Ibadah Haji pernah disekat sebanyak 40 kali kerana Wabak Penyakit

Spread the love

Bermula pada 27 Feb 2020, Kerajaan Arab Saudi telah menyekat kemasukan Jemaah Umrah dari seluruh dunia termasuk Malaysia bagi menyekat penyebaran Coronavirus.

Ketika artkel ini ditulis di Arab Saudi sudah ada 20 jangkitan Covid-19. Pada 9 Mac 2020, semua sekolah dan universiti di Arab saudi sudah ditutup.

Antara negara Arab dan jiran terdekat yang sudah terkena wabak Covid-19 adalah Iran, Kuwait, Bahrain, UAE, Iraq, Mesir, Lubnan, Palestine, Oman dan Qatar.

Kaabah-ditutup

Baru-baru ini Kerajaan Arab Saudi mengosongkan pekarangan Kaabah di Masjidil Haram, bagi tujuan pembersihan berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Kerajaan juga mengumumkan sekatan kepada rakyatnya untuk melakukan umrah, seiring penggantungan sementara kemasukan jemaah umrah dari luar negara.

Masjid Nabawi di Madinah juga ditutup sejam selepas Isyak dan dibuka semula sejam sebelum Subuh untuk membolehkan kerja pembersihan dilaksana.

mataf-kaabah-ditutup

Mengikut sumber-sumber dari industri travel umrah & haji, Kerajaan Arab Saudi sudah memanggil penasihat-penasihat Agama untuk membincangkan samada Ibadah Haji musim ini akan diteruskan atau ditutup untuk mengelak penyebaran Coronavirus.

Kalau Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menutup pintu untuk jemaah haji tahun 2020, ini bukan kali pertama Ibadah Haji disekat

Mengikut sejarah sudah 40 kali iaitu antaranya :

1. 930M : Hajar Aswad dicuri oleh Qaramithah salah satu sekte syiah Ismailiyah dan dikembalikan semula selepas 22 tahun.
2. 983M : Perselisihan antara Bani Abbas dan Bani ‘Abid. 8 tahun muslim dari Iraq tidak dibenarkan mengerjakan haji.
3. 1257M : Penduduk Hijaz dilarang mengerjakan haji
4. 1814M : Wabak Taun sehingga mengorbankan 8000 jemaah.
5. 1831M : Wabak Hindi akibatkan 3/4 jemaah terkorban
6. 1837M : Tiada haji kerana wabak dan diikut tiga tahun berikutnya.
7. 1846M : Wabak Kolera
8. 1850M : Wabak Kolera
9. 1858M : Berlaku wabak sehingga penduduk Hijaz berpindah ke Mesir
10. 1864 : Wabak bahaya di Madinah mengorbankan 1000 jemaah.
11. 1865M : Wabak Kolera
12. 1883M : Wabak Kolera
13. 1892M : Wabak Kolera sehingga ramai jemaah haji yang meninggal di Arafah dan Mina.
14. 1895 : Wabak Typus
15. 1987 : Wabak Miningitis. lebih 10,000 jemaah telah dijangkiti miningitis.

pintu-kaabah

Semuga yang terpilih menjadi tetamu ALLAH tahun 2020 akan terpilih bersama jutaan jemaah dari seluruh dunia.

Kalau ditakdirkan Ibadah Haji tahun ini ditiadakan pasti ada hikmah disebalik segala ketentuan ALLAH.

Jangan bersedih
Teruskan berdoa.

Amir Hassan (klik dan follow ya)

Telegram @ t.me/denaihatinetwotk

Video @ youtube.com/c/denaihatinetwork

Kedai online @ Denaisell.com


Spread the love

3 Comments

  1. Melihat berita-berita dan foto-foto yang beredar, saya meras sedih sekali ketika sekiataran masjidilharom sangat lenggang karena wabah virus yang sedang melanda dunia ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!