Hibah Tabung Haji 2018 diumum 1.25 peratus, penyimpan kurang gembira?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan kadar agihan hibah Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah 1.25 peratus.

Menurut Mujahid, pengagihan hibah kepada semua pendeposit Tabung Haji ialah sebanyak RM913 juta.

“Bayaran hibah sebanyak 1.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit TH,”

Untuk rekod, TH mengumumkan 4.50 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.75 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

Hibah Haji dan Hibah Tahunan

Hibah haji adalah merupakan satu “hadiah” khas yang diberikan kepada para pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan ibadah hajo untuk meningkatkan tabungan mereka. Ianya terhad kepada bayaran haji semasa sahaja.

Hibah tahunan adalah merupakan “hadiah” yang diisytiharkan oleh Tabung Haji mengikut prestasi kewangan tahun semasa, Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH. Ianya adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Sejarah Pembayaran Kadar Dividen Tabung Haji Dan Bonus

Sebagai perbandingan, berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus TH dari tahun 2010 hingga 2017.

TAHUN : DIVIDEN/ BONUS TAHUNAN & BONUS HAJI = JUMLAH DIVIDEN 

2017 : 4.50% + 1.75% = 6.25%
2016 : 4.25% + 1.5% = 5.75%
2015 : 5 % + 3% = 8%
2014 : 6.25% + 2% = 8.25%
2013 : 6.00% + 2% = 8%
2012 : 6.50% + 1.50% = 8%
2011 : 6.00% + Tiada bonus = 6.00%
2010 : 5.50% + Tiada bonus = 5.50%

Menurut Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, TH merekodkan defisit sebanyak RM4.1 bilion berakhir 31 Disember tahun lalu di mana menunjukkan pembayaran hibah sejak 2014 melanggar Akta TH 1995.

Apa kata pendeposit di Tabung Haji?

Pelbagai reaksi yang ditonjolkan penyimpan dan orang ramai kerana pada tahun ini Tabung Haji lewat mengumumkan hibah. Apa kata penyimpan di Tabung Haji?


Spread the love

4 Comments

  1. Masa inilah kita nak muhasabah diri juga.

    Bila ada yang berkeluh-kesah tentang kesusahan hidup mesti ada je yang akan balas, “biar sikit/susah janji rezeki berkat”, biasakan dengar? Walhal yang bercakap tu tak mengira pun perbelanjaan berdasarkan gaji orang yang mengeluh. Haa.. masa ni lah nak praktikkan apa yang dicakap tu, biar sedikit….

  2. Setuju ! Kalau rasa untuk kaut untung, banyak lagi platform lain untuk di laburkan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!