Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sebelum ini, sudah banyak kali pihak Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) menganjurkan pelbagai kelas latihan dan kempen #youcanduit di seluruh Malaysia. Kali ini, MDEC menganjurkan cabaran untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mengumpul pengalaman dan menambah pendapatan masing-masing.
Cabaran eRezeki bersama Sinar FM
Cabaran yang pertama adalah melibatkan program eRezeki dengan kerjasama Sinar FM. Anda hanya perlu menulis slogan sebanyak 50 patah perkataan dan kemudian isi borang penyertaan di halaman Penyertaan Cabaran eRezeki kemudian tunggu keputusan daripada MDEC.
Syarat-syarat untuk menyertai cabaran eRezeki ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang memegang Kad Pengenalan yang sah,
- mempunyai lesen memandu yang sah (tiada had umur);
- bukan pemegang lesen P,
- memiliki kereta 4 pintu yang tidak lebih dari 10 tahun (kereta melebihi 7 tahun perlu diperiksa);
- Lulus JPJ dan semakan saman PDRM
- dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan BM;
- Nama pemandu mesti muncul di senarai penama insurans; dan
- Pemandu yang berusia 50 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.
Pemilihan cabaran eRezeki
6 Slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai kelas latihan eRezeki bersama-sama dengan DJ daripada Sinar FM. Latihan akan diadakan pada hujung minggu ini untuk yang terpilih. Selepas latihan, 6 peserta ini perlu melakukan aktiviti bersama-sama Grab atau 8Share selama seminggu.
Selepas berakhir tempoh seminggu itu, pemenang akan diumumkan dalam program Meletop pada 23hb. Semua peserta yang terpilih akan membawa pulang hadiah seperti berikut:
- Pemenang pertama – RM4000
- Pemenang kedua – RM1500
- Pemenag ketiga – RM1000
- Pemenang ke-4,ke-5 dan ke-6 RM500
Tujuan cabaran ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana belajar bagaimana mereka boleh menjana pendapatan tambahan dalam era Ekonomi Digital kini. Bimbingan dan latihan yang diberikan akan membolehkan mereka menambah pendapatan bukan sahaja menggunakan platform Grab dan 8Share, tetapi platform lain juga.
Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eRezeki adalah pada 5hb Mei 2017.
Cabaran eUsahawan bersama Era FM
Cabaran seterusnya ini adalah untuk para usahawan atau bakal usahawan di luar sana. Demi membantu selebriti Nabil Ahmad untuk memulakan jualan produk baru beliau. Cabaran kali ini akan melibatkan penglibatan DJ daripada Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar.
Cabaran eUsahawan ini lebih mudah, anda hanya perlu sediakan slogan 50 patah perkataan kenapa anda ingin menyertai program eUsahawan ini. Boleh daftar di Halaman Cabaran eUsahawan bersama Era FM.
3 slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai latihan eUsahawan bersama DJ Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar selama 2 hari. Setiap peserta akan dipasangkan dengan seorang DJ, dan akan melakukan proses jualan produk yang diberi nama Ligamen Pro selama 2 minggu.
Sepanjang proses jualan ini, setiap peserta akan dibantu oleh DJ Era FM ini untuk promosi secara tidak langsung. Kriteria pemenang bukan sekadar daripada jumlah jualan, tetapi termasuk kreativiti dan beberapa kriteria lain yang akan digunakan oleh pihak Juri.
Pemenang untuk cabaran ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak:
- Pemenang Pertama RM8000
- Pemenang kedua dan ketiga RM1000
Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eUsahawan adalah pada 5hb Mei 2017.
Peluang untuk menimba pengalaman
Ini merupakan peluang yang baik untuk anda menimba pengalaman sambil belajar bersama selebriti-selebriti ini bagaimana untuk membuat jualan dan menjana pendapatan melalui platform digital.
Usaha MDEC untuk tahun ketiga ini memang harus kita puji kerana mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan B40 ke bawah untuk menjana pendapatan tambahan.
Program-program seperti ini diwujudkan atas usaha untuk memberikan kemudahan dan membantu meningkatkan taraf pendapatan setiap rakyat di Malaysia yang ingin bersama-sama memajukan diri dalam kempen yang dianjurkan oleh MDEC di bawah program #YouCanDuit.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Pendapatan meningkat 3 kali ganda selepas menyertai program eUsahawan
- Jannatul Ma’awa Sukses dengan Jualan Beg Jahit dan Sulam
145 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik like it,
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Nak dapat RM50 percuma dari Kerajaan? Nak menang RM10,000? RM100,000? Dapatkan maklumat lanjut dan borang pendaftaran di sspn-i.com
Tertakluk kepada terma dan syarat 😁
Jika anda tak dapat menang, masih ada cara lain untuk dapat RM18,000.
Jual produk yang boleh beri anda komisyen RM100 kepada 180 orang, dan anda akan dapat RM18,000.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
Dapat RM8,000 boleh buat belanja raya, atau buat simpanan atau laburkan dalam unit amanah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Kekurangan Grabshare Yang Patut Anda Tahu
banyak juga juga RM8K..
yang pasti boleh melegakan tekanan kewanagan bagi mereka yang hadapi cabaran kewangan tersebut..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Terima Duit Palsu RM100
Terbeliak mata tengok hadiah tempat pertama…RM8,000 tu…kalau menang ni syoknya pergi berjimba…hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Kalau saya dapat RM8K memang tarik nafas lega ..banyak perkara boleh lepas..
itulah cabaran pada masa ini..nak dapat RM
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Perghhh… peluang buat duit online dah di depan mata, dulu saya tak percaya tapi sekarang, kerajaan dah buka peluang depan mata…
Curahan rasa mus @ ..Nak Tahu Bagaimana Diri Anda Boleh Berjaya?
Betul tu..
Sekarang ni sesiapa sahaja boleh buat duit secara online… bisnes yang boleh dilakukan walau di mana sahaja kita berada..
Curahan rasa anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Duduk di rumah pun boleh buat bisnes.. asalkan kita kreatif dan tahu memasarkan perniagaan kita secara online..
Curahan rasa anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
kreatif dan sungguh-sungguh adalah kunci untuk berjaya..
harga kejayaan terlalu tinggi nilainya..
tak terbanding..
itu cabaran jadi jadi esusahwan
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Tu dia.
bolehlah siapa yang berminat pergi untuk mencuba.
tak rugi mana pun.
Curahan rasa titan @ ..Cashback Ketiga dari Shopback.my
cuba jangan tak cuba…
selain dapat pengalaman ..
kemahiran lain juga dapat..
pendek kata rezeki untuk mereka yang mencuba
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Untung la sapa yang menang.. Tahniah.. 🙂
Harap2 next time boleh join..hehe
Curahan rasa Aya @ ..WooXpress: 7 Fakta Yang Perlu Anda Tahu!
tulah yang untungnya jadi pemenang..
namun sebelum jadi pemenag pasti banyak melalui kepahitan dan cabaran yang bertubi-tubi.
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Teruja tengok hadiah. sekali dah expired tarikh tutup la pulak. Hahahaa.. berangan dah nama saya di umumkan dalam program Meletop. Next time kena selalu datang blog Denaihati lerr.. ada jer update yang best2. Tahniah Denaihati.. & MDEC. 😉
Curahan rasa Cahaya Diana @ ..8 Sebab anda patut hadir majlis Sepetang Bersama Blogger 2017
Hadiah memang lumayan.. cuma faktor masa yang menjadi halangan.. takper Cahaya Diana.. In Shaa Allah, lain kali boleh join..
Curahan rasa anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
Kalau kita perasan MDEC memang banyak menganjurkan program2 keusahawanan ini.. cuma info tersebut mungkin tak sampai kepada kita, kalau kita tak baca blog Denaihati..
Curahan rasa anuar @ ..Download FREE Report + 4 Video PERCUMA Formula USD eCommerce & Affiliate Aliexpress
publisiti mereka tidak begitu meluas…
sebab itu kita tidak dapat menerimanya..
kalau berminat boleh mencuba tahun hadapan
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Peluang hadiah lumayan untuk and semua. Moga Denai Hati terus mantap menajdi blog terbaik Malaysia.
aamiin dan saya berharap erezeki dan eusahawanan itu pemaju kepada pelaburan dalam negeri..
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Sayang saya bukan warga malaysia bang, haha, saya berdoa saja moga sukses selalu acaranya dan semakin sukses di tahun tahun mendatang bang…
Curahan rasa ali afif @ ..Cerita Romantis 22 Novel : Iblis Sungai Telaga
Satu hari nanti pasti akan ada peluang untuk menjana wang di Malaysia, boleh ke peringkat antarabangsa dengan buat duit dengan USD atau Pound Sterling.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Berhenti Kerja Pengurus Untuk Pandu Uber
itulah dinamakan bukan rezeki kot..harap bersabar dan usaha dalam bentuk yang lain pula untuk dapatkan rezeki..
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
selamat berlomba jangan surut sebelum sampai ketujuan hadiahnya luar biasa
Curahan rasa newbie blogger @ ..Hotel dekat Alun-alun Malang
Iya.. selamat bersaing secara adil.. dan sentiasa berfikir secara positif…
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
persaingan yang positif lebih banyak memberi kebaikan ..
itulah yang kita nak akan dalam cabaran tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017
Sangat menarik juga info ini mesti giler yang tak terucap..
Semoga bemanfaat kepada mereka yang terlibat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Sujud Dalam Solat Terbongkar
Takper tuan.. kita pun ada terlibat dengan persaingan juga.. good luck..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Persaingan perkara biasa..
Tak pe rezeki hanya Allah SWT yang bagi..
Betul kan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Comments are closed.