#GECommunity2016 – Perkongsian ilmu keusahawanan peringkat antarabangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

harini ini dan esok, Global Entrepreneurship Community 2016 sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, dua hari yang penuh dengan pelbagai sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh penceramah dari dalam dan luar negara.

Acara yang diadakan percuma ini memberikan pendedahan dan peluang untuk bertemu usahawan-usahawan pelbagai industri termasuk yang bergiat cergas dalam platform digital. Banyak perbincangan mengenai bagaimana perkembangan industri dan apa yang perlu dipersiapkan oleh para usahawan menjelang tahun 2017.

global entrepreneurship community 2016

Belajar daripada pengalaman usahawan dari seluruh dunia

Acara ini diadakan dengan menjemput usahawan-usahawan besar dari dalam dan luar negara berkongsi bagaimana mereka bermula dan berkembang menjadi syarikat yang bernilai billion dollar. Sebagai usahawan yang baru bermula atau sedang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing, menghadiri program seperti ini akan memberikan kita sudut pandang yang berbeza.

Sekiranya kita berada dalam kelompok usahawan yang sama sahaja, sudut pandang kita akan terhad kepada pengalaman dan kemahiran kelompok usahawan tersebut sahaja. Ianya tetap mendatangkan faedah, tetapi apabila boleh mengetahui bagaimana usahawan daripada negara luar juga memulakan perniagaan mereka dan berkembang, ianya adalah ilmu yang sangat berharga.

anjuran magic ministry of finance dan lain-lain
Program di bawah Kementerian Kewangan anjuran MaGIC

Potensi masa hadapan, persiapan sebagai usahawan

Ada beberapa sesi perbincangan dalam acara harini yang berkisar mengenai perkembangan ekonomi dan potensi perniagaan yang mendatang. Perkara yang perlu kita persiapkan diri, apa yang perlu dilakukan, bagaimana untuk mengembangkan perniagaan dan ada banyak lagi tips-tips keusahawanan yang dikongsikan.

penceramah yang menyampaikan sesi GECommunity 2016

Barisan usahawan-usahawan hebat yang berkongsi sepanjang 2 hari ini memang mengagumkan, pengalaman mereka yang luas dalam bidang keusahawan, pengurusan, pemasaran dan banyak lagi semuanya dikongsikan kepada peserta yang hadir dalam sesi 2 hari ini.

Para usahawan di Malaysia seharusnya mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke acara seperti ini untuk mendapatkan pendedahan dunia usahawan pada skala yang lebih besar. Ekonomi digital pasti akan berkembang pesat di Malaysia, banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan perbincangan yang berlaku sepanjang Global Entrepreneurship Community ini.

Tahniah kepada penganjur MaGIC yang menguruskan program di bawah Kementerian Kewangan dan National Entrepreneurship Development Office kerana menyediakan program yang memberi begitu banyak manfaat kepada peserta yang hadir.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

34 Comments

  1. Setuju dengan apa yang dipaparkan. Kita perlu juga menekuni pengalaman usahawan luar untuk mengambil manfaat daripada mereka. Usahawan yang berada dalam kelompok sendiri perlu dikembang luaskan lagi agar potensi yang ada dapat dipertingkatkan lagi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!