Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi buka puasa dari masjid ke masjid.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Teringat kisah semasa belajar tahun akhir UKM, masa itu belajar di kampus Kuala Lumpur. Keluarga Abang memang miskin jadi tak ada kenderaan sendiri kemana sahaja samada naik pengangkutan awam atau berjalan kaki. Banyak belanja diperlukan bukan sahaja untuk Abang sebagai anak sulong juga untuk lima orang adik-adik yang juga sedang belajar. Utamakan perbelanjaan mana yang utama jadi kenderaan sendiri bukan keutamaan.
Masa belajar tahun akhir dulu memang biasa Abang berjalan kaki dari hentian bas Puduraya sehingga ke asrama di Tasik Titiwangsa sebab nak jaga bajet. Kalau musim hujan berhenti dari satu kedai ke satu kedai berteduh nak menyampaikan tempat tujuan. Dulu mana ada bas percuma Go-KL seperti sekarang.
Bulan Ramadan memang biasa berbuka dari masjid ke masjid sebab jaga bajet. Juadah berbuka di kantin dan bazar Ramadhan memang mahal. Duit belanja hanya harapkan pinjaman JPA untukk menampung kehidupan satu semester, kalau sudah terpaksa sangat barulah minta kiriman daripada kampung.
Setiap hari merancang nak iftar di masjid atau surau yang mana samada pergi berjalan kaki atau tumpang kenderaan kawan-kawan. Masjid yang selalu jadi pilihan adalah Masjid Hospital Kuala Lumpur, Masjid Kampung Bahru dan Masjid Jamek Kuala Lumpur sebab mudah nak sampai. Paling seronok boleh hafal jadual menu berbuka setiap masjid, yang paling sedap yang itu dituju. Ada yang sedekah nasi beryani kekadang nasi ayam dan kekadang nasi tomato.
Sekarang iftar di Masjid sudah menjadi amalan, peluang kepada yang pemurah memberi makan kepada yang berbuka puasa dan peluang yang kurang bajet menikmati rezeki daripada yang bersedekah. Ramai juga keluarga yang membawa juadah dari rumah untuk berbuka puasa beramai-ramai sebelum solat maghrib dan terus sambung solat sunat terawih. Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah padang di hadapan Masjid Negeri Shah Alam, padang di hadapan Masjid Besi Putrajaya, Dataran Merdeka dan Padang Majlis Bandaraya Kuantan.
Ramai yang bermurah hati merebut peluang bersedekah pada bulan Ramadan menyahut seruan Nabi SAW yang bersabda sedekah paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadan. Ada masjid yang menggunakan sistem lot contohnya satu lot bernilai RM100, jadi kalau perbelanjaan sehari RM2000 maka perlukan dua puloh lot. Seorang penderma boleh membeli seberapa lot yang mereka suka. Ada juga Masjid yang menggunakan sistem harian contohnya kalau kos belanja sehari RM1500 maka penderma dikenakan bayaran RM1500. Ada juga Masjid yang memberi kebebasan kepada penderma untuk menderma berapa sahaja yang kemudian akan diuruskan oleh pentadbir masjid mengagih-agihkan perbelanjaan tersebut. Tapi jangan pulak Masjid jadi kedekut apabila ada hari yang tiada penderma maka tiada majlis berbuka pada hari itu, apa salah guna duit tabung masjid untuk tidak mengecewakan jemaah yang datang.
Memang sedap sangat juadah berbuka dari Masjid ke masjid, terasa sungguh ibadah berpuasa. Semuga yang sedekah juadah berbuka dulu, kini dan akan datang mendapat ganjaran pahala dan rezeki berganda-ganda kerana ALLAH sudah janji fadilat memberi makan orang yang berbuka puasa memang besar.
Mari kita rebut peluang bersedekah dan memberi makan orang berbuka puasa kerana ganjaranya sangat hebat.
Pernah ke berbuka puasa di Masjid atau surau?
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
61 Comments
terima kasih udah di sahre artikel nya sangat menarik like it thanks
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
bila bisa menyelenggarakan buka puasa untuk orang sebanyak di atas begitu banyak pahala yang kita raih
Curahan rasa blogger newbie @ ..Resep Membuat Donat Kentang Enak
Pahala orang yang beri makan pada orang berpuasa sama dengan pahala puasa orang tersebut
Asalkan niat ikhlas kerana Allah swt
Dalam sibuk kita beri makan orang berbuka
Menghairankan bulan puasa makanan terbazir banyak
surau dan masjid pun selalu makanan tak habis atas pinggan
Leka dan lalai
Malaysia nu mewah makan
Orang lain mati tak makan
Kita mati sebab makaanan berlebihan
ramai juga yang bujang dan nak sve duit pegi berbuka di masjid. bijak bijak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2017
Bila tengok iklan pekerja pekerja asing di Mah Sing, rasa betapa untungnya saya dapat berbuka puasa dengan keluarga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Ambilan Separa Perubatan U29 Terkini
Buat yang suka ber networking
Pergi masjid boleh kenal ramai orang
Samada yang baik dan tak baik
Memang orang bujang selalu makan kat kedai kan
Bujang yang tak pandai masak
ORang bujang makan moreh di masjid boleh simpan duit nak kahwin kan
Sekarang ni nak kumpul duit kahwin memang mencabar
Sebab barang mahal
Gaji pula tak tinggi
Tak terasa bulan penuh berkah ini hanya menghitung hari untuk berakhir…
Mudah-mudahan di bulan ramadhan tahun ini kita bisa mendapatkan banyak berkah dan ampunan dari Allah SWT…
Buat Ka Denaihati mudah2an makin sukses dalam berkarya dan selalu memberikan inspirasi bagi banyak orang
Orang yang menghayati ramadhan akan rasa sedih bila dah sampai ke penghujungnya
Sampai berharap kalau boleh sepanjang tahun pun bulan ramadhan
Hamba Allah akan terus beribadat lepas ramadhan berahir
Hamba ramadhan akan kembali pada rutin asal selepas bulan puasa
Ramadhan 2017 dah habis dah
Moga tahun depan ada lagi ramadhan untuk kita
Puasa 6 ni Allah beri pada kita untuk di amalkan semasa bulan syawal
Buat yang rindu ramadhan eloklah buat puasa 6
Dan puasa sunat isnin khamis
ramai je yang berbuka di masjid. senang, lepas tu boleh berjemaah terus
Curahan rasa nikkhazami @ ..FATHER’S DAY GIFT IDEAS 2017
secara praktikalnya memang begitu..
tak ketinggalan untuk solat jemaah di Masjid
Curahan rasa mrhanafi @ ..Baju Raya Lelaki 2017 Yang Terakhir
Kalau dah berkeluarga dan anak anak masih kecil memang agak mencabar
Sebab nak uruskan anak ambil masa
Betul. tapi alah bisa tegal biasa
Mula mula saja susah
Lama lama jadi senang
Berjemaah di masjid semasa bulan ramadhan dapat pahala 70 kali ganda solat fadhu
Bayangkan buat solat jemaah dapat 27 kali ganda solat sendirian
Dan buat pula pada malam lailatul qadr yang 1000 kali lebih baik dari malam biasa
70×27×1000
Dah lama tak berbuka di Masjid..
berbuka di rumah bersama isteri dan anak je
Curahan rasa zool @ ..Kekalahan Kepada Lebanon : Apa Perlu di lakukan Nelo Vingada
bila dah berkeluarga susah sikit nak ada peluang berbuka di masjid. lebih seronok bersama keluarga di rumah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Abang Bomba I Love You Raya
Kalau nak biasakan anak anak dengan masjid elok kita mula dari usia kecil
Nanti hati jinak nak ke masjid
Salah satu golongan yng dapat naugan di padang mahsyar ialah yang pemuda yang hatinya di masjid
Anak anak yang di bawa ke masjid tanpa pemantauan pun boleh bawa masalah lain
Kena ada disiplin juga
Mak ayah dah pesan dari rumah. Semua tempat ada adab.
sekarang sudah masuk 10 malam ramadan..terakhir
perlu pecut untuk beribadah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Baju Raya Terakhir Buat Abee
Salam aidilfitri tuan. Kejap saja puasa dah habis
Rasa rindu sebab bulan ramadhan orang lebih menjaga diri
Sekarang sekejap saja syawal dah menjelma. Hari ni dah syawal ke 4
Dah masuk pejabat semula
nikmat berbuka di mesjid dah berbuka langsung shalat berjamaah bila buka di rumah biasanya makan banyak malah ke mesjid lagi
Curahan rasa blogger newbie @ ..Cara Memasak Ikan Asam Manis
Seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai di masjid atau surau ni…. Kena pula dapat makan dalam talam… Lagi best… Terasa nikmanya makanan di situ..
Curahan rasa Anuar @ ..Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
kelebihan berbuka puasa di Masjid ialah kita dapat makan beramai-ramai..
lebih feel la tu..
Curahan rasa mrhanafi @ ..CommentLuv Ditinggalkan Demi Style CommentLuv
Buka di masjid kalau rajin bersembang boleh tambah kawan kan
Ibu suka luangkan masa dengan keluarga masa berbuka
Mak ayah pun dah tua.
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Vitamin & mineral yang diperlukan ibu semasa mengandung!
Sementara anak belum cukup terkawal ni memang mencabar nak pergi berbuka kat masjid
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!
Boleh rasanya terus beri makanan yang dah siap do as a kid.
Yang penting kena berbincang dengan pihak pengurusan masjid. Supaya tidak ada berlaku pembaziran…
Curahan rasa onlajer @ ..Pakej pemasangan Aircond Murah
Comments are closed.