Gempa bumi 5.8 magnitud gegarkan Pakistan, angka korban meningkat

Spread the love

Gempa bumi kuat menggegarkan timur Pakistan tengah hari tadi, mencederakan berpuluh-puluh orang dan memaksa penduduk di beberapa bandar keluar ke jalan-jalan raya untuk menyelamatkan diri, manakala saksi turut mendakwa bahawa sebuah bangunan di wilayah Kashmir diperintah Islamabad runtuh.

Gempa cetek berukuran 5.8 pada skala Richter itu berpusat dekat bandar Mirpur, Kashmir, kira-kira 22 kilometer ke utara Jhelum di wilayah pertanian Punjab, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Bandar Mirpur dan Britain mempunyai hubungan erat dengan majoriti 450,000 penduduknya memiliki kedua-dua pasport Pakistan dan British.

“Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan dirasakan hampir di seluruh  Punjab dan beberapa kawasan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. 

Kawasan paling teruk terjejas adalah Mirpur dan Azad Kashmir,” kata ketua agensi meteorologi Pakistan,  Muhammad Riaz kepada agensi berita AFP.

Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh antaranya 33 orang di Mirpur dan empat di daerah Bhimber.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga Rabu. Minhas berkata sehingga kini 500 orang yang cedera telah dihantar ke hospital.

Naeem Chugtai  yang merupakan seorang penduduk Mirpur dan tinggal berdekatan hospital utama di bandar itu memberitahu AFP, sekurang-kurangnya seorang budak perempuan berumur 10 tahun terbunuh.

Dia juga berkata bahawa infrastruktur kawasan itu termasuk jalan , menara telefon dan tiang elektrik rosak teruk dalam bencana tersebut.

Dua orang saksi, Sajjad Jarral dan Qazi Tahir memberitahu AFP melalui telefon bahawa gegaran menyebabkan sebuah bangunan runtuh dan sekurang-kurangnya sebatang jalan rosak teruk.

Kementerian Luar mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas susulan gempa bumi di Jhelum, Punjab, Pakistan, petang semalam.

Kementerian itu bagaimanapun menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!