Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Ini adalah perkongsian daripada twitter Jalan-Jalan cuti santai berkenaan gunung berapi di Indonesia. Jom lihat di bawah:
Tahu tak korang, Indonesia ni antara negara yang mempunyai banyak gunung-gunung berapi yang dah mati tapi mulai kembali aktif semula. Jika ia meletus maka kiamat kecil dunia akan berlaku.
Baca juga: Gunung Sinabung kembali meletus
Baru baru ni Gunung Berapi Sinabung telah mulai aktif dan meletus di Sumatera Utara, Indonesia. Kalau diperhatikan, sangat menakutkan kerana banyak gunung berapi di Indonesia mulai aktif semula. Korang baca sejarag gunung berapi terkuat di indonesia. Lihat movie di bawah ini;
Korang tahu tak, dekat Selat Indonesia terdapat banyak gunung berapi yang masih Aktif? Antaranya adalah Gunung berapi Anak Krakatau. Tapi yang paling menakutkan sekali adalah Gunung Berapi Toba!
Sekali ianya meletus akan membuatkan saru dunia gelap gelita.
Jika Tambora menyebabkan Eropah bergelap selama setahun, Toba pula nyaris menyebabkan kepupusan Tamadun manusia.
Sejarah Danau Toba
Sekitar 74,000 tahun lalu, Danau Toba yang merupakan gunung berapi raksasa meletus hebat. Letusan tersebut menyebabkan perubahan iklim dunia hingga suhu bumi turun sehingga 5°C dan nyaris memusnahkan nenek moyang manusia.
Letusan gunung Toba pada waktu itu mengeluarkan awan panas raksasa yang menutup atmosfera dari hujung timur hingga barat Pulau Sumatera. Ia juga turut memuntahkan jutaan kubik abu yang menutup Lautan Hindi hingga Laut Arab dan sebahagian Lautan Pasifik.
Gas sulfat yang dilepaskan tersebar luas ke atmosfera dan menutupi bumi menyebabkan kegelapan total yang terjadi selama bertahun-tahun.
Letusan gunung Toba yang terjadi saat itu berada dilevel tertinggi letusan gunung berapi, iaitu 8 Volcanic Explosivity Index (VEI).
Menurut penelitian para ilmuwan di dunia, gunung Toba merupakan gunung berapi Supervolcano yang mempunyai letusan paling kuat di dunia.
Sumber: Jalan-Jalan Cuti Santai
4 Comments
Penduduk di sekitar gunung berapi sudah pasti kena siap sedia berpindah secepat mungkin bila ada tanda-tanda gunung berapi nak meletus
Curahan rasa Geng Borak @ ..Dugaan Bergelar Janda, Sering Dipandang Serong Orang
Gerun gak tengok letusan gunung berapi ni. Mesti panas giler area sekita tu. Moga mereka selamat
Curahan rasa Laila @ ..Cara Daftar MySejahtera. Semua Premis Di Malaysia Wajib Guna Aplikasi Ini.
Allah, seram nya tengok gambar gambar gunung berapi dan baca kisah kisah tu semua. Semoga kita semua di lindungi.
Curahan rasa Syazni Rahim @ ..Surat Cinta Dari Encik Faizal | Throwback Thursday
Semua dah tertulis. Semoga kita dijauhkan daripada bala bencana ini dan dilindungi Allah. Seram dan takut mendengarnya.
Comments are closed.