HAARP dan Blue Beam Project Konspirasi Dunia Manusia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Melihat cuaca di luar sekarang sepertinya tidak menentu. Baru-baru ini di Malaysia, cuaca agak meningkat dengan keadaan yang sedikit panas. Ada cuaca secara normalnya kita tahu sebagai perubahan suhu biasa. Namun, ada juga yang mengatakan sesetengah pihak dapat ‘mengawal’ cuaca.

Dengan kecanggihan teknologi bertahun-tahun dahulu, manusia membuat sesuatu yang adakalanya di luar dugaan dan pengetahuan ramai orang. Mereka dikatakan dapat menghasilkan awan jadian, hujan, banjir, gempabumi, tsunami mahupun puting beliung.

Beberapa kejadian yang aneh beberapa bulan yang lalu, memberikan 1001 tanda tanya apakah semua kejadian yang sering dilihat di langit adalah angkara teknologi manusia? Contohnya Cloud roll, gempa bumi Taiwan, kereta terapung di China, bebola api di Peru dan beberapa lagi kejadian yang jarang berlaku di dunia.

Mesin mengawal cuaca

Nampak seperti mengarut tetapi ada dokumentasi yang menyokong perkara itu berlaku. Anda boleh membuat carian Geo-engineering dan meneroka pelbagai lagi maklumat dan video berkaitan. Begitu juga dengan microwave transmission.

Kita semua tahu dan memahami bahawa penghantaran gelombang mikro yang dihasilkan boleh memanaskan secawan air atau makanan sejukbeku. Apa yang paling tidak tahu adalah transmisi gelombang mikro yang kuat memantul ke atmosfera dan diarahkan kembali ke bumi, maka ia akan menjadi sesuatu yang boleh dirancang.

Dalam permainan video Red Alert juga telah lama ada perkara berkaitan ini. Bagi negara alliance, ada Weather storm dan chronosphere dan bagi soviet ada Nuclear weapon dan Yuri. Kesemua ini ada kaitan dengan Projek Blue Beam dan HAARP.

Apa itu HAARP?

“High-frequency Active Auroral Research Program” (HAARP) yang sudah bermula pada tahun 90-an lagi adalah pemancar berkuasa tinggi dan berkuasa tinggi di dunia untuk kajian ionosfera. Program HAARP berkomitmen untuk membangun kemudahan penyelidikan ionosfer bertaraf dunia yang terdiri daripada :

  • Instrumen Penyelidikan Ionosferik (IRI), kemudahan pemancar kuasa tinggi yang beroperasi dalam lingkungan Frekuensi Tinggi. IRI boleh digunakan untuk sementara merangsang kawasan ionosfera terhad untuk kajian saintifik.
  • Satu instrumen saintifik atau diagnostik yang canggih yang boleh digunakan untuk mengamati proses fizikal yang berlaku di sesuatu kawasan.
  • Pemerhatian proses yang terhasil daripada penggunaan IRI dengan cara yang terkawal akan membolehkan saintis memahami proses yang berterusan di bawah rangsangan semulajadi matahari.

Mungkin sebelum ini ada yang hanya mendengar tentang Rahsia Diego Garcia dan Large Hadron Collider di Switzerland. Namun diberitakan ada beberapa lokasi di dunia yang mempunyai fasiliti pemancar kuasa tinggi ini iaitu :

1) MU Radar di Japan
2) Arecibo Observatory di Puerto Rico
3) HIPAS di Fairbanks, Alaska
4) Sura di Russia
5) HAARP di Gakona, Alaska
6) EISCAT di Norway Utara

Apa itu Projek Blue Beam?

Menurut Serge Monast, projek empat langkah yang dirancang oleh NASA dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membenarkan organisasi-organisasi ini untuk mencapai apa yang diyakini sebagai matlamat utama mereka untuk mewujudkan New Age Religion yang diketuai oleh Dajjal untuk memulakan pemerintahan era New World Order.

NASA akan melaksanakan Projek Blue Beam, dengan sistem kawalan fikiran lanjutan serta teknologi rahsia untuk menipu semua orang. Mungkin ada yang mengatakan semua ini gila tetapi sedikit demi sedikit sebenarnya telah keluar di bumi kita tentang perkara yang berlaku. Konspirasi akhir zaman ini telah bermula sejak dulu lagi tentang menguasai pemikiran manusia.

“Such rays from satellites are fed from the memories of computers that have stored massive data about every human on earth, and their languages. The rays will then interlace with their natural thinking to form what we call diffuse artificial thought.” -Serge Monast-

Empat langkah utama Projek Blue Beam

Langkah pertama, Projek Blue Beam akan melibatkan pembuatan gempabumi yang dibuat secara buatan di lokasi strategik di seluruh dunia.

Langkah kedua, akan melibatkan “pertunjukan ruang raksasa” hologram optik tiga dimensi, serta unjuran laser gambar holografik dipancarkan ke langit. Imej-imej Jesus, Nabi Muhammad, Buddha, Krishna, dan lain-lain, akan bergabung menjadi satu.

Seterusnya, langkah ketiga adalah di mana kawalan minda akan menjadi peringkat pertengahan. Peranti komunikasi telefon akan menghantar gelombang untuk mencapai setiap orang dalam fikiran mereka sendiri. Ini yang membahayakan kerana ia meyakinkan manusia bahawa tuhan mereka berbicara kepada mereka.

Akhirnya, langkah keempat Projek Blue Beam akan menggunakan pelbagai teknologi untuk meyakinkan orang bahawa serangan-serangan makhluk asing dan sehingga memudahkan kuasa-kuasa yang dapat menguasai manusia yang menakutkan.

Ikat isteri dan anak di rumah

Sudah pasti ramai yang masih kurang percaya dan ramai juga yang sedang memperkatakan perkara tentang HAARP dan projek Blue Beam ini sekian lama. Rata-rata hanya melihat tanpa mengkaji apa yang sedang berlaku di depan mata. Teknologi terdahulu amat canggih dan di bawa pada zaman ini sedang menghasilkan sesuatu yang kadangkala di luar kotak pemikiran kita.

Kita juga seharusnya berwaspada dengan munculnya Dajjal yang merupakan fitnah besar paling dahsyat di akhir zaman. Betapa dahsyatnya fitnah dajjal itu sehingga kita disuruh ikat isteri dan anak-anak di rumah bagi mengelakkan berjumpa dengan dajjal.

Tertulis tentang kemarau dalam 3 tahun berperingkat pada waktu itu. Sedangkan kawalan cuaca pun mereka boleh buat, apatah lagi untuk menghasilkan ‘kemarau jadian’ bagi sesuatu tempat. Ini boleh jadi berkaitan dengan kehadiran dajjal yang menawarkan air atau api kepada manusia dan menyuruh mengakuinya sebagai Tuhan. Apabila mereka mengakui tuhan, maka tempat itu menjadi subur tetapi apabila iman kekal di dada, tempat itu menjadi kering kontang.

Apakah kita sudah bersedia dengan semua ini?


Spread the love

32 Comments

  1. Apa apa pun, kita semua perlu berwaspadalah dengan munculnya Dajjal yang merupakan fitnah besar paling dahsyat di akhir zaman.

  2. Langkah pertama, Projek Blue Beam akan melibatkan pembuatan gempabumi yang dibuat secara buatan di lokasi strategik di seluruh dunia. Betul ke ni?

  3. Bila membaca ttg konspirasi terbesar sebgini, maka, perlu berwaspadalah dengan munculnya Dajjal yang merupakan fitnah besar paling dahsyat di akhir zaman.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!