Hatrik untuk BN, Tok Mat kekal menang di PRK DUN Rantau

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Datuk Seri Mohamad Hasan secara rasmi mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan selepas menang kerusi DUN Rantau, hari ini.

Mohamad, 62, yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram, 64, dengan majoriti 4,510 undi.

Kemenangan Mohamad atau sinonim dengan panggilan Tok Mat menidakkan hasrat dua calon bebas iaitu Mohd Nor Yassin, 67, dan R Malarvizhi, 51.

Dalam persaingan empat penjuru itu, Mohamad memperoleh 10,397 undi manakala Dr Streram 5,887 undi. Manakala Mohd Nor dan Malarvizhi masing-masing hanya mendapat 79 dan 83 undi.

Keputusan rasmi dipaparkan di skrin layar Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.

PRK DUN Rantau membabitkan 20,793 pengundi dengan 14 pusat pengundian menerusi 53 saluran. Penguasaan BN di Rantau sekali gus mencipta ‘hatrik’ selepas memenangi PRK Parlimen Cameron Highland dan DUN Semenyih baru-baru ini.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohamad yang juga Pemangku Presiden UMNO menang tanpa bertanding selepas Dr Streram gagal menyerahkan borang pencalonan pada 5 Mei 2018.

Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini mencatatkan jumlah tertinggi berbanding enam PRK sebelum ini walaupun pusat pengundian belum ditutup sehingga jam 5.30 petang ini.

sumber gambar : MKini

Statistik peratusan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat jam 4 petang menyaksikan 74 peratus daripada 20,793 pengundi biasa keluar mengundi.

Ia memadam rekod peratusan mengundi tertinggi 73.35 peratus di PRK DUN Semenyih, 2 Mac lalu.


Spread the love

4 Comments

  1. Beliau mempunyai rekod yang baik dikalangan rangat negeri sembilan. Sudah tentu mereka alan memilih beliau. Strategi PH nampaknya tidak menjadi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!