Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang bertanya khabar setelah beberapa hari blog Denaihati menyepi. Hilang di mata tapi bukan di hati masih tidak lupa menjelajahi blog rakan-rakan membaca isu-isu semasa dan meninggalkan komen mana yang perlu.
Selepas keletihan pulang dari Kembara Musafir New Zealand (dah baca ke kisahnya?) kami mengabiskan sisa cuti sekolah bersama warga kerja Kumpulan Al Ansar di Kalumpang Resort. Kalumpang Resort suatu tempat percutian yang sangat alami dan puas kepada yang suka bermain air segar dari gunung.
Cuti sekolah adalah satu-satunya peluang untuk kami berkumpul satu keluarga apabila semua anak-anak di asrama pulang. Peluang ini kami ambil untuk menziarahi datuk dan nenek di Sabak Bernam dan Segamat. Kalau kita ayah ibu tidak didik anak-anak menziarahi orang tua jangan harap anak-anak akan ziarah kita bila sudah tua nanti. Dunia ini bulat apa kita buat hari ini pasti akan berulang kemudian hari.
Kami juga sempat singgah di majlis kahwin Ustaz Noehas di Kesang Laut, Muar. Ooopps silap bukan majlis perkahwinan Ustaz Noeas yang masih bujang tiga tapi majlis perkahwinan adik bongsu Ustaz Noehas. Sempatlah berjumpa kawan-kawan group whatsapp Madrasah An Nuur yang selama ini hanya bertemu di alam maya.
Hujung minggu lepas sibuk menghantar anak-anak ke tiga asrama berbeza di daerah berbeza. Kesimpulannya percutian sekolah dua minggu memang dipenuhi dengan perjalanan tanpa henti yang sangat memenatkan tapi sangat mengembirakan.
Walaupun sibuk dengan urusan bisnis sempat juga bersarapan pagi dengan bekas pelumba motor negara Wazi Abdul Hamid. Paling best kami ada hobi yang sama suka mengembara melihat dunia ciptaan Allah. Bezanya kami suka memandu kereta tapi Wazi suka menunggang motor besar. Beliau pernah menunggang motor di Europe, New Zealand dan Negara Balkan. Kami mempunyai pendapat yang sama memang rugi kepada manusia yang sibuk dengan dunia sehingga tiada masa melihat keindahan dunia.
Kalau ada rezeki kami rancang untuk mengembara bersama. Mengembara memang memenatkan tapi sangat memuaskan hati. Masih terbanyang keindahan New Zealand yang mengamit hati membuatkan kita semakin dekat dengan Maha Pencipta.
48 Comments
Mmg best bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah.selamat kembali.syoknya
Mmg best bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah.selamat kembali
Mmg best bila dapat melihat keindahan ciptaan Allah
selamat kembali ke Malaysia.. Best dpt jln2 ke negara orang. Jeles
bestnya dapat bercuti kat new zealand. tpt yg sy nak pergi tu…
Sibuk bebenar cuti sekolah ya. Takpa la, boleh luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang 🙂
Seronok dapat manfaatkan masa berfaedah bersama keluarga tersayang. Anak2 hanya inginkan masa dan perhatian serta tunjuk ajar. Semoga berbahagia selalu…
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..CHEMISTRY’S TITLE OF EXPERIMENTS AND PROJECT FOR STPM
memang gembira dapat bercuti bersama anak-anak terutama semasa cuti sekolah. Aye sedang mengumpul dana ke arah itu, buat masa ni melacong akak melencong dalam negeri jer dulu itupun tunggu masa mak pak cuti semasa anak-anak cuti sekolah, maklumlah kerja gomen bukan boleh ambil cuti panjang2, tambahan pula urusan kerja yang tidak pernah diam…
mudahan berjaya merancang melancong keluar negara akan datang, melancong dalam negara pun cukup hebat juga sebenarnya. kelebihan kerja gomen ada banyak cuti tahunankan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hilang Di Mata bukan Di Hati
Wah selamat pulang ke tanah air tuan. ya betul kita seharus mendidik anak – anak untuk menziarahi saudara mara kita supaya mereka kenal asal usul mereka
Curahan rasa onlajer @ ..Otai Kampung Aku
seronoknya dapat bercuti bersama-sama keluarga. sentiasa menantikan entri terbaru dari tuan DH.
seronok bila dpt bercuti bersama-sama keluarga… 🙂
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Jihad Rakyat Mesir di Syria
Akhir-akhir ini memang jarang sekali berkunjung ke blog ini, namun Denaihati insya Alloh kan selalu di hati
Curahan rasa Dawaihati @ ..Persib vs Sriwijaya FC ISL 2013
sangat terharu ayat kang dadan. begitu juga bagi saya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hilang Di Mata bukan Di Hati
Meski jarang komen disini, bukan berarti Denaihati hilang di hati
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib vs Sriwijaya FC ISL 2013
waaaaahhhh… jumpa wazi skali je dulu. rengok dari jauh dia main motor kecik.
Curahan rasa KiD @ ..Project HOPE WMS 2013
wah seronok la jumpa wazi abdul hamid.. legend cup prix tu
Curahan rasa jebat @ ..1MCC to Help Melaka Football
tahniah bro pengomen pertama. beliau memang legend, mesti ramai yang masih ingat beliau.
Comments are closed.