Hikmah Di Sebalik ‘Sakit’ Yang Menimpa

Spread the love

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hamba-Nya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah.
Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar.
Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

Baca : Nabi Ayyub AS Diuji Dengan Kesakitan Yang Amat Dahsyat

3) Sakit itu juga Muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad.
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu.
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat.
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

Baca : Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

7) Sakit itu Silaturrahim.
Keluarga yang jarang datang jenguk akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa.
Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa.
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih Istighfar lebih khusuk. Tahiyat juga jadi lebih lama. Solat disiplin.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu’.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati.
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya. Sentiasa nak tingkatkan ibadat padaNya.

Mohonlah kepada Allah agar kita sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat, dijauhi dari penyakit fizikal dan penyakit hati. Sihat atau sakit adalah hak Allah, Dia boleh memberikannya atau boleh menjauhkan darinya.

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Maksud dalam hadis tersebut, yakinlah bahawa setiap penyakit yang diturunkan ada penawarnya. Dari itu janganlah kita berputus asa dari berikhtiar mengubati dan mengatasi masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, sebarang ketentuan adalah hak Allah. Kita perlu terus berharap kepada-Nya setiap satu adalah dalam rencana-Nya.

Baca : Ujian adalah sebahagian daripada hidup

Berdoa dan terus bertawakkal kepada-Nya semoga kita dijauhi daripada penyakit dan menjadi hamba Allah yang sihat zahir dan batin. Wallahu’alam.

Dah baca? Jangan lupa klik share 😉


Spread the love

One Comment

  1. Bila sudah sakit, masa itu kita akan berehat dengan sebenar benar rehat, boleh tengok balik sihat dulu selalu buat apa.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!