Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Jumlah kebakaran hutan di Brazil dilaporkan meningkat dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, ketika Presiden Jair Bolsonaro berdepan kritikan berhubung kemusnahan kawasan hutan Amazon.
Data rasmi Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) menunjukkan hampir 73,000 kes kebakaran direkodkan antara Januari hingga bulan ini, berbanding 39,759 sepanjang tahun lalu.
Angka itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 2013.
Apa yang kita saksikan adalah susulan peningkatan aktiviti penebangan hutan yang boleh dilihat menerusi jumlah direkodkan baru-baru ini, kata wakil Program Amazon Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), Ricardo Mello.
Insiden kebakaran hutan dilaporkan meningkat menjelang berakhirnya musim kemarau, iaitu akhir Oktober atau awal November, ketika hutan dibersihkan untuk dijadikan kawasan tanaman atau pembinaan jalan raya. – AFP
Lebih membimbangkan adalah kebakaran yang berlaku di hutan hujan Amazon, hutan tropika terbesar di dunia. Sebelum ini, ia adalah kawasan yang tidak pernah terbakar sendiri (cuaca) tetapi kali ini ia berbeza sehingga menyebarkan api yang begitu kuat sehingga menghangatkan langit São Paulo, bandar terbesar Brazil.
Tanda palang #PrayforAmazonia juga sedang berlegar memenuhi ruang media sosial hingga mencecah 1.3 juta.
Malah kepulan asap daripada kebakaran hutan Amazon boleh dilihat di angkasa. sungguh dahsyat kebakarannya.
8 Comments
Amazon sebagai salah satu paru2 Bumi terluas, dengan hutang dan flora fauna yang terluas dan hampir terlengkap untuk saat ini di Bumi, selain di Indeonesia tentunya.
Global Worming yang sudah terasa saat ini, kemungkinan akan semakin terasa dengan terbakarnya Amazan dan juga beberapa wilayah hutan di Indonesia.
Semoga hal ini bisa menjadi pelajaran penting bagi setiap manusia, agar selalu menjaga lingkungan alam, agar tercipta keseimbangan di dunia.
Semoga juga segera dilakukan perbaikan alam kembali oleh pihak-pihak terkait, agar tidak berdampak lebih jauh terhadap kehidupan kita semua
Semua kejadian ini sudah semestinya disebabkan oleh tangan tangan manusia kapitalis yang menjadi punca kerosakan atas nama pembangunan. Rasakan.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Alyssa Carson, Manusia Pertama Yang Bakal Menjelajah Planet Marikh
sungguh merisaukan kebakaran begini…
pasti ramai kehidupan seperti binatang dan herba telah musnah
moga cepat padam
Curahan rasa mrhanafi @ ..Amalan sebelum tidur yang sebaik-baiknya untuk diamalkan
musim kemarau cukup lama dan menimbulkan rumput2 jadi kering dan tumbuhan laen juga ikut kering,,jadi cukup mudah terjadi nya kebaran hutan yang di sengaja maupun gak di sengaja..
Tak lain dan tak bukan penyebab utama kebakaran hutan adalah disengajakan bagi tujuan pembukaan tanah untuk pertanian yang agresif dan tanpa etika.
Curahan rasa Melancong.my @ ..133 Tempat Menarik Di Sabah Popular & Rare [SENARAI TERKINI]
kebakaran di Malaysia juga tidak kurang hebatnya..
nasib baik pihak berwajib cepat bertindak untuk mengelak perkara tersebut bertambah buruk
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua rahsia orang berjaya yang wajib diketahui
Sekarang lagi musim kemarau, dimana-mana negara banyak yang mengalami kebakaran hutan. Semoga cepat bisa dipadamkan.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Peranan Bakteri Baik untuk si Kecil
Apakah ini yang dimaksudkan dengan asap yang memenuhi bumi (ad-Dukhan) sebagai tanda akhir zaman?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Khas Exam Online Pembangunan Masyarakat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Comments are closed.