Golongan insan yang terpilih, ALLAH cintai mereka yang hidupkan masjid

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masjid adalah rumah Allah untuk dikunjungi khususnya untuk melaksanakan solat berjemaah. Masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah. Tempat mengikat ukhuwah sesama Muslim.

Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman disamping sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran :

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah : 18)

Ganjaran besar bangunkan masjid

Besar keutamaan dan ganjaran pahala bagi orang yang membangunkan masjid dengan penuh keikhlasan bukan kerana mencari balasan duniawi, baik harta, kedudukan, ataupun pujian dan sanjungan.

Ibnul al-Jauzi mengingatkan: “Barangsiapa yang menulis namanya pada masjid yang dibangunkannya maka dia jauh dari keikhlasan”

Orang yang membangunkan masjid dengan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan membalas dengan ganjaran istana di syurga pada hari akhirat nanti.

denaihati dalam masjid al aqsa

Membangun dan Mengimarahkan Masjid

Dari ‘Utsman bin ‘Affan RA beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah (mengharapkan reda-Nya) maka Allah akan membangunkan baginya rumah (istana) di Syurga” (HR Bukhari No: 450) Status: Hadis Sahih

Membangunkan masjid bukan hanya fizikalnya, termasuk pengimarahannya. Firman Allah:

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” (QS At-Taubah: 18).

Menurut Imam Ibnul al-Jauzi: “Yang dimaksudkan dengan memakmurkan masjid (dalam ayat ini) ada dua pendapat:

Selalu mendatangi masjid dan berada di dalamnya (untuk beribadah kepada Allah Ta’ala sama ada dengan mengerjakan solat, berada dalam majlis ilmu dan sebagainya).

Barangsiapa yang ingin istiqamah dijalan Allah hendaklah melalui pintu istiqamah iaitu masjid.

Syurga Untuk Pengunjung Masjid

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari.” (HR Muslim No:1073)

Orang yang sentiasa solat di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.

Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: …. seorang yang hatinya terikat ke masjid. (HR Bukhari: 660)

Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan hadis di atas: dia sangat mencintai masjid dan selalu menetapinya untuk melaksanakan solat berjamaah”

Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid seperti kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) {dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah dan mendalami ilmu agama. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat.


Spread the love

5 Comments

  1. Beruntunglah mereka yang hatinya selalu terpaut di masjid. Hanya dengan keimanan yang sejati sahaja dapat menambat hati kita. Dewasa ini banyak masjid-masjid aktif melaksanakan program untuk mengalakkan masyarakat setempat datang ke Masjid, Dengan pendekatan yang berkhikmah dan program yang menarik, insyallah ia dapat memberikan tarikan kepada orang-orang awam.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!