Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kembali lagi kisah gula-gula ini.
Gula-gula susu “White Rabbit Creamy Candy” yang diimport dari China disahkan mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, menjelaskan perkara tersebut dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.
Turut berkata memang terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.
Sebelum ini, status halal gula-gula yang popular bukan sahaja di China, malah di negara ini, sering menjadi perdebatan dan dipersoal di laman sosial.
Ini terutama selepas jabatan agama sebuah negara jiran, mengesahkan gula-gula ini mengandungi bahan yang tidak halal.
Fuziah mengingatkan masyarakat supaya lebih peka memilih makanan dan memandang serius aspek halal.
Beliau menghadiri Majlis Muafakat Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM bersama NGO wanita islam di Bangi. – Berita RTM-
6 Comments
Memang sekarang ini kita perlu hati-hati dalam mengkonsumsi makanan, apalagi buatan luar negeri. Lebih baik mengkonsumsi makanan hasil produksi dalam negeri saja yang sudah jelas bahan bakunya halal.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Umroh.com Keandalan Dalam Melakukan Reservasi Umroh Secara Online
kena selalu hati-hati.
budak-budak suka gula-gula macam ni.
mak bapak pulak selalu terlepas pandang.
masa budak-budak dulu saya suka makan gula-gula nie.
cuma pada masa itu saya belum memeluk Islam lagi..
Nasib baik la masih ok pada masa tersebut
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kalau aku kaya
masa budak-budak dulu saya suka makan gula-gula nie.
cuma pada masa itu saya belum memeluk Islam lagi..
Nasib baik la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kalau aku kaya
Ya Allah rasanya pernah makan dulu ni. Semoga kita semua lebih berhati-hati lepas ni
Curahan rasa dahlia @ ..Tasneem Naturel Baby Range Products
Banyak gula-gula keluaran Malaysia yang halal dan sedap. Kenapa pilih yang tidak pasti status halal dan bersihnya?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Nostalgia Rumah Tok Nordin Dan Opah Embun Di Kampung Luat Lenggong Perak
Comments are closed.