Himpunan 812 tolak ICERD

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan mereka terhadap Himpunan 812 yang akan diadakan sempena penolakan kerajaan untuk menandatangani ICERD.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

ICERD sudah jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan. Jemaah Menteri dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bersetuju menolak ICERD kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan. Malah pelbagai parti politik di pihak kerajaan dan pembangkang juga telah menzahirkan penolakan mereka untuk menandatangani ICERD.

Polis telah menutup enam jalan di ibu negara sempena Himpunan 8 Disember (Himpunan 812) di Dataran Merdeka, mulai jam 6 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi ruang kepada peserta berhimpun di Jalan Raja berdepan bangunan Sultan Abdul Samad selain mengelak kesesakan lalu lintas.

Jalan yang terbabit ialah Jalan Sultan Hishamuddin (sebelum terowong), Leboh Pasar, Jalan Tun Perak (bermula di stesen LRT Masjid Jamek), Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhampiran Sogo), Jalan Raja Laut (berhampiran Summit Hotel) dan Bulatan Dato’ Onn (berhampiran Bank Negara).

Pelakon Ellie Suriati Omar juga dilihat berkebaya putih bersama beberapa peserta himpunan lain di lokasi Jalan Raja Laut, Chow Kit  kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Ketika ditemui, aktres berkenaan bersama jawatankuasa Semangat Gelombang Rakyat dikatakan berkumpul di sekitar Jalan Tun Perak bersedia untuk berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 11 pagi.

Tanpa ICERD pun tiada diskriminasi kaum di Malaysia, tanpa ICERD pun orang bukan Melayu diberi hak membina kekayaan dan mengumpul harta, tanpa ICERD pun rakyat berbilang agama bebas menganut dan mengamalkan agama mereka, tanpa ICERD pun orang bukan Melayu bersama-sama orang Melayu boleh berkongsi kuasa memerintah Malaysia.

Penolakan ICERD walaupun telah diumum kerajaan masih belum lagi tuntas pendiriannya. Oleh itu suatu himpunan aman dijadualkan pada 8 Disember 2018 ini bagi menzahirkan rasa kesyukuran penolakan ICERD oleh kerajaan dan mendesak agar pihak kerajaan terus berpegang kepada keputusan tersebut.

Perjuangan ini sangat penting bagi masa depan negara bagi meneruskan kesinambungan penolakan kerajaan selama ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD.

Bagaimanapun himpunan yang telah dirancang itu diteruskan juga sebagai tanda kesyukuran penolakan yang dibuat kerajaan itu.


Spread the love

50 Comments

  1. Kagum juga dengan semangat juang pelakon Ellie Suriati Omar yang juga dilihat berkebaya putih bersama beberapa peserta himpunan lain..

  2. Tahniah kepada semua yang sertai perhimpunan ICERD ni. soal soal begini, jangan kita buat endah tak endah saja kan

  3. Pendirian saya terhadap himpunan 812 tolak ICERD ni saya tak sokong dan saya tak halang, sebab bagi saya ada positifnya himpunan ini diadakan…. Saya rasa Tun M pun mempunyai pendapat yang sama… Sebab tu dia biarkan sahaja himpunan ini diteruskan…
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  4. Bagus juga sekali-sekala diadakan perhimpunan seperti ini… Secara tidak langsung menunjukan semangat perpaduan dan suara rakyat tidak boleh dipandang sebelah mata..

    1. Betul tu. Janji tak berlaku kekecohan . Perhimpunan secara aman sebagai tanda tidak setuju dengan apa yang sedang dibincangkan oleh org atasan

  5. bersyukur juga kerana perhimpunan ini berjalan dengan sangat baik dan aman…

    tiada insiden provakasi dan telah memberi imej yang sangat bagus untuk masyarakat dunia bahawa rakyat Malaysia sanggup bersatu padu demi mempertahankan maruah dan kepentingan bangsa Melayu.

    sebelum ini pun tidak wujud diskriminasi kaum dan rakyat Malaysia hidup penuh aman dan damai.
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk DitaklukiMy Profile

    1. Perhimpunan ICER sgt aman. Tiada insiden provakasi dan telah memberi imej yang sangat bagus untuk masyarakat dunia bahawa rakyat Malaysia sanggup bersatu padu demi mempertahankan maruah dan kepentingan bangsa Melayu.

  6. Himpunan yang paling bersih setakat ini. Tiada keganasan dilaporkan, tiada kereta polis terbalik. Suasana persekitaran juga bersih selepas perhimpunan. Terima kasih kepada peserta perhimpunan kerana mengutip sampah selepas selesai perhimpunan.

  7. Semoga perhimpunan ni adalah perhimpunan yang sihat tidak ada pergaduhan pelbagai pihak.. Harap semua pergi tu tidak bertindak melulu la..

    1. Cik Ash: Rakyat skang ni dah matang. Tidak mudah melenting bila diprovok. Terbaik lah semua peserta himpunan ICERD

    1. sekarang sudah terbukti orang Melayu boleh bersatu dalam mempertahankan maruah di tanahair sendiri…

      cuma bersyukur perhimpunan ini memang betul- betul aman..

      tiada provokasi dan sebagainya..

      tahniah kepada pihak yang terbabit

      1. Melayi ni kalau bersatu, memang satu bangsa yang kuat. Kalau berpecah belah seperti yang berlaku skang ni, akn jadi lemah

    2. Ahmadhyani: Betul tu tuan..diorang tak sepatutnya menjentik tempat tempat yang sensitif. Pasti akn ada tindak balas

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!