Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah setiap hari ada sahaja berita hijrah artis lelaki dan wanita Malaysia. Yang terbaru giliran Sharifah Sofia berhijrah. Baru-baru ini seorang Ustaz sahabat lama bercerita suatu maghrib beliau berkongsi ilmu di sebuah surau di Gombak.
Ada seorang pemuda berserban duduk di hadapan mengadap beliau. Jemaah yang lain seperti biasa duduk dibelakang bersandar di dinding dan tiang. Selepas majlis pemuda tersebut datang bertanya samada ustaz kenal beliau ke? Ustaz dengan pantas menjawab tak kenal.
Rupanya pemuda tersebut suatu masa dahulu terkenal sebagai penyanyi dangdut tersohor. Ustaz cakap tak masuk TV manalah nak tahu.
Selain penyanyi dangdut ramai juga penyanyi rock yang telah berhijrah penjadi pendakwah antaranya mael xpdc yang sekarang anaknya belajar di Madrasah An Nuur, Muar. Sejak tahun 1970 an sudah ramai artis Malaysia yang berhijrah tetapi tidak diumumkan dalam media masa seperti sekarang.
Sekadar pendapat peribadi aku memang gembira dengan hijrah artis Malaysia tetapi kurang suka menggunakan platform politik. Politik ini banyak sepak terajangnya. Politik sentiasa sahaja berubah kepimpinan. Hari ini artis yang berhijrah menggunakan platform politik diusung ke sana-sini untuk meraih sokongan.
Penyanyi akan diangkat menjadi penceramah menyanyi ketika berceramah. Apabila berlaku perubahan kepimpinan maka artis tersebut akan diketepikan, dikutuk dan diangkat pulak artis yang lain. Politik memang begitu banyak liku-likunya bukannya lurus seperti kayu.
Ujian hijrah itu sendiri sudah terlalu besar dicampur dengan ujian politik pasti lebih hebat. Walaubagaimanapun semua itu pilihan sendiri. Semuga yang berhijrah dengan platform politik akan dapat istiqamah seperti ramai artis yang berhijrah sebelum ini dan masih kekal dalam jemaah dakwah.
Dua hari sebelum majlis persandingan Irma Hasmie aku terserempak dengan beliau bertudung labuh bersama ibunya. Antara hijrah artis Malaysia yang terbaik daripada pandangan mata aku. Semuga rumahtangga yang dibina kekal sehingga ke Syurga.
212 Comments
As salam… sedih bila jadi mcm ni….. nasihat utk artis yg baru berhijrah – dalami dulu hal ehwal agama dgn sebaiknya. apa yang perlu dan tak perlu kita kongsikan dgn audiens. jangan cakap main hentam keromo saja dan akhirnya diri sendiri yang malu.
Curahan rasa hajar @ ..DOA MATI DALAM ISLAM…
Semoga Hijrah mereka adalah kerana Allah SWT, aminnn
Curahan rasa Myra Jay @ ..Lost World of Tambun – Menggamit Kunjungan
ye, saya sokong.. berhijrah kerana Allah, baru betul jadinya..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Bila Takhta Bertukar
Walau apapun alasan di sebalik perubahan mereka, semoga menjadi pengiktibaran kepada kita semua… 🙂
Curahan rasa sitisifir10 @ ..Kebaikan Yang Sedikit Memberi Kesan Besar Kepada Kanak-Kanak
Semoga penghijrahan dikalangan artis ini boleh menjadi satu wadah utk terus mengabdikan diri kepada Allah, tidak terikut dgn aliran politik yg sempit hinggakan sanggup digam oleh kerajaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kemasyuran yg dikecapi kadang2 tergelincir disebalik nama yg gah, hingga lupa pada tanggungjawab sebagai seorang muslim utk beribadat kepada Tuhan Yang Esa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Tinggal di negara yg mengamalkan demokrasi, mereka bebas memilih institusi yg terbaik utk mereka melakukan kerja2 amal bagi memberi kebajikan kepada golongan sasar yg memerlukan bantuan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Penghijrahan mereka diharap dpt memberi impak yg besar pada golongan yg bergelar artis yg lain, hidup dgn kemewahan tanpa sempadan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Alhamdulillah…Kebanyakkan artis terkini begitu berminat mendalami ilmu agama, supaya mereka pandai memilih institusi yg betul agar mereka tidak terpengaruh dgn janji2 yg manis.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Yang jahat jadikan sempadan,.
Yang baik jadikan pengajaran,
Yang elok jadikan pengorbanan,
Yang nakal jadikan gurauan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Fenomena yg terjadi tanpa disedari ini seperti penhijrahan golongan artis mendapat publisiti yg hebat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Aura pada artis boleh diterap dgn nilai2 murni di luar pentas, tapi dgn tidak mencampuri anatara perempuan dan lelaki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Budi pekerti yg murni akan diikuti dan diminati jika keinsafan dlm diri tanpa dipaksa oleh mana2 parti politik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Syukur pada Ilahi semoga penghijrahan golongan artis ke arah kebaikan boleh memberi reaksi yg positif kepada peminat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Alhamdulillah semoga ianya berkekalan…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Malam Nisfu Syaaban
itu lah kita harap2 kan…
Curahan rasa Nana @ ..Muka Hancur Ditetak Samseng
semoga hijrah yg dilakukan kekal sehingga ke akhir hayat dan memberikan pedoman kepada orang ramai….
Curahan rasa asraff @ ..Robin Van Persie Will Not Extend Arsenal Deal
betul tu…yang baik jadikan taladan…
Curahan rasa Nana @ ..Muka Hancur Ditetak Samseng
Comments are closed.