Google Plus dah join ke

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku bukanlah antara orang pertama yang join Google + kerana ketika dilancarkan aku bukan antara yang mendapat jemputan samada dari Google atau Rakan Blogger. Walaupun bukan antara yang pertama tapi aku antara yang terawal join Google + setelah mendapat jemputan dari Blogger Azman Ishak (Terima kasih bro). Masih ramai rakan blogger yang tak pandang Google + ni sebab katanya lebih suka Facebook dan sudah banyak bukti projek Google selalunya gagal.

Aku jangkakan Google + akan menjadi social network yang sangat besar mengatasi Facebook dalam masa terdekat. Khabarnya dah berpuluh juta join Google + dalam tempoh 1 bulan percubaan. Sudah pasti Google + akan memberi kesan yang besar terutama trafik untuk blog.

Aku sedang belajar mengintegrasikan Facebook dan Twitter dengan Google +. Dah jumpa caranya tapi biar aku cuba dulu sebelum kongsikan tutorial gabungkan Facebook dengan Google + dan Twitter dengan Google +.

Terima kasih kepada 73 Rakan Blogger yang dah masukan aku dalam circles G+. Kepada yang dah ada akaun Google + sudi-sudikan add @Denaihati dalam circles tu. Kepada yang belum ada akaun Google + sila tinggalkan email di ruangan komen jadi kira boleh saling jemput menjemput.


Spread the love

123 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!