Hilangnya seorang permata, Datuk Seri Abu Hassan Din meninggal dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam Syaaban.

Baru sahaja mendengar perkhabaran gembira apabila pengarah tersohor, Michael Ang mengumumkan berita beliau memeluk agama Islam sejak setahun lalu. Dan ramai ucap syukur dan nikmat atas perkhabaran tersebut.

Tetapi pada hari ini, tanggal 1 Mei, telah hilang seorang permata iaitu pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. Allahyarham rebah ketika mahu solat subuh dan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Menurut Mohamad Yusri, dia kini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk urusan membawa pulang jenazah.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Muda dan setelah itu akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah di kampung yang sama untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

“Seterusnya jenazah dibawa untuk dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran.

“Insya-Allah secepat mungkin, kalau sempat sebelum Zohor (dikebumikan),” katanya. – Utusan Malaysia

Takziah diucapkan pada seluruh ahli keluarga beliau.

Beliau adalah seorang yang banyak menyumbang jasa dalam menyebarkan Dakwah Islam dan mendidik Masyarakat.

Selain itu beliau juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis.

Moga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aaminn


Spread the love

2 Comments

  1. alFatihah dan salam takziah untuk keluarga DS Abu Hassan Din. Apa yang kita takut dengan kematian orang berilmu ini adalah….bila Allah tidak gantikan kematian orang berilmu ini dengan orang lain.

    Sebab itu pendidikan Islam perlu diperkasakan supaya lahir banyak pelapis baru dalam keilmuan Islam.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..3 Cara Hadapi Zaman Kemelesetan EkonomiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!