Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Gereja besar Notre-Dame, mercu tanda bersejarah Perancis yang wujud sejak Zaman Pertengahan lagi terbakar malam semalam namun pantas dikawal bomba, kata pihak berkuasa.
Bomba juga berjaya menyelamatkan dua relik bersejarah di gereja berkenaan termasuk Crown of Thorns dan Tunic of St Louis selain dua menara jam daripada runtuh.
Seorang anggota bomba dilaporkan cedera.
Kebakaran yang bermula awal malam semalam itu memusnahkan bumbung ikonik gereja besar berusia lapan abad itu sebaik api mula merebak ke puncak menara.
Namun, difahamkan banyak lagi karya seni dan artifak tidak ternilai masih berada di dalam gereja besar terbabit.
Punca insiden itu masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ, lapor BBC.
Media sosial mula dibanjiri imej dan video yang menunjukkan asap berkepul naik ke udara dari bangunan dengan seni bina berciri Gothic berusia 850 tahun itu.
“Perkara yang paling buruk berjaya dielakkan, walau bagaimanapun masalah sebenar masih belum dapat diatasi sepenuhnya,” kata Presiden Perancis Emmanuel Macron kepada wartawan ketika melawat lokasi kejadian tengah malam tadi.
Macron berkata Perancis akan melancarkan kempen untuk membina semula katedral yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO berkenaan, termasuk melalui usaha mengutip dana dan menarik penderma dari luar negara untuk menyumbang.
Pihak berkuasa sedang giat menjalankan usaha untuk menangani kebakaran tersebut, sementara laluan di sekitar bangunan itu sudah ditutup dan dikawal.
4 Comments
Dengar kata ada jutawan yang sanggup nak sponsor sebahagian kos untuk membina semula Notre Dame tersebut.
Curahan rasa Sani @ ..Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
Mungkin bila bina semula, ada jadi kontroversi sekali lagi — sama seperti piramid Louvre.
Menunggu sgt binaan barunya — modern ke heritage gayanya nanti?
Curahan rasa Iskandar @ ..De.Wan 1958 — Restoran Mewah oleh Chef Wan Dah Buka di KL
Kita tunggu bagaimana selepas mereka bina semula monumen ni. Sebab banggunan ni salah satu gereja terbesar dan tersohor dekat Paris.
Curahan rasa RN @ ..Golongan insan yang terpilih, ALLAH cintai mereka yang hidupkan masjid
Mungkin kerana percikan api kimpalan besi. Menyambar kayu, kain atau cat lama yang mudah terbakar.
Curahan rasa ahmadyani @ ..9 Panduan Yang Boleh Diikuti Untuk Melariskan Jualan Bisnes Air Balang
Comments are closed.