Hidup bahagia dengan berbelanja bijak di nile.com.my

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Minggu ni sangat menggembirakan apabila bungkusan yang dinanti telah tiba. Bungkusan apa? Bungkusan daripada pembelian online. Sudah agak lama tidak membeli belah online disebabkan harga yang meningkat sehingga 3 kali lebih tinggi daripada biasa. Berkira betul sejak dua menjak ni, terutama bila harga minyak RON95 naik duposen.

Tapi semuanya berubah bila terjumpa dengan laman web online Nile.com.my beberapa bulan lepas seperti dalam entri “pengalaman membeli belah di Nile“, mereka menyediakan pelbagai barangan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan model perniagaan yang lama. Ini semestinya memberi kelebihan kepada kita, sebagai pengguna. Perkhidmatan mereka juga sudah tidak perlu dipertikaikan lagi, memang efisyen dan memuaskan hati.

Tudung cantik dan menarik di nile.com.my
Tudung menarik hanya RM19.90
Pelbagai beg wanita untuk pilihan
Dua dalam satu beg wanita berkualiti pada harga RM45.50
Beg wanita pada harga berpatutan
Satu lagi pilihan beg wanita pada harga RM39.80
Fesyen dengan harga patut di nile.com.my
Nile.com.my memberi anda peluang untuk menikmati fesyen pada harga yang berpatutan, kemeja ini berharga RM36.90
Pelbagai pilihan seluar jeans
Seluar Jeans pada harga RM47.80 ini memang selesa di pakai

Nile.com.my juga telah membuat penjenamaan semula untuk perkhidmatan 24 Jam Cash On Delivery menggunakan motorsikal. Perkhidmatan ini merangkumi kawasan KL, PJ dan Subang. Sekiranya anda ingin mendapatkan barangan yang anda tempah dalam tempoh 24jam dan ingin membayar semasa menerima barangan tersebut, pastikan anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Nile.com.my ini.

Perkhidmatan penghantaran bermotorsikal oleh Nile.com.my

Selamat membeli belah di www.nile.com.my

Kepada rakan-rakan yang ada pengalaman shopping online di Nile.com.my seperti Fatin Liyana jomlah kongsikan …


Spread the love

88 Comments

  1. Baru pertama kali mendengar bisnes online yang menyediakan servis Cash On Delivery yang menggunakan pelan gerak kerja seperti Pizza Hut,Dominos Pizza dan McDonald.SServis yang sangat menarik dan mampu menarik perhatian lebih ramai pembeli diluar sana dan sekaligus dapat meyakinkan pembeli bahawa servis dan perkhidmatan dari nile.com.my adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan bisnes online yang lain.
    Harga yang di tawarkan di nile.com.my juga berpatutan dan sama sekali tidak membebankan para pengguna di luar sana meskipun saban hari harga barangan semakin naik dek kerana tempias gelombang ekonomi yang semakin hari semakin tidak teratur dan sukar di teka.
    FA yakin nile.com.my mampu menambat hati semua pembeli dan pengguna untuk terus berbelanja dengan hemah dengan mereka!

  2. pernah beli di nile ni, memang puashati dengan barang yang dibeli, walaupun pakaian dalam ianya mempunya kualiti yang baik pada harga yang murah.

  3. Pembelian secara online nih bagus untuk mereka yang sibuk kerja dan tiada masa untuk keluar berbelanja. Kena pula ada penghantaran ‘cash on delivery’, tentu sangat memudahkan. Hanya tunggu saja barang sampai didepan rumah dan bayar. Tak perlu nak fikir untuk keluar rumah, duit minyak dan dimana tempat nak parking. Silap-silap, parking pun kena bayar juga. huhu~
    Jadi boleh nampak jugalah, shopping online di ‘Nile.Com’ nih ada juga keuntungannya…

  4. Saya mula mula masuk ke website ni atas cadangan Blogger Anarm melalui entrynya. Bila saya masuk , mula mula sekali saya masuk ke ruangan baju. Selepas tu, saya tengok harga . Pehhhh .. Memang murah . Murah gilerrr . Berbeza harganya dari Zalora yang agak mahal harganya bagi setiap produk. Mula mula saya memang tak berapa percaya dan search keyword “nile.com.my penipu” di Google . Tapi malangnya , takde seorang blogger yang membuat entry itu. Saya memang percaya dengan Nile ni. Rasa rugi pun ade sebab dulu saya shopping dengan zalora. Tak tahu pula kewujudan Nile ni . Kalau tak shopping kat nile je . 🙂
    Nile.com.my memang TORBAIK !!!!

  5. Berbelanja online mmg gempak..
    Lagi seronok kalau duet banyak..
    Niat dihati nak cuba jugak..
    Tunggulah nnt bila duet nuffnang dah beranak pinak..

    Haa, tudia siap pantun lagi.. haha.. Papepun all the best to Nile.com.my.. 🙂

  6. Pembelian secara online semakin banyak sekarang ini. Kita perlu bijak memilih dan perlu buat pembandingan dengan perkhidmatan membeli-belah online di lain tempat juga juga agar barangan ynag dibeli itu betul-betul memberi kepuasan yang maksimun.

    Jika apa yang telah diperkatakan di sini, sudah tentu ia sesuatu yang terbaik untuk diambil kira. Apapun ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk bijak membuat pilihan.
    Pembeli juga perlu bijak mencari tempat yang terbaik untuk mereka membeli-belah barangan secara online.

  7. Selalu terjah laman web nile dan rambang mata lihat barang-barang nile, bukan sahaja cantik tapi murah, tersangat murah berbanding jualan online yang lain. Tunggu masa yang sesuai sahaja nak beli dari Nile.com.my ni.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!