Gunung Agung kembali meletus, amaran tahap tiga

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Satu demi satu meletus.

Gunung berapi di pulau percutian Bali meletus lagi, memuntahkan abu ke udara dan meliputi kampung-kampung berdekatan ketika pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong supaya menghindari kawasan itu.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Gunung Agung meletus dari semasa ke semasa sejak ia kembali aktif pada 2017, kejadian yang menyebabkan ratusan penerbangan dan 120,000 pelancong tersadai.

Pada pagi Ahad, gunung berapi yang terletak kira-kira 70km dari hab pelancongan Kuta itu memuntahkan abu ke udara apabila ia meletus selama kira-kira 3 minit, kata pusat kajian gunung berapi republik itu.

Penduduk berdekatan Gunung Agung serta pendaki dan pelancong dinasihatkan jangan melakukan sebarang aktiviti dalam kawasan bahaya atau dalam lingkungan 4km radius dari kawah

Pada 22 Disember lepas, letusan Anak Krakatoa mencetuskan tsunami yang menghempas barat pulau Java dan selatan Sumatra, meragut sekurang-kurangnya 426 nyawa dan lebih 7,000 orang cedera.

Beberapa perkampungan di Bali ditimpa abu dalam letusan terbaru ini tetapi tiada asap atau lahar dikesan daripada kawah dan tiada pemindahan diarahkan.

Orang Bali percaya bahawa Gunung Agung adalah replika Gunung Meru, paksi pusat alam semesta. Kuil yang paling penting di Bali, Pura Besakih, terletak di lereng Gunung Agung.

Gunung berapi aktif di Bali itu kembali meletus pada Jun lalu dan aktif meletus sehingga Julai sebelum kembali ‘tenang’ selepas itu.

Letusan pada Julai lalu turut menyebabkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan terkemuka itu apabila lapangan terbang ditutup akibat asap dan debu gunung berapi mengganggu operasi penerbangan.


Spread the love

70 Comments

    1. Debu gunung berapi ni memang bahaya pada pernafasan. Tapi lava dia t, lepas dah sejuk semua, mmg akn suburkan tanah

  1. Allahu.. sekali lagi mereka diuji. Harapnya pihak berkuasa tempatan di sana pantas mengambil langkah berjaga-jaga

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!