Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antarabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.
Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas seperti isu status halal produk tertentu. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.
Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entru ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email tersebut. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.
Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.
Alhamdulillah rezeki online tetap masuk dari berbagai sumber seperti affiliate yang semakin banyak. Rezeki datang dari ALLAH yang penting kita terus berusaha dan terus berusaha. Kepada yang nak jadi seperti aku terus buat duit dengan affiliate jangan lokek keluar sikit modal untuk beli buku cara buat duit dengan affiliate, memang tidak rugi malah akan dapat pulangan berganda. Jangan lupa follow fanpage Denaihati Network yang semakin meriah.
155 Comments
saya tetap semangat dan do’akan saya yah supaya lancar dari blog
apk terunik dan terbaik untuk android http://androoz.com/
Curahan rasa adesutisna @ ..Download Apk Game Pororo Penguin Run Terbaru
saya pernah di ketawakan oleh saudara bila saya ckp buat duit dgn blog.
“berapa sen awak dapat?”
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
ada yg memandang serong kerja sbg blogger. kerjaya murahan dan tak ada masa depan katanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dhia Sofea di Tv3
memang hebat kesannya apabila blogger ni sudah mencipta nama.ramai yang akan datang untuk menawarkan pelbagai bentuk kerjasama
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
blogger layak menerima bayaran spatutnya setiap kali buat advertorial dlm blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Puding Sedut Pa’ Do
betul tu, tapi tak semua blogger akan dapat.ini semua bergantung kepada kualiti blog itu juga
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
sebagai blogger kita kena jaga nama baik komuniti ini supaya tidak dipandang serong
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
ada sesetengah company pandang blogger hanya nak freebies atau barang percuma atau mkn free je
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015
makin banyak kompeni yang bukak mata dgn keupayaan blogger mempromosi produk mereka..semoga tahun 2016, makin meriah industri adv-blogger malaysia
Curahan rasa JMR @ ..Kisah bapa anak dua – Adik abang
moga begitu lah hendaknya.kesan kalau promosi di blog ni lebih meluas.
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.