Gerhana Bulan Penuh 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun pasti ada fenomena gerhana bulan dan untuk 2015 pada 4/4/2015 bermula jam 5.01 pm akan berlaku sekali lagi fenomena gerhana bulan penuh di Malaysia. Fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra. Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra. Murut ANGKASA fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun 2015.

gerhana bulan penuh 2015

Aku telah menyaksikan banyak fenomena gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana bulan berdarah sebelum ini yang telah dikongsikan dalam entri-entri sebelum ini. Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW :

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

solat sunat gerhana bulan penuh

Apabila terjadi gerhana bulan, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana bulan atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak bulan mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya bulan terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu. Boleh juga saksikan cara solat sunat gerhana di video solat sunat gerhana bulan.

Gerhana Bulan menunjukkan kebesaran Allah SWT.
Gerhana Bulan menunjukkan kebesaran Allah SWT.

Kita hamba yang Maha Kerdil. Semuga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa ingat kepada ALLAH setiap masa. Selamat beramal.


Spread the love

83 Comments

  1. alhamdulillah. masih sempat tngok gerhana bulan tahun ni. trima kasih jugak share khaifiat solat sunat gerhana bula.huhu

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!