Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kisah Huawei ini bukan kisah baru. Masih ingat kisah China beri amaran untuk lepaskan CFO Huawei ?
Huawei Technologies bersama 70 syarikat yang mempunyai kaitan dengan Huawei telah disenaraihitamkan oleh pentadbiran Donald Trump. Kini, Huawei tidak lagi boleh membuat sebarang urus niaga dengan mana-mana syarikat di Amerika Syarikat tanpa kebenaran kerajaan Amerika Syarikat.
Berikutan keputusan itu, wakil daripada Google mengeluarkan kenyataan yang mereka perlu mengikut arahan yang dikeluarkan. Pada ketika ini, model Huawei sedia ada boleh terus menggunakan aplikasi Google Play dan sistem Android.
“Buat masa ini, pengguna sedia ada Google Play dan boleh terus menggunakan segala fungsi yang ada pada peranti Huawei mereka,” menurut kenyataan daripada Google.
Nampaknya mimpi buruk Huawei belum berakhir lagi. Beberapa jam selepas Google membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan memberikan lesen android kepada Huawei, mereka sekali lagi menerima tamparan yang hebat.
Syarikat pengeluar dan pembekal cip gergasi iaitu Intel, Qualcomm dan Broadcom turut mengesahkan mereka akan memutuskan ‘hubungan’ dengan Huawei berkuat-kuasa serta merta.
Menurut sumber, kesemua syarikat pembuat cip tersebut telah dimaklumkan untuk berhenti menjual perkakasan kepada Huawei sehingga notis selanjutnya.
Sementara itu, Microsoft belum memberi sebarang komen berhubung isu ini sama ada ingin terus membekalkan sistem operasi Window bagi komputer riba Huawei. Namun, terdapat kemungkinan bahawa mereka akan turut mengikut jejak langkah yang sama.
Penghentian jualan perkakasan dan sokongan perisian ini dibuat setelah Huawei disenaraikan ke dalam Entity List oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana didakwa meningkatkan risiko terhadap keselamatan negara.
Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S tidak boleh melakukan sebarang perdagangan dengan Huawei, melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan sendiri.
8 Comments
China dan Rusia kini bekerjasama membangunkan teknologi 5G. Sama sama kita nantikan kesudahannya.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Misteri Kematian Orang Asli Di Kampung Kuala Koh
semuanya ini adalah strategi bisnes dalam usaha mereka mendapat pasaran di peringat global
dalam pada itu mereka cuba menekan China agar tidak pergi terlalu jauh dalam teknologi mobile sehingga menggugat bisnes mereka yang sedia ada.
Agak-agak apa tindak balas Huawei bila mereka banyak syarikat US ini mengikut telunjuk Donald Trump. Mungkin kena tunggu Trump jatuh barulah Huawei boleh masuk market US.
Curahan rasa Sani @ ..Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
aduh hp android saya pakai merk Huawei,,,apakah akan berdampak juga tidak ke pengguna smartphone android huawei ?
Yang “sakit” nanti, syarikat US juga. Pengguna di China besar. Entah-entah sebahagian besar keuntungan mereka datang dari pengguna di China.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Resepi Air Balang Dan Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang Yang Boleh Beri Untung Bersih Sehingga RM7,000 Sebulan!
ini cuma sementara, Google silap besar ikut telunjuk trump. China semakin ditekan, ia semakin kuat.
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Masjid India Terbakar, 30 Gerai Musnah
bila mereka tak boleh guna playstore pemakai huawei akan menggunakan apa di android mereka
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Kenapa Anda harus Ke Jepang
Ramai rakan di media sosial dah mula melawak nak beli telefon Huawei murah murah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Mudah Mulakan Bisnes Di Shopee
Comments are closed.