali ilmu untuk meneladani Rasulullah.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mata TertutupMy Profile

            1. Sesungguhnya pada masa yang penuh dengan fitnah seperti sekarang ini kehadiran para penuntut ilmu yang sejati sangat dinanti-nanti.

            2. Para penuntut ilmu yang berhias diri dengan adab-adab islami, yang tidak tergoda oleh gemerlapnya dunia dengan segala kepalsuan dan kesenangannya yang fana.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan IlmuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!