Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sembelihan adalah satu syarat bagi membolehkan satu-satu binatang itu halal dimakan. Ia dianggap sebagai satu ibadah. Ini kerana mencari yang halal adalah fardu ain.Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT :
Maksudnya :” Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.”(Surah al-Maidah : 3)
Sheikh Tahir Ibnu ‘Asyur menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini menjelaskan tentang haiwan-haiwan ternakan yang tidak halal.Pengharaman yang ada di dalam ayat ini bermaksud haram untuk memakannya. Kerana itulah maksud dari ayat ini. Ia juga menerangkan tentang keadaan binatang-binatang ternakan yang haram dimakan. Rujuk al-Tahrir wa al-Tanwir (4/124)
Rukun sembelihan adalah
- Penyembelihan
- Tukang sembelih,
- Haiwan sembelihan
- Alat penyembelihan.
Para ulama telah memberikan beberapa syarat untuk penyembelih haiwan agar haiwan yang disembelih menjadi halal dimakan. Antara syarat tersebut :
- Penyembelih adalah seorang muslim atau ahli kitab.
- Ahli kitab tidak kira dari kalangan ‘ajami atau arab yang mana ia merupakan ahli kitab yang asal sebelum berlakunya penyelewengan.
Ibnu al-Muqri al-Yamani menyatakan :
“Syarat bagi orang yang menyembelih atau yang memburu adalah dia seorang muslim atau ahli kitab. Begitu juga halal sembelihan hamba daripada ahli kitab walaupun haram menikahinya.”
Maka syarat yang paling utama bagi seorang penyembelih adalah dia mesti seorang muslim.
Imam al-Qurtubi menyebut bahawa kesemua perkara yang disebut di dalam ayat tersebut adalah haram untuk dimakan kecuali apa yang disembelih oleh kalian sendiri.
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika binatang tersebut disembelih oleh wanita maka sembelihan itu tetap sah dan boleh dimakan. Ini kerana, lelaki atau perempuan bukan syarat utama bagi penyembelih. Yang paling utama adalah penyembelih mestilah seorang muslim. Di dalam satu hadis riwayat Ka’ab Bin Malik, beliau menceritakan :
Maksudnya :”Seorang wanita menyembelih seekor kambing. Kemudian ditanya kepada Rasulullah SAW tentang sembelihan tersebut. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan untuk makan sembelihan yang dilakukan wanita tersebut.”Riwayat al-Bukhari (5504)
Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan :
“Sa’id Bin Mansur dengan sanadnya daripada Ibrahim al-Nakhaie. Ibrahim berkata tentang sembelihan wanita dan kanak-kanak bahawa tidak mengapa jika dia mampu untuk menyembelih dan menyebut nama Allah. Inilah pandangan yang dipegang oleh jumhur ulama.”
Maulana Zakariyya al-Kandahlawi menyebut bahawa Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab sembelihan wanita dan hamba perempuan. Seakan-akan beliau ingin memberi isyarat sahnya sembelihan tersebut dan menolak pandangan yang mengatakan bahawa sembelihan yang dilakukan wanita tidak sah.
Beliau mengatakan lagi, di antara faedah hadis ialah harus makan hasil sembelihan wanita tidak kira sama ada dia seorang hamba atau seorang yang bebas,yang kecil atau yang dewasa, muslim atau ahli kitab. Juga sama ada dalam keadaan suci atau tidak. Ini kerana Nabi SAW memerintahkan untuk makan sembelihan wanita itu tanpa bertanya apa-apa.
Imam al-Nawawi bersetuju dan mengatakan sah sembelihan yang dilakukan oleh wanita dan halal untuk memakannya. Kata beliau :
“Tidak syak lagi bahawa sembelihan wanita adalah halal. Ini berdasarkan hadis Ka’ab yang dinyatakan oleh pengarang (al-Syirazi) di dalam kitab. Sembelihan lelaki lebih baik dari sembelihan wanita sepertimana yang disebutkan oleh pengarang sendiri. Sama ada wanita itu bebas, hamba,dalam keadaan haid atau nifas, muslimah atau kitabiah kesemua sembelihan mereka sah dan halal dimakan. Ini yang dinyatakan secara oleh al-Syafie dan para ulama mempersetujuinya.”
Kesimpulannya, sembelihan yang dilakukan oleh wanita adalah sah dan halal dimakan. Ya, memang ada sebahagian ulama mengatakan bahawa sembelihan lelaki lebih afdal daripada wanita. Perkara ini dilihat dari sudut kekuatan dan kemampuan menyembelih binatang.
Semoga Allah memberi kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.
81 Comments
Cantik sungguh artikel ini. Tak pernah terfikir utk bertanya hukum wanita yang menjadi penyembelih. Nice sharing
Itulah power rangers sungguh. Wanita pun boleh sembelih juga, kan. Tapi kena penuhi syaratlah untuk ibadah ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tak sangka sebenar nya mcm mana perempuan boleh pegang dan jatuhkan lembu itu
Kena ada teknik juga tuh, tapi memang gagah berani sungguh diorang boleh tumbangkan lembu tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Girls power! Siapa kata perempuan tsk boleh sembelih. Tgk gmbar kat atas tu. Power bukan?
Itulah power rangers sungguh. Wanita pun boleh sembelih juga, kan. Tapi kena penuhi syaratlah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semoga artikel ini mnjawab pertanyaan sama ada boleeh atau tak makan daging yg disembelih oleh wanita
Terjawab sudah persoalan itu. Tapi tak pernah terfikir plak nak tanya soalan ni sebenarnya
Kalau bukan Islam yang sembelihnya, maka haram walaupuan haiwan yang di sembelih itu halal untuk dimakan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Walaupun urat urat itu putus tp di lakukan oleh bukan islam daging tu terus jatuh haram dinmakan
Kalau orang bukan Islam yangtahu cara sembelihan pun tetap tak halal juga kita makan sebab dia tak cukup syarat dan rukun semeblihan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Cara nak sembelih tu sesapa je tahu kan, nak bolehkan kita makan hasil sembelihan tu yang kena tgk syarat sembelihan tu oleh siapa kan
hwhw cam comey je urat urat tu putus. Memang nak kena orang Islam yang sembelihnya baru sah
Yup.. tak boleh yang bukan Islam. Itu sudah termaktub dalma syarat sah kan . hehe
Sembelihan juga satu ibadah. Jadi perlu ada syart dan rukun yang kena patuh. Baru lah sempurna
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Yup. lagi pun kita yang akn makan hasil sembelihan. kena pasti yang halal sebab akn jadi drh dging kan
Betul tu Noriza, sembelihan juga satu ibadah. Kena make sure btol2 sempurna kan..jadi darah dgg nanti tu
ye. jangan buat main hal sembelihan ni.. kalau tidak jatuh haram daging tersebut
Banyak hadis dan pandangan ulama yang boleh dirujuk tentang sembelihan ni, mudah untuk orang Islam
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Syarat syarat sembelihan ni mudah sahaja. Ia tidak mengelirukan. Betapa indahnyya agama Kita
Indahnya agama kita sebab menjaga benda yang halal dan di pastikan toyyiban lagi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Alat penyembelihan juga menjadi rukun dalam ibadah sembelihan ni, Maknanya bukan sebarangan alat ja digunakan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Islam snagat indah. Dan sangat mudah. Tapi jangan terlalu ambil mudah. Ada juga kena ambil berat
Betul tu, kalau tak nak Google, boleh je tanya mana mana ustaz yang ada dekat dekat dgn kita. Pasti diorg pun tahu ttg ini
Indahnya agama Islam sebab meletakkan syarat dan rukun yang perlu dipatuhi sebelum melakukan sembelihan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye, sangat indah kan Islam ni. Cuma orang orang di dalm je kadang kadang mencemarkan keindahan ini
Para ulama telah memberikan beberapa syarat untuk penyembelih haiwan agar haiwan yang disembelih menjadi halal dimakan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Syarat nya mudah sahaja dan senang utk kita ikut. Allah dah beri jalan paling mudah utk kita
Hadis pun dah ada menyatakan harus makan hasil sembelihan wanita . Jadi tak perlu nak ragu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Apa yang paling penting wanita tersebut mestilah beragama Islam dan memenuhi rukun sembelihan yang ditetapkan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Itu syarat yg paling utama dlm sembelihann dan bukannya jantina si penyembelih. Harap ramai yg baca artikel ini
Ye la kan, jantina si penyembelih bukan syarat. Penyembelih adalah seorang muslim atau ahli kitab. Janji dia tu,Ahli kitab tidak kira dari kalangan ‘ajami atau arab yang mana ia merupakan ahli kitab yang asal sebelum berlakunya penyelewengan.
Syarat utama ada dua je tu kan .. kalu cukup tu, ok je, boleh makan hasil sembelihan itu
Rami yang konpius tentang syarat sah sembelihan ni kot. Biasa kita tengok lelaki je buat kerja2 sembelihan ni
betul tu. Ramai yang kongsikan post ini, bermakna makin ramai yang akan tahu. terlerai sudah kekusutan
Lepas ni tak ada lagi lah yang takut nak makan haiwan yang disembelih oleh wanita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Jgn pula ada yg ragu dan curiga sama ada daging dr lembu yg disembelih wanita ni boleh mkn atau tak
Uish kalau dah ragu ragu atu was-was , risau jatuh hukm Syubhah la plak kan
Dah baca artikel di blog DH ni, keraguan tu akan jadi keyakinan yang padu..
Sebab itu masa qurban, sembelihan banyak dilakukan oleh kaum lelaki sebab fizikal mereka lebih kuat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Betul. Setakat ni sy masih belum pernah tgk sembelihan dilakukan oleh peremepuan
Jika dilihat dari sudut kekuatan dan kemampuan menyembelih binatang, lelaki lebih kuat fizikal dari wanita.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mentally, perempuan lebih kuat tapi kalau dari segi fizikal tak bleh nafikn yg lelaki lebih kuat
Sembelihan yang dilakukan oleh wanita adalah sah dan halal dimakan cuma sembelihan lelaki lebih afdal daripada wanita.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sebab lelaki lebih kuat utk pegang lembu. Tak ada masalah sebenarnya kann hehe
memang la, kalau wanita yang tumbangkan pelik, memang terkejut gak la kami kaum lelaki ni haha
Lelaki atau perempuan bukan syarat utama bagi penyembelih. Yang paling utama adalah penyembelih mestilah seorang muslim.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Asalkan Muslim. Tak kisah sama asa lelaki atau wanita. Lepas ni jgn keliru lagi
Comments are closed.