Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bulan berdarah akan muncul pada waktu malam di banyak lokasi dunia esok dalam fenomena yang menyaksikan bulan bergerak ke bayang bumi untuk menjadi gerhana.
Ia dipanggil bulan darah kerana cahaya matahari melalui atmosfera bumi bertukar merah sebelum sampai ke bulan, sama seperti cahaya merah ketika matahari terbenam.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ramai pemerhati sedang bersiap sedia untuk untuk melihat gerhana bulan, yang mana sebahagiannya merujuk sebagai “super blood wolf moon“.
Kejadian ini berlaku apabila kedudukan bumi berada tepat di antara matahari dan bulan.
Dalam keadaan ini, Matahari berada di belakang Bumi, dan Bulan bergerak ke bayang-bayang Bumi. Keadaan supermoon ini dipanggil apabila bulan bulan berada paling hampir dengan bumi.
Semasa peristiwa gerhana bulan berdarah itu berlaku, bulan akan bertukar menjadi warna merah yang menarik. Seluruh gerhana akan dapat dilihat dari Amerika Utara dan Selatan, serta bahagian barat Eropah (termasuk UK) dan Afrika utara.
Berdasarkan dari tampilan dengan warnanya yang merah, kemunculan dari gerhana bulan merah ini sangat ditakuti oleh banyak orang yang mungkin dapat menimbulkan bahaya atau bencana.
Dengan apa yang pernah dijelaskan oleh NASA, warna merah yang ditimbulkan oleh bulan tersebut kerena disebabkan oleh pantulan bayangan dari Bumi.
Tahun lepas juga ramai yang berpeluang melihat Bulan Berdarah ini di Malaysia. Jika ada yang pernah melihat dan mengambil gambar gerhana bulan berdarah supermoon, boleh juga berkongsi pengalaman.
7 Comments
terima kasih dudah di share artikel nya sangat lah menarik . semoga bermanfaat untuk yang lain nya .
Oh bulan berdarah supermoon. Namanya rare. Tak tengok pulak. Subhanallah cantik kejadiannya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cara Menyediakan Minuman untuk Menurunkan Kadar Kolesterol
Gerhana bulan kita boleh manfaatkan masa yang jarang ni untuk buat sunnah yang dilupakan. Solat sunat gerhana bulan. Moga moga ada masjid dan surau yang usahakan tahun ni.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..6 Pelan rumah 2 tingkat 4 & 5 bilik tidur. Design plan banglo percuma untuk anda!
bertuah betul rakyat amerika.. masa total eclipse dulu pun negara mereka juga boleh lihat dengan jelas.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Beli Handphone di Lazada
Dalam komik komik Hong Kong, nama gerhana bulan berdarah sering dijadikan jurus untuk seni mempertahankan diri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kalau Sudah Tahu Kenapa Datang Seminar
info nya bagus gan.. berkat agan saya jadi tau gerhana .. thank info nya
Subhanallah.. Cantik sungguh kejadian allah. Teringat pula masa kecik2 dulu seronok sgt tgk bulan pernama macam ni. Tapi disogok dengan bulan sakit berdarah. Hahaha. Budak2 kan.. Lucu kalau ingat balik. Hehe. Sama2 kita muhasabah diri.
Curahan rasa Mia Sowi @ ..Jalan-Jalan Cari Makan : FizoMawar Kitchen, Kota Bharu
Comments are closed.