IFTAR bersama Perdana Menteri dan Umat Islam Cambodia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah Ramadhan tahun ini sekali lagi aku dapat jemputan daripada YB Dato’ Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Cambodia untuk hadir ke majlis Iftar bersama Perdana Menteri Hun Sen dan umat Islam Cambodia. Ini majlis iftar kali kedua yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Cambodia untuk merapatkan hubungan antara Kerajaan, umat Islam dan NGO yang membantu umat Islam Cambodia.

hj Musa imam Battambang Cambodia

Iftar Cambodia Hj Musa

Iftar Cambodia bersama perwakilan Malaysia

Alhamdulillah lebih 80 orang pewakilan dari Malaysia yang mewakili berbagai agensi dan NGO, antaranya YAPIM, JAKIM, MAIS, Majlis Melayu Nusantara juga dijemput hadir ke majlis ini. Aku dan Tuan Hj Masrukhin dijemput atas tiket eQurban yang merupakan sebuah syarikat usahasama dengan Koperasi Muslim Cambodia menguruskan aqiqah dan qurban di Cambodia. Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka mengetahui delegasi Malaysia yang telah banyak membantu muslim Cambodia. Sempat juga aku selfie dengan Datuk Seri setelah usaha nak selfie dengan PM Hun Sen dihalang.

Iftar 2015 Cambodia bersama PM

Iftar Cambodia 2015 bersama delegasi Dunia

Selfie bersama DS Mohd Ali Rustam

Selain wakil NGO, duta-duta daripada berbagai negara juga dijemput kemajlis Iftar dan wakil Duta Kuwait telah diberi kesempatan berucap untuk mewakili semua Kedutaan. Lebih empat ribu umat Islam Cambodia datang daripada seluruh pelusuk negara telah diundang untuk iftar bersama para jemputan. Kami duduk semeja dengan Tuan Hj Dr. Ghafar dari JAKIM, Datuk Abibullah dari YAPIM, wakil dari Singapore, wakil dari Thailand dan Datuk Fauzi dari MCCM.

Iftar Cambodia 2015 bersama Mufti

Komry naib presiden CMC

Iftar Cambodia 2015

Sebelum balik kami sempat juga menghadiri majlis penyerahan zakat kepada asnaf untuk penduduk miskin tiga kampung di Masjid Nurul Naim Batu 8, Phnom Penh. Penyerahan zakat sumbangan dari berbagai NGO disempurnakan oleh YB Dato’ Othsman Hassan. Semuga sumbangan zakat ini dapat membantu umat Islam di bulan mulia Ramadhan ini.

zakat Kemboja 2015 othsman hassan

zakat Kemboja Masjid Nurul Naim

Alhamdulillah semakin banyak organisasi daripada berbagai negara semakin yakin untuk bekerjasama dengan Koperasi Muslim Cambodia dengan nilai sehingga jutaan ringgit untuk membina ekonomi umat Islam Cambodia. Kepada rakan-rakan yang ingin menginfaq harta memang bagus bekerjasama dengan Koperasi Muslim Kemboja berbanding dengan individu. Prestasi Koperasi menguruskan dana dari seluruh dunia sudah terbukti terbaik.


Spread the love

47 Comments

    1. Harapnya macam tu lah kan?… Kesian dekat kawan saya… Dia berjaya dapat Scolarship untuk belajar di UK… Tapi disebabkan kejatuhan matawang Malaysia, beliau terpaksa membatalkan hasrat tersebut…

      Berdasarkan pengiraan beliau, biasiswa yang bakal beliau terima tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup di sana, berikutan kejatuhan mata wang kita…

      Kesudahannya… Daripada sepatutnya beliau sambung belajar ke UK, sekarang jadi UKM je…
      Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Mior Zaini menyelesaikan pinjaman PTPTN. Mesti BACA!My Profile

  1. Selain itu saya juga berharap kepada NGO2 di Malaysia supaya dapat melakukan tindakan yang serupa untuk membantu masyarakat2 orang asli di Malaysia, terutamanya yang beragama Islam… kalau kita tak bantu mereka, dikhuatiri orang2 kristian yang mengambil kesempatan untuk membantu mereka dan mengajak mereka menganuti ajaran kristian..
    Curahan rasa anuar @ ..Flyers Untuk Project XMy Profile

  2. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa2 akan datang… dan semoga lebih ramai lagi NGO dari Malaysia dapat sama turun padang membantu masyarakat Islam di sana…
    Curahan rasa anuar @ ..Flyers Untuk Project XMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!