Idamkan Haji Mabrur? Ini 3 perkara yang perlu dibuat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji ke Mekah adalah kemuncak ibadah pada setiap umat Islam. Selepas berakhirnya Syawal, maka tiba Zulkaedah yang menandakan bermulanya persiapan bagi bakal-bakal haji yang disempurnakan pada bulan Zulhijjah.

Bagi yang berpeluang ke Mekah, ia satu perjalanan suci menyahut seruan Ilahi yang tiada tolok bandingnya.

Tempat yang menghimpunkan kira-kira tiga juta umat Islam menyaksikan himpunan terbesar umat Islam dan terbesar daripada mana-mana agama. Manusia dari seluruh pelosok dunia berhimpun demi menghambakan diri menyahut seruan ibadah yang telah diseru sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi.

Ia memerlukan banyak pengorbanan daripada setiap individu dari segi harta, wang ringgit dan masa. Lokasi Mekah yang terletak di kawasan gurun memberi banyak cabaran pada setiap umat Islam yang datang dari pelosok dunia. Namun, segala permasalahan termasuk faktor cuaca dapat diatasi kerana ia adalah ujian dan dugaan bagi memperoleh rahmat Yang Maha Esa.

masjidil haram mekah

Jemaah haji yang datang, sudah pastinya mengimpikan haji mabrur.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: Barang siapa melaksanakan haji semata-mata kerana ALLAH, lalu dia tidak menuturkan (perkataan) keji dan tidak melakukan fasik (keluar daripada ketaatan), dia akan kembali kepada keadaannya seperti baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan Ibn Majah)

Ada juga tips yang dikongsikan untuk para jemaah haji yang berada di Tanah Suci.

1. Banyakkan beri salam dan menjawab salam sesama jemaah tak kisah dari hujung dunia mana mereka datang.

2. Banyakkan memberi minum dan makan kepada jemaah. Ada yg sediakan bekas air besar berdiri di ruang tawaf memberi minum kepada jemaah yg kehausan, ada pulak yg duduk di tepi bekas air zam-zam tolong ambilkan air zam-zam dan macam2 cara lagi. Ada jemaah yg siap bawa gula2, coklat dan makan ringan dari Malaysia utk dikongsikan dgn jemaah terutama di Arafah dan Mina.

3. Beri khidmat kepada jemaah haji yg dalam kesusahan mungkin tersesat jalan, mungkin susah berjalan kerana kaki sakit, tolong tolak kerusi roda dan sebagainya.

jemaah haji mabid di sekitar Jamarat

Haji Mabrur adalah impian setiap jemaah haji kerana kita seperti bayi kecil suci bersih dan Syurga adalah hadiahnya. Dalam kehidupan sebenar di Malaysia untuk kita berjaya dalam hidup formula yang sama juga kita boleh gunakan.

1. Banyakkan memberi salam makna berkomunikasi sesama kita. Berkomunikasi yang baik-baik dan saling doa mendoakan. Banyak masalah perhubungan samada dalam keluarga, dalam organisasi, kehidupan berjiran juga syarikat bermasalah kerana tiada komunikasi yang baik. Bila ada masalah Senyap je sebab kita fikir orang lain faham kita. Berkomunikasi sekarang lebih mudah tak semestinya berjumpa boleh secara online juga berwassap.

2. Banyakkan memberi minum dan makan. Belanjalah kawan2 jangan asyik kawan nak belanja kita. Bila ada majlis kenduri di surau tajalah apa yang mampu. Selalu buat doa selamat. Nampak orang miskin belikan makanan. Musim Qurban buatlah Qurban sebab daging Qurban kita akan diagih untuk makanan ramai orang.

3. Beri khidmat pada sesiapa sahaja yg memerlukan. Jangan minta balasan sebab balasan ALLAH lagi hebat. Kalau khidmat kita perlu dibayar buat lebih baik dari nilai yg perlu dibayar.

Setiap Muslim yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklah segera bertaubat (menyesali dan meninggalkan perbuatan maksiat) dan bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa tersebut. Bagi kesalahan dan dosa berkaitan dengan manusia atau mengambil haknya, hendaklah segera meminta maaf dan mengembalikan hak-hak mereka sebelum pergi melaksanakan haji.

Sesungguhnya haji merupakan jalan menuju ke syurga dan membebaskan diri daripada api neraka. Insyaallah kita akan dapat HIDUP YANG MABRUR.


Spread the love

3 Comments

  1. Predikat mabrur yang diraih oleh seorang yang telah menjalankan ibadah haji sebenarnya tidak hanya memberikan dampak terhadap kehidupan orang tersebut, melainkan juga berdampak besar kepada sisi sosial di lingkungan orang yang berangkat haji tersebut.
    Curahan rasa Dawaihati @ ..Peranan Bakteri Baik untuk si KecilMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!