Hapuskan sahaja teksi sebab kurang ajar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi kisah yang panas dibincangkan tentang janji Kerajaan PH untuk hapuskan sistem e-hailing Malaysia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Ketika pulang dari makan malam di Newton Food Center Singapore Abang berbual dengan pemandu teksi yang membaw kami pulang ke hotel.

Teksi : Baguslah pemandu teksi Malaysia protes Grap. 
Abang : Kerajaan baru Malaysia dulu janji nak tutup Grap
Teksi : Kami kat sini pun tak happy tapi tak berani nak protes nanti masuk penjara. Bukan senang jadi pemandu teksi kerja kena kuat ambil masa sangat panjang. Sekarang ekonomi tak bagus.
Abang : Kerajaan baru sudah janji bagi kebebasan pada rakyat nak demo ke, nak marah pemimpin ke, nak kurang ajar ke … semua boleh.
Teksi : Kerajaan pun tahu berapa lama pemandu teksi boleh tahan nak buat demo .. last-last diaorang nak makan juga.

Baru-baru ini baca kat Malaysia kini bekas menteri dan wartawan veteran Tan Sri Zainudin Maidin cadangkan baik hapuskan saja teksi sebab kurang ajar pada PM ketika majlis pemandu teksi bersama PM. Pemandu teksi marah kerana Kerajaan PH tidak mengotakan janji pilihanraya untuk memberhentikan semua sistem e-hailing Malaysia.

Abang pun marah juga pada pemandu teksi ni sebab sudah beberapa kali bila nak naik je dia kata tak pergi tempat yang kami nak pergi tapi kesian kat mereka ni sebab majoriti Melayu. Abang pernah menulis kisah teksi dalam entri “pengalaman naik pengankutan umum Malaysia“.

Apabila diangkat isu ini di sosial media memang menjadi perbincangan hangat dan majoriti tidak gembira dengan perkhidmatan teksi di Malaysia.

Mia Namia : betul dulu-dulu sebelum ada grab kena naik teksi tapi teksi kat kawasan ktm tu lagi lah macam apa kalau takat bawak sorang penumpang diorang tak nak depa lagi sanggup tunggu orang yang nak ke kawasan sekitar pastu harga mahal kemain pada hal dekat je pun.

Lynn Penang : Tingkah laku macam dalam berita semalam memang amat kurang ajaq, depa semua tak leh hormatkan TOK DET apatah lagi pemumpang. Tn hj tau tak grab punya sistem kalau penumpang banyak komplen driver tu lebih dari 20% dari total kpi driver grab tersebut akan diblack listed driver forever.

Amir Hassan : Sekarang Malaysia Baharu kita diajar boleh kurang ajar pada pemimpin, kata seorang anak muda.

Lynn Penang : Anak muda itu yang tak ada kesedaran sivik sebenarnya tn hj walau apa jua keadaan sekalipun Malasia baru mahupun lama HORMAT itu tetap kena ada, sedih betul.

Azura Baharudin : Teksi ni banyak jasanya. Cuma sistem tak solid. Boleh pakai meter dan boleh tak pakai. Bila nak naik main tolak-tolak siapa nak pelanggan ni? Dah dapat driver dah tu kene letak harga pula. Harga pun lebih mahal. Dari segi keselamatan memang tiada kalau apa-apa berlaku pada kita memang tak tau nak cari pemandu yang mana. Insyaallah kalau diperbaiki mungkin mendapat tempat dihati pengguna.

Akma Omar : Tuan Hj banyak travel so tahu keadaan luar negara boleh kata semua negara ada uber, grab, teksi, masa kat london saya borak dengan uber driver diaorg takde masalah antara satu sama lain, depend on customer comfortable nak naik yang mana kalau nak mahal naik aje teksi hitam tu, uber memang murah sikit takde pun konflik sama-sama cari makan.

Masalahnya teksi kita suka buat harga sendiri tak mcm luar negara mahal atau murah semua ikut meter tapi ada yang ok dan lebih murah. Baru ni saya hantar keta service balik nak book grab tapi lambat pulak smpai nampak teksi terus tahan dia ikut meter baru Rm11, grab RM14 cuma ada sebahagian tu macam samseng tak boleh nak berkongsi rezeki itu aje masalahnya.

Amir Hassan : tu lah kenapa lah janji benda mengarut dah memang sistem e-hailing ni trend zaman sekarang. Teksi Malaysia antara terburuk dari pengalaman saya travel.

Akma Omar : Tulah pasal sistem e-hailing dah lama maju kat negara luar, saya setuju teksi kita antara terburuk dan tak terjaga, tengok negara luar mcmana sistem diaorg dan cara diaorg jaga teksi terbaik ikut kan diaorg nak bayar sewa beli, permit lagi mahal dari teksi kita kat malaysia tapi takde masalah pun, tak percaya tanya teksi kat Singapore, Indonesia berapa modal diaorg kena keluar untuk jadi pemandu teksi.

Nik Mohd Syukrie : satu lagi depa yang bawa uber wajib ada lesen private atau permit, kat malaysia teksi jer wajib. situ tak adil dah. uber sini insurans pun sama dengan teksi so tak derlah depa nak dengki, kos sama je dengan teksi beza kenderaan jah.

Akma Omar : kesimpulannya sistem kita yang tak betul dan tak adil tu yang jadi banyak konflik, banyak sangat kepala hahaha

Nik Mohd Syukrie : yup tak adil teksi syarat lain. grab lain. nak adil bagilah sama sebab selalu guna teksi dan uber kat newcastle nie borak-borak depa rileks sebab sama je syarat depa kena cuma atas app depa guna. macam teksi depa kena bayar 100 -150pound seminggu untuk radio dengan app, macam uber tak der cuma syarat nak jadi driver teksi/uber/budget/syarikat lain lesen UK wajib ada. kena ambil insurans dengan kena mohon permit dari city council. kalau kita tak der permit, boleh sewa dari syarikat teksi (nie macam teksi malaysia). kira lebih sini permit boleh mohon individu.

Akma Omar : baru berapa tahun ni aje boleh mohon permit sendiri, dulu ada sedara saya bawak teksi semua kena melalui syarikat sewa beli kereta proton lama buruk pun sampai cecah dekat 2 ribu sebulan bayangkan 5 tahun. Lagi besar keta lagi mahal belum permit lagi, grab tak perlu bayar sewa permit bagai register aje, kereta tak boleh lebih 5 tahun dan janji clear takde hutang semua. Itu saya cakap sistem kita tak adil mana tak mengamuk.

Nik Mohd Syukrie Akma Omar : betul patut syarat bagi sama dengan teksi baru berdaya saing.

Akma Omar : Yang paling kesian mana pegi semua gas station untuk teksi semua tutup dah balik ke asal kena isi minyak petrol juga yang semakin naik rega. makin panas lah.

Teksi London

Lynn Penang : Depa cakap grab curi pelanggan taxi, dimana buktinya, pelanggan sendiri tak mau taxi dah sebab macam katak bawah tempurung dan tak pernah nak berubah.

Amir Hassan : isunya sekarang JANJI pilihanraya. Janji yang tak logik sebab zaman teknologi sistem e-hailing memang ada diseluruh dunia. Setahun dua ni JANJI pilihanraya yang tak dilaksanakan akan jadi super masalah pada Kerajaan PH. Kalau salah urus boleh melingkup Negara jadi nya sebab yang menuntut akan jadi lebih agresif.

Lynn Penang : Dah tak tau nak cakap apa tn hj janji kerajaan hat nie mmg sah-sah tak dapat ditunaikan. Yer tn hj nie laa yang kita tak mau tapi akan terjadi jugak nanti sejauh mana agresif kita tak tau…sedih

Akma Omar : Janji sebelum pilihanraya untuk raih undi aje Tuan Hj hahaha feninggg

Amir Hassan : Next pilihanraya orang dah tak percaya pada janji PRU

Zul Hussain : Rasanya teksi pun kena ikut arus perubahan zaman. Pengguna rasa lebih selesa, mudah dan selamat guna Grab. Sebelum pick up pengguna sudah maklum dengan harganya dan pemandunya berbanding teksi, degupan jantung sepantas meternya berdetik. Pemandu teksi perlu berusaha utk memenangi kembali hati pengguna

Amir Hassan : Kerajaan mesti upgrade sistem teksi ikut negara-negara jiran. Masalahnya kerajaan nakkan undi pemandu teksi lepas tu diaorg tak bertindak sebab nak jaga hati. Dari dulu sampai sekarang. Ni pulak janji nak hapuskan grap

Fauzi Mohd Som : Kena level playing field apa yang teksi kena buat then grab kena buat. Apa yang grab tak perlu buat then teksi tak perlu buat.

Rosmaria Bakhari : Perangai driver teksi kena ubahlah, jangan memilih laluan, jangan caj bukan-bukan, pakai meter.

Che Sue Izzeyda : Dulu masa naik teksi, pernah juga kena tambang dikira mencekik sebab tak ikut meter. Sejak ada Grab, tak naik dah teksi.

Aizat Hassan : Pemandu teksi kalau yang KO yang Isap rokok, pasang lagu tak best, kereta busuk, cakap mengarut dan harga Yahudi.

Kesimpulan perkhidmatan teksi Malaysia memang perlu ditingkatkan supaya lebih ramai pengguna suka nak naik teksi seperti khidmat teksi di negara-negara lain. e-Hailing seperti Grap dan Mycar mesti dikekalkan untuk jadi saingan kepada teksi. Kerajaan mesti mengubal sistem teksi dan e-hailing yang menguntungkan kedua-dua pihak bukan sebelah pihak sahaja. Paling penting jangan jadikan pemandu teksi sebagai umpan undi PRU bila sudah menang tak ambil kisah.

Mungkin kawan-kawan ada pengalaman naik teksi dan grap serta cadangan yang bagus yang boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah.


Spread the love

23 Comments

  1. Saya ada pengalaman naik taxi, saya rasa tempat tu tak jauh dia charge rm20 dah la takde meter sekarang taxi bagi harga agak2 je

  2. e hailing sebagai contoh grab lebih pleksibel untuk pengguna..itu sahaja…kalau pengusaha teksi masih kekalkan dengan mentaliti dan prinsip mereka sekarang…e hailing akan ganti teksi yg sedia ada ni

  3. Dalam hal pemandu teksi ni yang buat masalah hanya beberapa orang tapi semua pemandu teksi yang lain terpalit sama. Bila dah ada persaingan sekarang ni dengan grab, banyak perkara jugalah yang harus diperbaiki oleh teman-teman pemandu teksi terutama sekali kejujuran.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa AmeerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!