Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Minggu ni sangat menggembirakan apabila bungkusan yang dinanti telah tiba. Bungkusan apa? Bungkusan daripada pembelian online. Sudah agak lama tidak membeli belah online disebabkan harga yang meningkat sehingga 3 kali lebih tinggi daripada biasa. Berkira betul sejak dua menjak ni, terutama bila harga minyak RON95 naik duposen.
Tapi semuanya berubah bila terjumpa dengan laman web online Nile.com.my beberapa bulan lepas seperti dalam entri “pengalaman membeli belah di Nile“, mereka menyediakan pelbagai barangan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan model perniagaan yang lama. Ini semestinya memberi kelebihan kepada kita, sebagai pengguna. Perkhidmatan mereka juga sudah tidak perlu dipertikaikan lagi, memang efisyen dan memuaskan hati.
Nile.com.my juga telah membuat penjenamaan semula untuk perkhidmatan 24 Jam Cash On Delivery menggunakan motorsikal. Perkhidmatan ini merangkumi kawasan KL, PJ dan Subang. Sekiranya anda ingin mendapatkan barangan yang anda tempah dalam tempoh 24jam dan ingin membayar semasa menerima barangan tersebut, pastikan anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Nile.com.my ini.
Selamat membeli belah di www.nile.com.my
Kepada rakan-rakan yang ada pengalaman shopping online di Nile.com.my seperti Fatin Liyana jomlah kongsikan …
88 Comments
Wan belum pernah cuba lagi ni. Kadangkala rasa macam mahal lagi dari yang dijual di kedai. Tuh yang fikir panjang tu. Tapi design memang nampak limited. Kat kedai mungkin susah cari pattern yg mcm kita nak.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Saya dah banyak kali beli di sini. Sememangnya berpuas hati..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
owh.. xpernah lgi shopping kat cni.. tpi bab2 shopping online ni slalu ni bini sy yg lebih arif.. 🙂
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Pernah membeli di nile.com. Beli kemeja. Memang berbaloi harga die. Smart pun smart.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
First dengar fasal nile ni dari blogger Ariffshah dengan Ben Ashaari. Saya sendiri belum pernah mencuba lagi beli di sini, tapi mungkin suatu hari nanti? :3
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
ya baru-baru ini Ariff Shah buat review pasal shopping baju di Nile.
Nile semakin mendapat tempat di Malaysia
Dah pernah online shopping kat sini. Barang memang berkualiti dan harganya memang sangat murah dan berpatutan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
wauuu bagus bagus sekali , jadi pengen deh 🙁
Curahan rasa Resep Masakan @ ..Tips Meminimalkan Arang Panggang Berbahan Kimia Beracun Dan Karsinogen Untuk Masakan Bakar
Kelihatan barangan dan produk di NILE nie menarik terutamanya pakaian cuma dirasakan untuk jejaka yang bertubuh besar macam saya nie takde saiz la pulak…. Nak kena diet la nampak gayanya
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Nasi Goreng Ayam KLUANG STATION Setia City Mall
bro.. kalo diet xfood blogger la nnti.. food blogger kne nmpak sihat selalu.. 🙂
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
I wish I had a lill bit extra money to go shopping. 🙁
wah gempak siap ada deliver mcm pizza hut lagi hehee
dah lama tak beli barang online. maybe this is the time. menarik sungguh delivery pakaian macam delivery pizza dah. kih3
Daripada gambar nampak produk berkualiti, menarik dan harga juga tidak mahal. Saya ada masuk website Nile ni kelihatan trust online website. Orang tidak ragu-ragu membeli. Lagipun saya gemar membeli secara online terutama barangan keperluan sebab saya bukan jenis suka pergi mencari sendiri di kedai lagi-lagi tempat yang penuh sesak dengan orang shopping.. Direct delivery tak pernah cuba lagi..kalau fast food tu biasalah. Boleh cuba nanti ni.
Ada delivery sendiri tu… Kagum kawe!
Nanti nak try jugak la beli dari Nile.com.my nih. Baru 1st time dengar…
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..5 Sebab Anda Perlu Memilih Omega Shaklee
Agak-agak nile ni boleh lawan zalora tak ?
boleh kot.. cuma iklan zalora xde sape blh lwn lagi buat masa ni.. hehe,,
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Comments are closed.