Hanya cari wang untuk sesuap nasi, siapa individu di sebalik kostum Doraemon?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika pergi kat mall atau tempat rekreasi, anda mesti pernah jumpa dengan maskot berkostum macam Doraemon ke, Hello Kitty ke dan macam-macam lagi untuk ceriakan kanak-kanak. Tapi pernah kita terfikir tak, siapakah orang di sebalik kostum yang besar ini?

Menerusi satu perkongsian di Facebook, ramai agak tersentuh apabila netizen dedahkan tentang identiti individu di sebalik kostum Doraemon di kawasan pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Korang takkan percaya siapa dia sebab…

“Dia hanyalah seorang makcik tua yang kini habiskan usia tuanya menghiburkan orang ramai di samping mencari rezeki”

Menurut perkongsian tersebut, insan di sebalik kostum Doraemon ni hanyalah seorang makcik tua yang gigih mencari rezeki dan pada masa yang sama nak habiskan sisa hidupnya dengan menggembirakan orang sekeliling. ALLAH, sebak bila baca tentang ni!

“Sapa yang bergambar tu berilah RM1 atau seikhlas hati… kalau tengok muka dia korang pasti ingat ibu korang”

Netizen yang mengenali makcik tersebut jugak comfirm kan kisah ini dan dorang mintak kalau korang berjumpa dengan makcik tersebut, hulurkanlah RM1 atau lebih sebagai penyambung rezeki insan ni.

Ada jugak yang terkejut sebab dorang tak sangka suara di sebalik kostum ni rupanya seorang makcik. Aduhai..

Seorang makcik yang mungkin sebaya dengan ibu kita, jauh lebih tua daripada kita. Namun mereka semua gigih mencari wang dengan cara ini demi sesuap nasi. Kita tidak tahu berapa jumlah perut-perut yang lapar sedang menunggunya pulang ke rumah dengan makanan.

Jom doakan semoga urusan makcik di sebalik kostum-kostum ini dipermudahkan. Kalau korang jumpa dengan maskot macam ni, korang support dan berilah derma sekadar termampu. Jangan usik-usik dorang macam mereka ni tak ada harga diri.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya.

Sumber:lobakmerah


Spread the love

4 Comments

  1. aduhai, rasa nak nanges, bertuahnya ibu2 kita yang tak perlu bekerja seperti makcik ini.
    semoga makcik sentiasa beroleh kesihatan yang baik. in sha Allah kalau ada ke sana saya pasti mencarinya. nak aktifkan RAS supaya dapat jumpa makcik ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!