Huawei Dibenarkan Berdagang Semula Di Amerika Syarikat

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa bulan lalu kecoh mengenai Donold Trump yang mengumumkan Huawei selaku syarikat dari China disekat daripada berurusniaga di Amerika Syarikat.

Huawei diumumkan disekat daripada menggunakan perisian Android oleh Google, serta-merta.

BBC melaporkan, Google menggantungkan perniagaan dengan syarikat pengeluar telekomunikasi gergasi China itu terutamanya yang melibatkan pemindahan produk perkakasan dan perisian.

Difahamkan sekatan itu ada berkait dengan perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China selepas Presiden AS, Donald Trump meletakkan Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan negara mereka.

Amerika Syarikat menghalang Huawei buat sementara waktu diatas tuduhan produk Huawei mampu mengintip sekuriti negara berkenaan.

Pengumuman yang dibuat ini bukan sahaja menjejas Huawei, malah turut memberi kesan kepada penjual telefon pintar jenama tersebut serta penggunanya.

Selepas beberapa bulan ‘perang dagang’ berlangsung, Donald Trump berjaya mencapai kata sepakat bersama presiden China, Xi Jinpang dimana Huawei diberi peluang untuk berdagang semula di Amerika Syarikat selaku mana produk yang dikeluarkan tidak memberi kesan kepada sekuriti negara tersebut.

Pengguna Huawei boleh tarik nafas lega.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!