Hadiah wang tunai untuk penulis komen paling banyak 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri terutama entri yang paling banyak trafik untuk bulan november iaitu “Tips dan trick pergi ke MAHA 2018”. Tanpa pembaca pasti blog Denaihati hanya menjadi dokumen catatan sendiri untuk kenangan masa akan datang.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sebagai membalasa jasa sahabat-sahabat yang setia dengan blog ini walaupun pada suatu ketika agak ditinggalkan, kami menyediakan hadiah untuk 5 penulis komen paling banyak untuk tahun 2018.

Syarat penyertaan :

  1. Mesti menulis komen sebanyak 10 patah perkataan atau lebih. Komen mestilah berkualiti berdasarkan entri yang ditulis bukan sekadar menulis komen untuk menang sahaja.
  2. Gunakan satu username sahaja. Bagi yang ada dua atau lebih username kami akan pilih satu yang teratas sahaja.
  3. Jumlah komen akan dikira sehingga jam 11.59 pm pada 31/12/2018.
  4. Ranking top 5 komen paling banyak dalam tempoh 30 hari ini boleh dilihat setiap hari di side bar sebelah kanan blog ini.
  5. Boleh komen di mana-mana entri yang masih ada kotak komen samada entri lama atau entri terbaru.

hadiah tunai kepada para pemenang

Hadiah untuk pemenang :

  1. Hadiah pertama : RM200
  2. Hadiah kedua : RM175
  3. Hadiah ketiga : RM150
  4. Hadiah keempat RM125
  5. Hadiah kelima : RM100

Hadiah-hadiah ini tidak dapat membalas kesetiaan sahabat-sahabat tetapi sebagai token terima kasih kerana sudi bersama di masa senang dan susah.

Perlajanan blog Denaihati bermula dari tahun 2008 dan masih jauh lagi, akan menjadi platform menulis yang merupakan kaedah pemasaran terbaik untuk tahun 2019 dan tahun-tahun akan datang.

Kepada rakan blogger teruskan menulis jangan tutup blog anda.

Jangan lupa follow sosial media kami

  1. FB page Denaihati Network
  2. FB page Denaihati News
  3. Instagram Denaihati
  4. Instagram Denaihati Network
  5. Twitter Santapan Minda
  6. Twitter Denaihati
  7. Youtube Denaihati Network
  8. Shopping online di Denaisell
  9. Beli eBook cara menulis dengan baik Buku KHM

Terima kasih semua

Denaihati Network


Spread the love

552 Comments

  1. Tawaran yang sangat-sangat menarik ni.. In Shaa Allah akan mencuba nasib menyahut cabaran ini.. manalah tahu ada rezeki dapat memenangi hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.

  2. Sebelum ni saya pernah beberapa kali berjaya menjadi penulis komen terbanyak di blog Denaihati… Tapi sayangnya tiada hadiah yang disediakan untuk pemenang pada ketika itu..

      1. Memang nak kena cuba nih. hadiah yang di tawarkan pun cukup menarik, boleh bawak anak2 makan malam yang sesedap..

      2. Betul.. jom sama sama kita mencuba nasib.. manalah tahu ada rezeki dapat menang wang tunai kali ni.. RM200 pun rezeki juga namanya tu..

  3. nampaknya top komentar sudah berada di puncak..

    jika ada kelapangan masa dan kesungguhan ingin juga nak mencuba nasib..

    manalah ada rezeki ..

    peluang yang baik janganlah dilepaskan

    1. Itu aanya tuh, harap2 nya tersenarai jugak lah di antara yang tertop dalam list sebelah tuh.

  4. Salam semua, masih belum terlambat untuk menyertai komen terbanyak ini. Lama juga dah tak blogwalking. Sempena cuti sekolah ni. Bolehlah meluangkan masa untuk baca dan komen mana2 entri dalam blog denaihati ni…

    1. Betul.. masih belum terlambat untuk menyertai Cabaran komen terbanyak di Blog Denaihati.. Saya pun baru mula 2 hari lepas..

    1. AA betul tuh, nak kena instikomas mengkomen dalam blog nih, mana tahu kan kot kot lah bertuah boleh aaa menang hadiah lumayan yang di tawarkan tuh.

    2. Saya pun jangka macam tu juga.. sebab tu setiap kali ada peluang dapat tulis banyak-banyak, gunakan peluang tersebut dengan sebaiknya..

    1. Kena rajin2 kan diri bertapa dalam ni la nampaknya..semua semangat lain macam ni untuk menang contest 👍👍

        1. itu dia, otai otai blogger dah memulakan langkah nak menyenaraikan diri di antara yang ter top.

      1. Nak kena betul betul berjuang mengkomen dalam blog DH nih, bila para otai dah mula menampakkan diri nih.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!