Hati-hati! Scammer menyamar sebagai pegawai perkhidmatan (Perkeso)

Spread the love

Sejak kebelakangan ni, banyak isu berkaitan dengan scammer meyamar sebagai orang poslaju, mahkamah, polis dan baru-baru ini sebagai pegawai perkhidmatan Perkeso untuk menipu duit orang lain. Lebih malang lagi, yang selalu terkena dengan sindiket ini di kalangan warga emas. Kasihan mereka.

Baca juga: Scammer cipta laman ‘web’ mirip milik kerajaan dan bank

Terbaru, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima aduan berhubung kegiatan individu menyamar sebagai pegawai perkhidmatan pekerjaannya menyasarkan mangsa dalam kalangan orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kegiatan itu telah mencemar usaha Perkeso yang giat melaksanakan pelbagai program pasaran buruh aktif bagi membantu Orang Berinsurans Perkeso dan rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat krisis COVID-19.

Baca juga: Modus Operandi Macau Scam. Sila berhati-hati!

“Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti mempromosikan perkhidmatan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) seperti hebahan jawatan-jawatan kosong, Perkeso secara telus berkongsi nama dan nombor telefon pegawai perkhidmatan pekerjaan kami bagi memudahkan orang ramai berhubung dan mendapatkan maklumat jelas berkaitan perkhidmatan yang disediakan ini.

“Namun begitu, penyebaran maklumat berkaitan pelbagai perkhidmatan Perkeso menerusi media sosial telah menarik perhatian scammer (penipu) di luar sana untuk menjalankan aktiviti penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Laporan polis telah dibuat oleh pegawai kami, Khairul ‘Ammar bin Hashim berhubung profail dan dua nombor telefon beliau yang telah digunakan oleh scammer untuk menipu beberapa rakan sekerja.

“Scammer ini menghubungi beberapa rakan sekerja Khairul ‘Ammar dan meminta supaya sejumlah wang dipindahkan ke Akaun Maybank milik Muhd Nur Azami bin Manila,” katanya.

Menurut beliau seorang rakan sekerja Khairul ‘Ammar telah terpedaya dan memindahkan RM500 ke akaun tersebut selepas diminta oleh penyamar atas alasan tidak boleh mengakses perbankan dalam talian.

Sehubungan itu, Perkeso menasihati semua Orang Berinsurans Perkeso, majikan, orang ramai dan pegawai-pegawai Perkeso sendiri supaya lebih berhati-hati dengan taktik scammer agar tidak mudah tertipu.

Beliau turut menasihati mereka yang berkenaan agar menyemak dengan Perkeso atau melaporkan kepada organisasi itu sekiranya ada pihak yang meminta bayaran bagi perkhidmatan yang disediakan Perkeso.

“Saya juga tegaskan, semua bantuan faedah dan perkhidmatan Perkeso kepada Orang Berinsurans adalah percuma dan kami tidak menggunakan orang tengah dalam menyampaikan bantuan dan perkhidmatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA, Awani


Spread the love

3 Comments

  1. apa-apa call yang mengatakan dari mana2 badan tertentu mmg tak percaya.. kalau ada je call terus rujuk badan2 yang diorg nyatakan..

  2. Sebelum dia menyamar memperdayakan kita, apa kata kita minta dia terangkan ID staf PERKESO, kalau tak dapat sebut memang salah la.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!