Idea bisnis dengan modal RM200 ribu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pengalaman masam manis berniaga di bulan Ramadan“. Kali ini Abang nak berkongi idea bisnis dengan modal RM200 ribu.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sahabat Abang tengah merancang untuk buka bisnis. Biasalah bila nak mula bisnis macam-macam fikir sehingga tak tahu nak buat bisnis apa. Pasti kawan-kawan pembaca juga pernah melalui  pengalaman yang sama. Abang beritahu kawan apa kata kita minta follower Facebook bagi idea maka keluarlah status di bawah.

Kalau ada modal banyak ni apa pilihan terbaik dan sebab pilihan :

  1. Buka Restoran
  2. Bisnis Tudung
  3. Bisnis kosmetik
  4. Bisnis minyak wangi
  5. Bisnis makanan kesihatan
  6. Melabur BSKL
  7. Beli property 
  8. Lain-lain sila nyatakan

Tak sangka pulak maklumbalas sangat bagus. Berbagai idea bisnis yang kreatif dan bagus dikongsikan oleh rakan-rakan Facebook antaranya :

Mohd Faizal Basarudin : No 8 cryptocurrency. 50% btc 50% altcoin yang tu saya buat sekarang.

Linda Aaron : No 6 melabur tapi in US stocks market.

Akma Omar : Saya tak mau keja dah lama sangat buat bisnes dan dah penat sangat Tuan Hj but i will invest on something tak dapat banyak sikit pun jadilah..bukan nak kaya raya tapi boleh hidup senang sikit dan tenang cukup dah hehe.

Alif Azman : Bisnes Fine Dining Halal Restaurant

Abd Aziz : 50% dalam cryptocurrency 50% beli simpan gold

Ahmad Yani Bahrom Azhar : Kalau saya nak buka bakery lah

Fahmy adam : beli saham company sdn bhd yang dah growth dan dapat keuntungan dan dividen

Izdiya Madri : No 7 sebab harga property semakin meningkat dan melabur dgn emas

Riza Ahmad : Bela ayam kampung atau kambing susu. Untuk setiap RM 250, boleh menghasilkan RM 13 setiap bulan bagi Ayam Kampung, maka setiap RM 200k akan menghasilkan RM 10,400 setiap bulan. Untuk setiap RM 10,000, boleh menghasilkan RM 1,200 hingga RM 7,200 setiap tahun bagi program kambing susu, maka setiap RM 200k akan menghasilkan RM 10,400 hingga RM 144,000 setiap tahun.

Mohd Izahar Sabtu : Bisnis event management

Lisa NurulainBuka cawangan baru celcom center. kalau untuk buka second cawangan boleh sebab hit target performance duit tu leh claim semula dengan celcom. Budget renovation kedai rm100k je.

AJ Pagoh : Buat homestay di kampung saya, berdekatan dengan universiti pagoh, dekat dengan highway dan tol, dekat dengan gunung ledang, dekat dengan bukit kepong, dekat Dengan hutan simpan maokil, dekat dengan ladang herba terbesar di asia. Kawasan rumah pula ada ternakan kelulut. Kawasan kampung yang aman damai.

Lan Cereno : Bukak dobi layan diri. Permintaan tinggi dan biz running 24hrs.

Azrin Ros : Bina rumah sewa. Tidak mahu komitmen berhutang dan tamak. Bina rumah sewa secara cash. Biarpun ambil masa ROI tetapi tiada hutang.

Mohd Yazid Rosmin : Beli kelapa sawit, lepas tiga tahun tuai hasil. Dan lepas berberapa tahun lagi jual untuk harga yang lebih tinggi.

Ruzaini Rahin : 100k beli hibah takaful yang bernilai Rm1Mil (apa-apa berlaku dekat kita, kita dah tinggalkan 1Mil dekat wife, anak-anak jika TPD, terus ada Rm1Mil cash). Lagi 100k beli property, dan bagi sewa atau buat airbnb. Dapat Studio kecik tengah kl ok, kiranya 100k tu buat deposit.. monthly bulan-bulan tu kena la cari.

Ismail Lebai Ahmad : bela lembu tuan tapi kena ada tanah la samada tanah sendiri atau sewa/pajak. pastu buat kandang 40k, baki 160k beli lembu secara borong contoh 100 ekor. seekor harga rm1600. bawa balik ke kandang dalam 1, 2 minggu jual kesemuanya, jika settle dalam seminggu, maksudnya profit tuan dapat 40k lebih kurang tapi lepas tolak kos kemungkinan untung separuh je. Ulang prosess ni buat sampai lebam.

Fachrul Naim Yahaya : Invest rm10k dalam 20 startup company yang ada potensi.

Ini hanya sebahagian daripada berpuluh-puluh idea menarik yang dikongsikan oleh kawan-kawan. Nak baca semua boleh klik idea bisnis modal RM200 ribu. Pasti kawan-kawan pun ada idea yang kreatif yang boleh dikongsikan diruangan komen. Idea kita pasti dapat membantu mereka-mereka yang mencari idea bisnis menguntungkan.

Bisnis sekarang sudah banyak berbeza berbanding dua tiga tahun sebelum ini. Fokus kita lebih kepada bisnis online dan bisnis digital. Projek You Can Duit eUsahawan anjuran MDEC telah melahirkan ramai usahawan online yang berjaya sehingga keperingkat  dunia.

Kuasa sosial media telah banyak mengubah budaya bisnis. Ramai membeli daripada usahawan yang mereka kenal melalui sosial media samada Facebook, Instagram, Twitter dan blog. Boleh baca nasihat Dato Hussamuddin kepada yang nak buat bisnis buku yang Abang kongsikan dalam artikel “Tips Dato Hussam untuk penerbit buku“. Nasihat ini boleh diguna pakai untuk semua bisnis dalam berbagai industri.

Pastikan apabila berniaga ada beberapa sifu yang boleh memberi tunjuk ajar dan teguran apabila kita melakukan kesilapan. Sifu tidak membuat keputusan untuk kita tetapi memberi panduan untuk memudahkan kita membuat keputusan.

Teringat pesan sifu bisnis Abang katanya, nak berniaga jangan buat bisnis yang kita suka tetapi buat bisnis yang hasilnya mengembirakan kita.

Abang lebih suka projek duit buat duit buat duit baru fokus pada bisnis. Kepada yang ada modal RM50 ribu, RM100 ribu atau RM200 ribu tapi tak ada idea nak buat apa boleh PM Abang untuk khidmat nasihat.

Amir Denaihati
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

113 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!