Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun pasti ada fenomena gerhana bulan dan untuk 2015 pada 4/4/2015 bermula jam 5.01 pm akan berlaku sekali lagi fenomena gerhana bulan penuh di Malaysia. Fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra. Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra. Murut ANGKASA fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun 2015.
Aku telah menyaksikan banyak fenomena gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana bulan berdarah sebelum ini yang telah dikongsikan dalam entri-entri sebelum ini. Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Apabila terjadi gerhana bulan, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana bulan atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak bulan mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya bulan terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu. Boleh juga saksikan cara solat sunat gerhana di video solat sunat gerhana bulan.
Kita hamba yang Maha Kerdil. Semuga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa ingat kepada ALLAH setiap masa. Selamat beramal.
83 Comments
Alhamdulilah dapat merasa kemeriahan berjemaah dan mendengar khutbah gerhana dikampung halaman .
Curahan rasa onlajer @ ..Saya hensem dan genius! Komisen Ashadee April 2015
Terlepas tengok hari tu..terasa rugi lak..mintak2 lepas ni masih berkesempatan
Curahan rasa JMR @ ..Storyalbum – Watikah Cinta tanda kenangan.
subhanallah. tak berkesempatan nak tengok gerhana bulan hari sabtu yg lepas. dok tunggu2 juga intai dari balkoni rumah tapi tak nampak, mungkin takde rezeki.
tiap kali gerhana tak kira bulan atau matahari, saya teringat peristiwa gerhana matahari masa saya darjah 3. kejadian belah pagi, masa tu sekolah agama. kami ramai2 dok depan pintu kelas tengok. memang nampak & keadaan sedikit gelap. mmg sangat2 tak boleh lupa.
Curahan rasa Nazlin Myblouseshop @ ..Blouse Muslimah Polkadot Zafira
orang kata that night memang gelap betul, bila langit tak berbulan kekdahnya. Subhanallah
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..9 Fungsi Lecithin Untuk Kuruskan Badan
Saya juga tak sempat nak tengok gerhana bulan namun begitu sehari sebelum gerhana bulan berlaku, saya berada di puncak gunung irau cameron highland. hiking di sana. pada hari tersebut bulan terlalu terang sunggoh tidak perlu memasang lampu. sungguh cantik.
Tak berkesempatan nak tengok. Kena tunggu next gerhana bulan pulak agaknya. Harap-harap sempatlah
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Beli Buku Online di PTS Book Cafe
teringat pulak time2 darjah enam dulu..duk menghafal jenis2 gerhana penumbra umbra ni..
Curahan rasa Zul @ ..Kedai Sport Rim Murah
Yang paling penting kita ambil pengajaran diatas kejadian gerhana bulan tersebut.. Jangan lupa dirikan solat sunat dan dengan kutbahnya sekali..
Barulah kita sedar kehebatan dan kebesaran Allah swt yang mencipta dunia ini dan mudah bagiNya untuk membuat sesuatu. Barulah kita kenal kerdinya diri kita ini dan kita sedar kita hanya hambaNya..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.
Best ni , jarang-jarang ada tengok gerhana bulan penuh…
Saya tak sempat tengok
Curahan rasa ihsan @ ..Inilah Perusahaan Aplikasi Tersukses Di Dunia
Saya terlupa nak tengok. Teringat apabila ramai yang upload telur berdiri di FB.
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..ADAB BERGADUH DALAM RUMAH TANGGA
tak sempat tengok tempoh hari sebab cuaca pula mendung…salah satu tanda kekuasaan tuhan yang maha kuasa
Curahan rasa blogger lelaki @ ..40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 4)
Subhanallah, terima kasih kerana mengingatkan. Tempoh hari tak sempat buat. InshaAllah next time, azam nak buat.
Doakan.
Curahan rasa Renovate Rumah @ ..Test 6
ameen. ameen ameen. semoga kita azam utk jadi lebih baik…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan
di Sulawesi Selatan lama dan jelas sekali gerhananya ramai orang berjamaah shalat gerhana di mesjid
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Islam Melarang dan Mengecam Terorisme 1
Saya pun tunggu. Semangat nak tengok, tapi bulan tak muncul2..
Subhanallah yang menciptakan alam yang penuh keajaiban.
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Cegah Anak Kerap Batuk Dan Selsema Supaya Hati Ibu Senang Di Pejabat
maksudnya tak de rezeki kat tempat puan..hu..hu..tak pe boleh tengok gambar yang orang lain tangkap punya!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif
tunggu gerhana akan datang pula, ramai yg tak sempat tengok dan ada yg cuaca tak menginzinkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Malaysia Social Media Week 2015
betul tu tuan DH. Cuaca juga menentukan sama ada kita dpt tgk gerhana bulan penuh ataupun tidak..
tapi alhamdulillah dapat tgk jelas bila ada rakan2 sudi kongsi gambar
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan
saya bersyukur dapat tengok..cuma ambik gambar sahaja yang tak sempat..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Alahai GST Dah Terasa Bahangnya
memang menarik kalau dapat tengok tetapi kat tempat kami hujan pada waktu malam tu….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Kotak Hitam Helikopter Terhempas di Semenyih Dijumpai
Comments are closed.