Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
masih tidak terlambat untuk Tim Denaihati Network mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 yang jatuh pada hari ahad. Namun, tarikh 1 Januari 2017 juga menjadi sesuatu kenangan yang indah buat ramai orang tidak terkecuali peminat Zarul Umbrella.
Sebelum ini telah diwar-warkan Jemputan majlis Hi Tea bersama Zarul Umbrella yang baru-baru ini memenangi tempat ketiga di Gegar Vaganza 3. Dan ada juga yang tidak menjangkakan Zarul Umbrella letak jawatan sebagai Pramugara MAS.
Majlis Zarul’s Hi Tea Party telah berlangsung di Hotel Royal Kuala Lumpur bersama dengan peminat-peminat yang datang memberikan sokongan.
Peminat Zarul Umbrella datang seawal 12 tengahari dan dimaklumkan ada yang sanggup datang dari Singapura.
Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang terlibat iaitu:
Penaja Utama : Double Antz Entertainment
Penganjur : Redbeanz Famz Resources
Penganjur Bersama : Media Perintis
Penaja Lokasi : Hotel Royal Kuala Lumpur
Penaja Tatarias : HairKutz Studio
Penaja Door Gift & Candy Buffet : Zety Cookies & Cup Cakes
Tshirt & Mug : Vector Hero Design Lab
Penaja Snek : Burgerbyte
Penaja Snek : Sambal Bawang Bilis
Blogger Rasmi : Denaihati Network
Penaja Kek : Bisque
Jurugambar Rasmi : Kromstudio
Penaja Dekorasi & PhotoBooth : Sonia Sofia Bride Ideas & ED Interior Architecture Sdn Bhd
Majlis Hi Tea Zarul Umbrella bermula dengan pengacara majlis Zahid dan juga Aril Pilus yang kelakar. Cabutan bertuah demi cabutan bertuah dari penaja Cosry dan Burgerbyte.
Kemudian, kehadiran Zarul Umbrella dimeriahkan dengan soalan-soalan yang diajukan daripada peminat dan seterusnya membawakan lagu Jangan Pernah.
Kemeriahan berterusan dengan persembahan lagu ‘killer’ iaitu Ramalanku Benar Belaka.
Zarul juga memberikan kejutan kepada peminat-peminat khas yang hadir dengan hadiah payung yang bertandatangan istimewa. Majlis Hi Tea Zarul diakhiri dengan memotong kek bersama peminat.
Jutaan kepada pihak penganjur yang memberikan peluang dan ruang ‘meet and greet’ kepada peminat-peminat Zarul Umbrella. Terima kasih juga untuk jemputan khas kepada tim Denaihati Network. Bagi yang nak dengar lagu-lagu Zarul, boleh terus download aplikasi Raku.
Subscribe http://bit.ly/denaihatiTV untuk channel Youtube Denaihati
29 Comments
Masih lagi berbisa Zarul Umbrella ni, masuk Gegar Vaganza masih ada high tune voice.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Sediakan Wang Persaraan Di Usia Muda
Orang lama… Makin lama, makin berbisa…. Kekal maintain hensem macam masa muda-muda…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Bukan setakat wajah jer maintain hensem… Suara pun masih lunak merdu… Boleh share Tips jaga suara dan personaliti… Pasti ramai yang berminat nak tahu..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
bahagia lihat artis yang pernah kita kenal sekarang dah popular di Malaysia semoga smekain berjaya
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Kanker Pankreas Pembunuh Senyap (secara diam-diam)
Meriah sekali ni acara, senang kalau bisa kumpul di acara itu.
Curahan rasa permainan online gratis @ ..Plants VS Zombies
Zahid AF pun ada, meriah la bila rakan rakan artis pun datang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..19 Tips Untuk Uber Driver Dapat 5 Bintang
Orang Bagan Datoh tu… Sekarang ni Bagan datoh merupakan daerah baru di Negeri Perak yang sedang mendapat tumpuan ramai…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Syabas Zarul…hang memang best…kembalikan zaman gemilang hang macam zaman umbrella dulu
Curahan rasa yazidane @ ..Bagaimana Menghilangkan Kotoran Degil Pada Cawan (Mudah & Berkesan)
Syabas buat Denai Hati dapat jayakan masjlis Hi-Tea Zarul Umbrella. Ada peminat dari jauh datang sewa bilik hotel semata nak jumpa ikon ‘Ramalanku Benar Belaka’.
In Shaa Allah tahun 2018 boleh buat majlis macam ni lagi… Kali ni kalau boleh ajak sekali Mira Filza dan Tuan haji Adi Putra..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Wah ! Zarul Umbrella…bolehlah dikatakan peminatnya la kot..haha..sebab dari kecil duk nyanyi ramai-ramai lagu Ramalanku Benar Belaka..memang benar ramalanku. Tahniah Denaihati Network..
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..15 Jenis Makanan Penyebab Kanser Yang Perlu Dielakkan
Tahniah team Denaihati…. meriah nye event ni…Ramalanku Benar Belaka my fav song jak dulu lagi…Zarul memang hensem sokmo..awet mudo
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..7 Makanan Anti-Aging untuk Kulit
Wah…tidak ku sangka artis jemputan adalah abam AE sebenarnya. Tabik betul 🙂
Curahan rasa Ahmadi @ ..3 Point Penting Untuk Kekal Berjaya Dalam Dunia Blogging.
hahaha… Memang win statement ni… Tapi Abang Ensem pun tak kurang hebatnya… Tahap glemer dah macam retis…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Follower pun ramai dah lebih 50 ribu… Kalau buat album, memang senang nak jual…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
fuh… ramai benar yang hadir pada majlis zarul nih… Seronok kan dapat kumpul – kumpul seperti ini
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen kali Ke 10,11,12 Lazada “U can duit”
memang ramai yang support Zarul Umbrella… Baik peminat yang lama mahupun peminat yang baru…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Kemunculan Zarul Umbrella dalam Gegar Vaganza sememangnya dinantikan oleh peminat-peminat lama beliau…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
memang nampak meriah.. semakin popular zarul sekarang ni..
semoga makin berjaya pada tahun 2017 ni..
agak2 dia nak pencen jadi pramugara ke?
Curahan rasa zool @ ..2017 : Apa yang dinantikan dalam Sukan Malaysia
Bro Zarul Umbrella memang dah pencen daripada peramugara… Bukan beliau yang minta pencen, tapi atas arahan syarikat MAS..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Mungkin dah tertulis rezeki beliau lebih baik dalam bidang nyanyian dan lakonan berbanding jadi Peramugara Syarikat penerbangan..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
nyampah ngan ko, Kid. tak senyum kat aku. haha.. ngan Eizil pun tak sempat nk say hai. sempat kacau Hj Amir dan Abe Ensem jew. miahahahahah.. alhamdulillah, dapat jam tawaf dlm cabutan bertuah… 🙂
tahniah… Murah rezeki datang ke Hi-Tea Zarul Umbrella… Tak cakap awal-awal ada hadiah cabutan bertuah…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Ramalanku benar belaka….. daripada aku zaman sekolah.. sampai membawa ke usia dah menjengah 30, kenapakah wajah zarul still macam dulu huhu.. boleh join sekapal dengan datuk reza… artis yang tak nampak tua huhu
Curahan rasa imnajmi @ ..Rahsia di sebalik rahsia De Javu
Haah kan… Rahsia Awet Muda… Sama juga macam wajah Nasir Wahab… Dari dulu sampai sekarang sama jer..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Dah nampak dah gambar retis Abang Ensem berselfie dengan retis..
Semakin banyak koleksi gambar Abang Ensem bersama retis..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
wow! makin glamerlah AE nanti..moga semuanya makin sukses…terbaik
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak tulis tajuk pun payah!
Tahniah team Denaihati Network kerana berjaya menjadi penganjur rasmi majlid Hi Tea Zarul Umbrella.
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Denaihati Network jadi blogger rasmi untuk hitea bersama Zarul Umbrella. Penaja besar yang kat atas tu. hehee
Comments are closed.