Ilmu itu tidak difahami kerana kita belum tiba tahapnya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

harini perkongsian santai bagaimana kita perlu menguruskan nasihat dan ilmu baru yang mungkin kita tidak fahami ketika kita sedang mendengarnya. Ini sudah acapkali berlaku terutama apabila mendengar pesanan-pesanan daripada orang yang berpengalaman.

Berpengalaman di sini bukan semestinya daripada orang tua sahaja, ada juga nasihat daripada orang yang lebih muda tetapi beliau berpengalaman dalam bidang yang beliau usahakan. Sebab itu penting untuk kita tidak menilai sesuatu ilmu itu hanya pada tahap kita yang sedia ada.

Ilmu pengetahuan dalam kehidupan

Nasihat mendahului tahap pengalaman dan ilmu sedia ada

Seringkali kita cenderung untuk menidakkan sesuatu nasihat apabila kita rasa ianya tidak logik di minda kita. Dalam masa yang sama, kita terlupa, individu yang memberikan nasihat atau ilmu itu mungkin telah melalui pengalaman atau situasi tersebut lebih awal.

Hanya kerana mereka telah lalui, mereka dapat memberikan nasihat sedemikian. Kita pula selaku yang menerima nasihat atau ilmu tersebut, perlu hadam terlebih dahulu dalam minda dan fikiran. Kemudian mula buat ikut aturan yang telah diberikan.

Akan sampai satu ketika, kita akan memahami ilmu yang disampaikan. Kerana apa? pertama sebab kita telah buat tindakan dengan melakukan ilmu tersebut, kedua kerana kita telah mencapai tahap pemahaman yang diperlukan.

Pemandangan perkampungan yang mendamaikan

Pengalaman akan memberikan kefahaman sesuatu ilmu

Ada banyak teori hanya kekal sebagai teori jika kita tidak melakukan. Sebagai contoh kita belajar untuk menulis artikel di laman sesawang. Ada guru yang memberikan kita tips-tips teknikal dan seumpamanya. Kita hanya nampak teori tersebut dalam kelas atau semasa sesi perkongsian ilmu. Namun ianya tidak difahami selagi kita tidak melakukan tindakan.

Oleh kerana ini, perkara penting perlu kita lakukan selepas mempelajari sesuatu ilmu adalah melakukan tindakan atau perkataan mudahnya adalah BUAT.

Ilmu buat ini adalah ilmu yang sangat penting, jika kita tidak berjaya membuat atau mengamalkan ilmu yang dipelajari, pasti kita tidak akan mendapat keputusan atau hasil yang kita inginkan.

Kejayaan perlu diusahakan

Hasil dan kefahaman selepas buat

Apabila kita telah melakukan, ketika itu kita akan mula memahami nasihat dan ilmu yang dipelajari. Kita mula nampak apa yang cuba disampaikan oleh guru atau mentor kita selama ini. Kita akan lebih jelas, bahawa ilmu itu diperlukan untuk kita meneruskan kehidupan dan mencapai apa yang dicitakan.

Tiada guru yang mahu melihat anak murid mereka gagal, semua yang dikongsikan memang telah ditapis dan diuji untuk memastikan hasil yang baik akan diperolehi. Semestinya sepanjang tempoh untuk mengamalkan ilmu itu akan ada banyak cabaran dan halangan, itu lumrah dalam kehidupan.

Andai kita mengalah sebelum berjuang, pasti tiada hasil yang akan diperolehi.

Semut merah berusaha bersungguh-sungguh

Elakkan budaya puas dengan hanya menghadiri kelas

Satu gejala yang merisaukan pada masa sekarang, ada ramai yang hanya berasa puas selepas menyertai mana-mana kelas atau seminar. Bagi mereka, itulah tindakan mereka untuk mencapai kejayaan; iaitu pergi ke kelas.

Sedangkan, perkara sebenar yang perlu dilakukan adalah mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kelas selepas majlis perkongsian ilmu itu selesai. Ini perkara wajib untuk kita lakukan sekiranya kita telah membuat keputusan untuk menghadiri majlis ilmu tersebut.

Bak kata pepatah “Ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah” andai tidak berbuah, bagaimana kita mahu merasakan kemanisan buah yang kita tanam itu?

Bersama kita renungkan dan mengamati aktiviti kita selama ini, tahun 2018 banyakkan tindakan daripada hanya belajar tanpa sebarang hasil.


Spread the love

49 Comments

  1. Trend skang ni, pergi sesuatu kelas, then balik dia plak bukak kelas..guna module yang sama dgn sifu kelas sblm ni..heh

  2. Ilmu yang sentiasa ditambah, sedikit demi sedikit pasti akn menjadi lengkap. Dan lebih senang difahm. Sekarang mungkin belum tiba masa untuk memahami

  3. Zaman sekarang ni nak dapatkan ilmu secara teori memang banyak dan boleh dicari secara online di facebook, google dan sebagainya… tapi bukan semua orang dapat mempraktikkan ilmu-ilmu tersebut..
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

    1. Alang alang dah menuntu ilmu dgn mereka yang lebih pakar, sepatutnya kita turut praktikkan ilm yg diajar.. baru tahu jauh mn blh pergi

      1. Ramai yang suak pergi ke bengkel atau seminar, tapi balik sambung tidur. Kemudian komplen kena ilmu sifu tu tak menjadi hehe

    1. Ada tu, balik kelas, dia terus buka iklan utk sesapa ingin belajar dgn nya walhal baru pergi satu kelas..aisey

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!