Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kehidupan seseorang manusia tidak lepas daripada ditimpa ujian, dugaan dan cabaran. Bentuk ujian yang menimpa itu berbeza ke atas seorang dengan seseorang yang lain. Ada yang Allah berikan ujian kecil dan ada pula ujian yang besar. Ada yang Allah singkatkan ujiannya dan ada yang berpanjangan.
Segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada kesusahan ataupun kesenangan, semuanya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah Al Anbiya: 35)
Ujian datang pelbagai bentuk
Ujian-ujian yang dihantar oleh Allah itu datang silih berganti dalam pelbagai rupa dan bentuk. Setiap kita diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah tidak sayang kepada kita tetapi percayalah Allah menguji kita kerana DIA sangat mengasihi kita. Cuma adakalanya kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bersabar dan bertahan dalam menghadapi ujianNya.
Allah nak lihat ke mana kita pergi apabila ujian menimpa. Adakah dengan merungut tanpa arah? Atau terus mendekatkan diri kepada Maha Kuasa?
Hikmah di sebalik ujian
Kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan dapat menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba dan berakhir. Apabila perkara ini berlaku, setiap ujian yang datang seharusnya akan mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta.
Bila merenung kembali, aku telah diuji sudah beberapa bulan lamanya. Pembedahan untuk ayah di Institut Jantung Negara, menguruskan pemindahan rumah yang berlarutan, kehilangan ibu saudara dan sepupu yang tidak pernah bersua beberapa minggu lepas dan yang terbaru dengan berlaku pendarahan dalam kepala anak kedua tersayang.
Aku yakin dan percaya setiap apa yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT. Waima sehelai dedaun yang gugur dari pohon pun adalah dengan izin Allah SWT.
Di saat sukar ini, Allah telah jentik hati ramai orang, Allah telah hadirkan sahabat-sahabat lama 10 dan 20 tahun yang lalu, untuk bersama-sama kami sekeluarga. Yang jauh dan dekat serta yang baru mengenali tidak putus-putus mendoakan. Aku sangat bersyukur dan sedikit demi sedikit membuka mata dan hikmah di sebalik kejadian.
Ujian kesabaran dan ketabahan
Baru-baru ini juga bagi penduduk di sekitar lembah klang di mana berlaku ketiadaan air, kerosakan yang perlu dibaiki untuk beberapa hari.
Itu juga satu bentuk ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita semua. Dari situ, pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku tidak kira di kawasan perumahan mahupun di laman sosial. Ketabahan, kegigihan dan kesanggupan yang menanggung apa yang berlaku membuatkan kita lebih tabah dan sabar. Di akhir zaman juga kita akan di uji dengan ketiadaan air atau kemarau.
Ayuh kita semua bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita kala kita diuji. Inilah saat dan waktu kalian yang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan.
Akhir sekali, doakan untuk kesembuhan Muhammad Farhan bin Hisyamudin yang telah menjalani pembedahan Burr Hole iaitu mengeluarkan darah beku dalam kepala. Yakin dan percaya perubahan positif akan berlaku serta keajaiban doa sebagai senjata orang mukmin.
#DoaUntukFarhan
60 Comments
allah menguju hamba nya dalam pelbagai bentuk.. ada kesenangan dan ada juga kesusahan
farhan dan family kuat. semoga ujian ni buat kite lebih kuat dan yakin dgn ketentuan ilahi. Allah uji sbb Allah sayang..
sabar lah kid.. lain orang lain dugaannya.. nasib baik farhan dah okay sekarang
banyak banyakan bersabar. Mesti ada hikmah untuk setiap yang berlaku kan. Alhamdulillah, Farhan pun dah semakin sihat
Tidak dinafikan orang susah lebih kuat hatinya mengharap bantuan Allah berbanding orang yang senang.
Curahan rasa Ksjb @ ..Cara Selesaikan Masalah Hutang Dengan Along
Orang susah atau orang senang, diuji sesuai dengan kemampuan dirinya, si miskin dan si kaya juga sama sama diuji.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Dapat Kedudukan Pertama Di Google
allah tak akan uji sekiranya orang itu tak mampu.. allah maha mengetahui
oranng susah diuji dengan kesusahannya, orang senang pula diuji dengan kesenangannya. Dia nak tengok macam mana kita hadap setiap ujian Dia
artikel nya sangat bagus dan bermanfaaat semoga kita berada dalam lindungan alloh swt,
Semoga bro tabah dalam menghadapi ujian.. pasti ada hikmah disebalik ujian tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Tempahan Hadiah Hari Guru 2018 sudah di buka
Hidup ini aturan tuhan. ujian itu meningkatkan keimanan insyaAllah semoga semua seperti sedia kala.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Kad Siswa 1 Malaysia 2018 Dikreditkan Ke Akaun 15 Mac 2018
Setiap ujian pasti ada hikmahnya kan. Semoga kita semua terus tabah menerima setiap ujian drpNya
Saya pun ada baby baru ni, memang kena awasi sentiasa. Doa untuk baby Farhan semoga akan kembali ceria, sihat, cergas seperti biasa. In Sya Allah. Ramai yang mendoakan ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..7 Tips Elak Instagram Anda Kena Hacked
Semoga Adik Farhan segera sembuh
Saya pun selalu mengikuti perkembangan di facebook Kid
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor
ye. saya pun sama.. sekarang adik farhan dah nampak okay.. kid selalu update di fb
Comments are closed.