Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sembelihan adalah satu syarat bagi membolehkan satu-satu binatang itu halal dimakan. Ia dianggap sebagai satu ibadah. Ini kerana mencari yang halal adalah fardu ain.Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT :
Maksudnya :” Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.”(Surah al-Maidah : 3)
Sheikh Tahir Ibnu ‘Asyur menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini menjelaskan tentang haiwan-haiwan ternakan yang tidak halal.Pengharaman yang ada di dalam ayat ini bermaksud haram untuk memakannya. Kerana itulah maksud dari ayat ini. Ia juga menerangkan tentang keadaan binatang-binatang ternakan yang haram dimakan. Rujuk al-Tahrir wa al-Tanwir (4/124)
Rukun sembelihan adalah
- Penyembelihan
- Tukang sembelih,
- Haiwan sembelihan
- Alat penyembelihan.
Para ulama telah memberikan beberapa syarat untuk penyembelih haiwan agar haiwan yang disembelih menjadi halal dimakan. Antara syarat tersebut :
- Penyembelih adalah seorang muslim atau ahli kitab.
- Ahli kitab tidak kira dari kalangan ‘ajami atau arab yang mana ia merupakan ahli kitab yang asal sebelum berlakunya penyelewengan.
Ibnu al-Muqri al-Yamani menyatakan :
“Syarat bagi orang yang menyembelih atau yang memburu adalah dia seorang muslim atau ahli kitab. Begitu juga halal sembelihan hamba daripada ahli kitab walaupun haram menikahinya.”
Maka syarat yang paling utama bagi seorang penyembelih adalah dia mesti seorang muslim.
Imam al-Qurtubi menyebut bahawa kesemua perkara yang disebut di dalam ayat tersebut adalah haram untuk dimakan kecuali apa yang disembelih oleh kalian sendiri.
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika binatang tersebut disembelih oleh wanita maka sembelihan itu tetap sah dan boleh dimakan. Ini kerana, lelaki atau perempuan bukan syarat utama bagi penyembelih. Yang paling utama adalah penyembelih mestilah seorang muslim. Di dalam satu hadis riwayat Ka’ab Bin Malik, beliau menceritakan :
Maksudnya :”Seorang wanita menyembelih seekor kambing. Kemudian ditanya kepada Rasulullah SAW tentang sembelihan tersebut. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan untuk makan sembelihan yang dilakukan wanita tersebut.”Riwayat al-Bukhari (5504)
Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan :
“Sa’id Bin Mansur dengan sanadnya daripada Ibrahim al-Nakhaie. Ibrahim berkata tentang sembelihan wanita dan kanak-kanak bahawa tidak mengapa jika dia mampu untuk menyembelih dan menyebut nama Allah. Inilah pandangan yang dipegang oleh jumhur ulama.”
Maulana Zakariyya al-Kandahlawi menyebut bahawa Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab sembelihan wanita dan hamba perempuan. Seakan-akan beliau ingin memberi isyarat sahnya sembelihan tersebut dan menolak pandangan yang mengatakan bahawa sembelihan yang dilakukan wanita tidak sah.
Beliau mengatakan lagi, di antara faedah hadis ialah harus makan hasil sembelihan wanita tidak kira sama ada dia seorang hamba atau seorang yang bebas,yang kecil atau yang dewasa, muslim atau ahli kitab. Juga sama ada dalam keadaan suci atau tidak. Ini kerana Nabi SAW memerintahkan untuk makan sembelihan wanita itu tanpa bertanya apa-apa.
Imam al-Nawawi bersetuju dan mengatakan sah sembelihan yang dilakukan oleh wanita dan halal untuk memakannya. Kata beliau :
“Tidak syak lagi bahawa sembelihan wanita adalah halal. Ini berdasarkan hadis Ka’ab yang dinyatakan oleh pengarang (al-Syirazi) di dalam kitab. Sembelihan lelaki lebih baik dari sembelihan wanita sepertimana yang disebutkan oleh pengarang sendiri. Sama ada wanita itu bebas, hamba,dalam keadaan haid atau nifas, muslimah atau kitabiah kesemua sembelihan mereka sah dan halal dimakan. Ini yang dinyatakan secara oleh al-Syafie dan para ulama mempersetujuinya.”
Kesimpulannya, sembelihan yang dilakukan oleh wanita adalah sah dan halal dimakan. Ya, memang ada sebahagian ulama mengatakan bahawa sembelihan lelaki lebih afdal daripada wanita. Perkara ini dilihat dari sudut kekuatan dan kemampuan menyembelih binatang.
Semoga Allah memberi kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.
81 Comments
kita perlu hapuskan stigma bahawa proses penyembelihan ayam hanya boleh dilakukan oleh golongan lelaki sebaliknya oleh para wanita.
Kalau mahu pinjam perlu ada penilaian, bukan kenalan politik. ini yg sring berlaku dulu
pegawai TEKUN perlu bekerja secara profesional dengan melihat kelayakan sebenar peminjam. bukan guna kabel
dulu dulu agensi tekun sering diikat dengan parti politik maka sudah tiba masa untuk membebaskannya.
Hukumnya harus bagi seorang wanita menyembelih binatang.. so tak ada msalah pun
Terima kasih DH. Info yang sangat bermanfaat. Tidak ramai yang tahu tentang ini. 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..ELAK SUNBURN JADI TERUK DENGAN YOUTH AGE DEFENSE
Ye. Lepas baca artikel ni harap dpt beri pencerahan dan tak lagi diragui
Para ulama telah memberikan beberapa syarat untuk penyembelih haiwan agar haiwan yang disembelih menjadi halal dimakan. Jadi tak perlu bimbang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kita aje yg sering rasa was was. Walhal syarat yg allah tetapkan tu mudah shj
Semasa saya pergi ke Myanmar semasa Asean University Games baru-baru ni saya tak berani langsung nak makan ayam, daging dan kambing walaupun pihak seketeriat kata makanan tu halal.. sebabnya saya tak pasti siapa yang menyembelih..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Walaupun binatang-binatang tu disembelih, tapi kalau yang melakukan sembelihan bukan orang islam.. itu yang membuatkan saya berasa was-was ..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Kalau was-was lebih baik tidak dimakan, takut mendatangkan syubhah,jadinya benda yang halal pun jadi haram
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
owh kalau tuan dah jatuh was-was tu, better tak yah di makan la kan. Makan apa yang yakin sahaja
ye.. kalau was was lagi elok tak payah makan.. kita makan sayur buah dan air kosong shaja.. hehe
Owh san takde badan yang mengesahkan halal ke tidak sesuatu maknan tu ke tuan anuar?
Kalau tidak pasti siapa yang sembelih baik jangan dimakan sebab ianya meragukan diri kita.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kalau dah ragu, dah jatuh hukum syubhah, dah tak boleh makan kan. kena yakin, kalau tak yakin tinggalkan saja
Kalau tidak pasti siapa yang sembelih baik jangan dimakan sebab ianya meragukan diri kita.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kadang kdg kita kena buah rasa was was. Sebab di negara luar pun ada yg beragama islam.
Entah siapa la yg meragui sama ada dagjg smbelihan perempuan ni tak leh makan. Kat sekolah kan dan belajar rukun sembelihan ni
Biasa lah tu, mungkin mereka lupa atau sengaja nak cakap yang sembelihan dari wanita ni tidak sah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
maksudnya memang boleh la perempuan menyembelih dan hasil sembelihan mereka adalah halal..
Yup. Ikutkan syarat sah, tak cakap pun perempuan tak leh lakukan sembelihan. So no issue hehe
Lepas ni jangan takut nak makan haiwan yang disembelih oleh wanita ya. Dah tau halal dan sah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Senanf kan? Syart tu mudah sahaja. Entah siapa lah yg buat cerita. Kesian kaum wanita hehe
Macam lah kaum wanita ni tak kuat fizikal sangat. Yang penting syarat dan rukun dipenuhi sudahlah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Hukumnya harus, maknanya sah disisi Islam. Jadi Tanpa ragu boleh je makan haiwan sembelihan wanita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Seelok tanpa ragu boleh je makan. Jangan dibuat koplikated sgt. Islam itu mudah, tapi jgn terlau ambil mudah
Boleh makan tak ada masalah. Sebab rukun sembelih tak sebut jntina pun hehe
Apa la yang Noriza Rahman dan nik Khazami dok berborak kat ruangan komen post ni. hehe
Hahaha. Kita sesama berborak pasal wanita pun hebat juga dalam sembelihan ni Jamar
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
hehe betul tu. tapi kami tak nah lagi jumpa wanita buat kije kije sembelihan ni. Dalam gmbr di entri ni first time tgk kot
saya pun sama.. mmg teror la kalau perempuan boleh jatuh kan lembu.. sush tu
Comments are closed.