Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
harini perkongsian santai bagaimana kita perlu menguruskan nasihat dan ilmu baru yang mungkin kita tidak fahami ketika kita sedang mendengarnya. Ini sudah acapkali berlaku terutama apabila mendengar pesanan-pesanan daripada orang yang berpengalaman.
Berpengalaman di sini bukan semestinya daripada orang tua sahaja, ada juga nasihat daripada orang yang lebih muda tetapi beliau berpengalaman dalam bidang yang beliau usahakan. Sebab itu penting untuk kita tidak menilai sesuatu ilmu itu hanya pada tahap kita yang sedia ada.
Nasihat mendahului tahap pengalaman dan ilmu sedia ada
Seringkali kita cenderung untuk menidakkan sesuatu nasihat apabila kita rasa ianya tidak logik di minda kita. Dalam masa yang sama, kita terlupa, individu yang memberikan nasihat atau ilmu itu mungkin telah melalui pengalaman atau situasi tersebut lebih awal.
Hanya kerana mereka telah lalui, mereka dapat memberikan nasihat sedemikian. Kita pula selaku yang menerima nasihat atau ilmu tersebut, perlu hadam terlebih dahulu dalam minda dan fikiran. Kemudian mula buat ikut aturan yang telah diberikan.
Akan sampai satu ketika, kita akan memahami ilmu yang disampaikan. Kerana apa? pertama sebab kita telah buat tindakan dengan melakukan ilmu tersebut, kedua kerana kita telah mencapai tahap pemahaman yang diperlukan.
Pengalaman akan memberikan kefahaman sesuatu ilmu
Ada banyak teori hanya kekal sebagai teori jika kita tidak melakukan. Sebagai contoh kita belajar untuk menulis artikel di laman sesawang. Ada guru yang memberikan kita tips-tips teknikal dan seumpamanya. Kita hanya nampak teori tersebut dalam kelas atau semasa sesi perkongsian ilmu. Namun ianya tidak difahami selagi kita tidak melakukan tindakan.
Oleh kerana ini, perkara penting perlu kita lakukan selepas mempelajari sesuatu ilmu adalah melakukan tindakan atau perkataan mudahnya adalah BUAT.
Ilmu buat ini adalah ilmu yang sangat penting, jika kita tidak berjaya membuat atau mengamalkan ilmu yang dipelajari, pasti kita tidak akan mendapat keputusan atau hasil yang kita inginkan.
Hasil dan kefahaman selepas buat
Apabila kita telah melakukan, ketika itu kita akan mula memahami nasihat dan ilmu yang dipelajari. Kita mula nampak apa yang cuba disampaikan oleh guru atau mentor kita selama ini. Kita akan lebih jelas, bahawa ilmu itu diperlukan untuk kita meneruskan kehidupan dan mencapai apa yang dicitakan.
Tiada guru yang mahu melihat anak murid mereka gagal, semua yang dikongsikan memang telah ditapis dan diuji untuk memastikan hasil yang baik akan diperolehi. Semestinya sepanjang tempoh untuk mengamalkan ilmu itu akan ada banyak cabaran dan halangan, itu lumrah dalam kehidupan.
Andai kita mengalah sebelum berjuang, pasti tiada hasil yang akan diperolehi.
Elakkan budaya puas dengan hanya menghadiri kelas
Satu gejala yang merisaukan pada masa sekarang, ada ramai yang hanya berasa puas selepas menyertai mana-mana kelas atau seminar. Bagi mereka, itulah tindakan mereka untuk mencapai kejayaan; iaitu pergi ke kelas.
Sedangkan, perkara sebenar yang perlu dilakukan adalah mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kelas selepas majlis perkongsian ilmu itu selesai. Ini perkara wajib untuk kita lakukan sekiranya kita telah membuat keputusan untuk menghadiri majlis ilmu tersebut.
Bak kata pepatah “Ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah” andai tidak berbuah, bagaimana kita mahu merasakan kemanisan buah yang kita tanam itu?
Bersama kita renungkan dan mengamati aktiviti kita selama ini, tahun 2018 banyakkan tindakan daripada hanya belajar tanpa sebarang hasil.
49 Comments
Betul sekali, dan salah satu sumber ilmu yang sangat berharga adalah pengalaman, sumbernya bisa dari pengalaman orang lain di sekitar kita atau dari pengalaman kita sendiri
Curahan rasa karpet tile @ ..STEPNOSING
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Ilmu pun ada adab dalam menuntutnya, akhlak dengan guru mesti di jaga. zaman dulu cikgu bertanggungjawab. Dan dimuliakan.
Sekarang ni cikgu tak macam dulu, murid pun dah kurang adab dengan guru. Siap main saman saman sekarang ni
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner!
Kalau minda saiz cawan nak ambil ilmu saiz perigi memang tak boleh lah kan, faham pun sekerat sekerat saja
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Pakej Umrah 2018 & Cara memilih syarikat pengendali terbaik!
lepas belajar kena praktikkkan. baru kita dpt pendedahan yg lebih jelas. lebih2 dlm bisnes yg banyak risikonya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Produk yang Menghilangkan Blackheads
Kalau setakat belajar tapi tak beramal.. Ibarat lapar tapi tak mau kunyah makanan. Perut takkan kenyang
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..10 sebab kenapa vivix boleh kecutkan cyst dan fibroid
Kalau nak makan tapi malas nak kunyah, entah macam mana la hasilnya, malas menanam tapi nak menuai hasil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Sentiasa mencari ilmu itu penting untuk kita maju ke hadapan.
Pengalaman mampu mendewasakan untuk kita menempuh hari mendatang
Curahan rasa zool @ ..Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 : Skuad Lelaki dan Wanita Mudah Tumpaskan Lawan
Kalau sudah berhenti cari ilmu, boleh akibatkan perkembangan fikiran diri akan berhenti. Kuasa tindakan juga bakal dipengaruhi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
Ilmu sentiasa berkembang…jadi kita pun kena “keep updated” juga dan tak hanya selesa pada takuk yang lama. Baru boleh maju ke depan ye tak? 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..YOUTH Skincare Shaklee | Produk Penjagaan Terbaru Untuk Kulit Awet Muda
tepat sekali puan. dunia ini satu perlumbaan untuk terus ke depan seperti mana detik waktu yang akan terus pergi berlalu meninggalkan kenangan.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Rumah Mewah Aliff Syukri Bocor! Ambil Kain Cepat Nanti Kena Perabot Aku!!
Ilmu..ada praktikal, ada teori.. dari segi teori, memang tidak dinafikan akan beri efek kepada rohani si empunya diri.. dan sangat setuju ramai yg suka menadah otak utk ilmu teori tapi tak suka amalkan secara praktikal. Seperti dijangka, ramai yang tersungkur akibat keangkuhan dengan ilmu teori yang dimiliki..
Curahan rasa JMR @ ..Nasi Kukus Paling Sedap di Shah Alam
Ilmu dan praktikal mesti seiring, kadang kadang teori tidak semestinya tepat tanpa disertakan dengan tindakan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Siasatan P41 Dan P29
kerjayaan untuk memahami bergantung kemampuan yang telah dianugerahkan ilahi. success takes time. thanks for this great articles
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..JDT VS PKNP FC Live Streaming 6 Februari 2018
Bermula dari sekarang walau pun belum sempurna, insyaallah suatu hari ia akan sempurna dengan izin Allah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
memang ilmu bermakna perlu usaha keras untuk memdapatkannya , tidak bisa hanya dengan santai
Curahan rasa blogger newbie @ ..Hatiku selalu untukmu (Untuk Istriku Tercinta)
Ada waktunya ilmu yang sedikit itu terus dilaksanakan supaya ilmu ilmu yang lain datang semasa pelaksanaan ilmu tersebut.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
ilmu tanpa pelaksanaan tidak akan membawa apa-apa manfaat. KEna sedut ilmu, kena praktikkan ilmu tu
Dan juga perlu jaga adab dalam berguru supaya berkat ilmu tu kita bawa sampai bila bila kan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Masbro Village Homestay Menarik Di Alor Gajah Melaka! Macam di Oversea
Betul tu.Ilmu kena fahami betul-betul barulah kita sampai di tahap yang sepatutunya.Ilmu amat penting dalam kehidupan seharian kita.Marilah kita sama-sama mencari ilmu yang berguna pada diri,masyarakat dan negara kita ini.Terima kasih untuk info yang amat bermaklumat tu.
Curahan rasa Ira @ ..Apa Bahan Yang Digunakan Dalam Produk Shaklee Bahagian 16
Comments are closed.